Sila klik berita yang tersiar di Portal Berita UKM
Tuntutan Demokrasi Tidak Harus Bawa Kepada Kemusnahan Negara
   
   Selasa, 24 Julai 2012 08:31  
 
     
    
    
     
SINTOK, 17
 Julai 2012 - Rakyat diingatkan tidak terlalu terikut dengan amalan 
keghairahan berpolitik untuk menyuburkan demokrasi hingga membawa kepada
 kemusnahan negara.
Tengku 
Temenggong Kedah, Brigediar Jeneral (Kehormat) Dato’ Seri Diraja Tan Sri
 Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkata rakyat tidak 
harus begitu terpengaruh dengan amalan negara luar secara umumnya kerana
 keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting yang perlu 
dipertahankan.
Beliau 
yang juga Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah berucap di Istiadat 
Pentauliahan DiRaja Pegawai Kadet PALAPES (Pasukan Latihan Pegawai 
Simpanan)  IPTA Ke-31 di Universiti Utara Malaysia, di sini hari ini.
Beliau 
berkata melihat kepada perkembangan semasa, pelbagai konflik berlaku di 
negara luar seperti perang saudara, pemberontakan dan sebagainya kerana 
keghairahan berpolitik demikian dan rakyat negara ini harus memastikan 
bahawa tuntutan demokrasi tidak akan membawa kepada kemusnahan demikian 
dalam negara.
Pelajar 
Fakulti Sains dan Teknologi, Leftenan Muda Mohd Noor Afinddie bin 
Rositi, terpilih sebagai Pegawai Kadet Terbaik bagi Palapes UKM.
Mohd Noor 
yang berasal dari Bandar Seri Jempol Negeri Sembilan terharu dengan 
pemilihannya itu dan berhasrat untuk menyambung khidmatnya dalam pasukan
 Wataniah selepas tamat pengajian kelak.
Ketua 
Jurulatih PALAPES UKM, Leftenan Kolonel Mohd Sahar bin Haji Said 
berbangga dengan pencapaian anggotanya kerana telah berjaya dengan 
cemerlang di perbarisan tamat tauliah mereka.
Jati diri 
serta ilmu yang mendalam dalam semua perkara boleh memberi banyak nilai 
dalam diri sama ada dari segi rohani atau jasmani, kata Mohd Sahar.
 Komandan 
PALAPES UKM, Naib Canselor Profesor Tan Sri Dato' Wira Dr Sharifah 
Hapsah Syed Hasan Shahabudin turut hadir di upacara itu.

 
 
 
 
 
Ulasan
Please visit our website
https://uhamka.ac.id/
Muhammad Al Aziiz