Sila klik berita yang tersiar di Portal Berita UKM
Tuntutan Demokrasi Tidak Harus Bawa Kepada Kemusnahan Negara
Selasa, 24 Julai 2012 08:31
Berita dan Foto oleh Abd Raai bin Osman Penerbit UKM
SINTOK, 17
Julai 2012 - Rakyat diingatkan tidak terlalu terikut dengan amalan
keghairahan berpolitik untuk menyuburkan demokrasi hingga membawa kepada
kemusnahan negara.
Tengku
Temenggong Kedah, Brigediar Jeneral (Kehormat) Dato’ Seri Diraja Tan Sri
Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkata rakyat tidak
harus begitu terpengaruh dengan amalan negara luar secara umumnya kerana
keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting yang perlu
dipertahankan.
Beliau
yang juga Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah berucap di Istiadat
Pentauliahan DiRaja Pegawai Kadet PALAPES (Pasukan Latihan Pegawai
Simpanan) IPTA Ke-31 di Universiti Utara Malaysia, di sini hari ini.
Beliau
berkata melihat kepada perkembangan semasa, pelbagai konflik berlaku di
negara luar seperti perang saudara, pemberontakan dan sebagainya kerana
keghairahan berpolitik demikian dan rakyat negara ini harus memastikan
bahawa tuntutan demokrasi tidak akan membawa kepada kemusnahan demikian
dalam negara.
Pelajar
Fakulti Sains dan Teknologi, Leftenan Muda Mohd Noor Afinddie bin
Rositi, terpilih sebagai Pegawai Kadet Terbaik bagi Palapes UKM.
Mohd Noor
yang berasal dari Bandar Seri Jempol Negeri Sembilan terharu dengan
pemilihannya itu dan berhasrat untuk menyambung khidmatnya dalam pasukan
Wataniah selepas tamat pengajian kelak.
Ketua
Jurulatih PALAPES UKM, Leftenan Kolonel Mohd Sahar bin Haji Said
berbangga dengan pencapaian anggotanya kerana telah berjaya dengan
cemerlang di perbarisan tamat tauliah mereka.
Jati diri
serta ilmu yang mendalam dalam semua perkara boleh memberi banyak nilai
dalam diri sama ada dari segi rohani atau jasmani, kata Mohd Sahar.
Komandan
PALAPES UKM, Naib Canselor Profesor Tan Sri Dato' Wira Dr Sharifah
Hapsah Syed Hasan Shahabudin turut hadir di upacara itu.
Ulasan
Please visit our website
https://uhamka.ac.id/
Muhammad Al Aziiz