Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2009

Pasar Tamu, Ikan Terubuk, Kek Lapis dan Tikar Sarawak

Hari akhir di Kuching kami berpeluang ke Pasar Tamu. Pasar Tamu adalah pasar minggu seperti di mana-mana. namun terdapat sedikit keistimewaannya. Sebelum ke Pasar tamu dengan dua buah bas, Dr CK sudah memberi peringatan kepada semua pelajar jangan membeli banyak barang kerana kapal terbang yang akan membawa mereka hanya membenarkan membawa bag yang telah dihadkan sahaja. Kata Dr CK jikalau membeli lebih dari had yang dibenarkan pelajar perlu membayar sendiri. Mereka ke Pasar Tamu sekadar meninjau cara perniagaan dijalankan. Saya, Ismail, Daud dan Ramli tidak terlibat dalam kes ini kerana balik dengan penerbangan yang berbeza dengan rombongan pelajar. Apa lagi, saya dan Ismail shopping "sakan"**. Balik tanpa membawa ikan terubuk masin, kek lapis tidak boleh dikatakan sah ke Sarawak. Ini merupakan satu keunikan apabila kita berpeluang melancong ke Sarawak. Oleh kerana penerbangan balik ke KLIA dari Kuching pukul 8 malam maka kesempatan untuk shopping tikar Sarawak masih ada. Ke

Tidur di Rumah Panjang

Imej
Merakam (Still Photo dan Vedio) menjadi tugas kami sepanjang 5 hari berada di Sarawak . Sebelah saya ialah Saudara Daud seorang Pegawai Penerbit Rancangan Rumah Orang Ulu yang menjadi tempat saya, Ismail, Daud dan Ramli bermalam Penari lelaki menunjukkan kehebatan menggigit ukiran kayu seberat 10 kilo Kami akan bermalam di Rumah Panjang. Dua buah bas membawa kami ke Kampung Budaya berhampiran kaki Bukit Santubung. Untuk melihat kampung tradisi orang-orang Sarawak sebenarnya tidak mudah kerana perjalanan ke Kampung Budaya Santubung langsung tidak memperlihatkan kampung tersebut. Di Kampung Budaya kami disambut oleh En Leo seorang petugas disitu. Menariknya En Leo memakai taring binatang buas di kedua-dua belah telinganya. Saya dan pelajar yang menyertai program mobailiti dibawa kesebuah rumah etenik Orang Bidayuh. Rumahnya tinggi dan agak memenatkan saya. Semua pelajar ditempatkan disini. Manakala saya, Ismail, Daud dan Ramli ditempatkan di rumah Orang Ulu. Rumahnya panjang dan tinggi.

Sungai Sarawak

Imej
Pertunjukkan tarian etenik Sarawak di atas kapal yang belayar di Sungai Sarawak Lagu "Sayang Sarawak" membuatkan saya mengidam untuk melihat sungai tersebut. Kami yang menyertai program mobailiti pelajar berkesempatan belayar bersama dengan kapal di Sungai Sarawak. Pekej pelayaran selama satu jam setengah ini memberikan kami mengenali apa yang terdapat di pinggir Sungai Sarawak. Seperti bangunan baru Dewan Undangan Sarawak, Istana Gabenor, rumah Ketua Menteri dan kampung-kampung tradisionalnya. Dihujung pelayaran kami dapat melihat matahari terbenam di Sungai Sarawak. Satu pertunjukan tarian Sarawak telah diadakan sebelum pelayaran itu tamat.

Muzium di Sarawak

Imej
Di Muzium Sarawak pelajar dapat mengenal erti penjajahan Ketika melawat beberapa muzium di Kuching Sarawak, saya membuat keputusan bahawa Sarawak memiliki khazanah sejarah, budaya yang lengkap. Apabila melawat muziumnya saya memperolehi banyak maklumat dari sekecil-kecilnya hinggalah yang besar. Sesuai dengan negerinya besar di Malaysia maka saya memperolehi kepuasan melihat Sarawak secara menyeluruh. Saya dapat melihat sejarah kaum-kaum yang terdapat di Sarawak, budaya hidupnya dan beberapa perkara yang sukar kita perolehi jika tidak melawat muziumnya. Sesuai dengan nama ibu negerinya Kuching maka satu Muzium Kuching terdapat di sana. Bagi anda yang meminati kucing maka saya fikir muzium ini amat kena pada tempatnya untuk dilawati.

Sarawak; Indah, penuh sejarah dan budaya

Imej
Bergambar berlatar belakangkan Gunung Santubung Tali yang dianyam begitu rupa dijadikan hiasan rumah Menerima tugasan ke Sarawak adalah satu yang tunggu-tunggu selamat ini. Biarpun akan ke sana selama lima hari dengan meninggalkan keluarga saya harungi juga tugasan ini demi mencari pengalaman baru. Misi merakam gambar kegiatan pelajar yang menyertai Program Mobaility UKM akan berakhir di Sarawak. Jika sebelum ini saya ke Langkawi, Ismail dan Ikhwan ke Sabah. Saya menyambung tugas ini di Sarawak bersama Ismail. Ikhwan akan balik ke Bangi. Ikhwan sudah berada di Sabah selama tujuh hari meninggalkan isteri yang sedang mengandungkan anak pertama mereka. Syabas Wan. Tiba di Sarawak saya menerima berita separuh pelajar yang menyertai program ini mengalami sakit perut ketika berada di Sabah. Banyak versi kisah bagaimana mereka boleh terkena sakit perut. Apa yang menyedihkan mereka jadi truoma untuk makan, terutamanya pelajar yang datang dari luar negara. Mengikut kisahnya doktor yang mengikut

Pulau Dayang Bunting

Imej
Di jeti Pulau Dayang Bunting Pemandang berhampiran Pulau Dayang Bunting "Tengok tu Raai, nilah Pulau Dayang Bunting. Hujung tu kepala, tu dada dan perutnya macam orang bunting", terang Prof Shafie kepada saya ketika bot sedang mengharung ombak besar. Pulau Dayang Bunting terkenal dengan Tasik Dayang Bunting. Airnya tawar bukan air masin yang menjadi amalan khurafat suatu masa dulu untuk orang-orang yang lambat dapat anak. Namun kini tidak lagi diamalkan agaknya? "Tengok ni kalau bahagian ini pecah sudah tentu air masin akan masuk ke tasik" jelas Dato Shahrudin kepada seorang pelajar mengenai kedudukan pulau tersebut. Inilah realitinya mengenai Tasik Dayang Bunting yang terdapat di Pulau Dayang Bunting. Indahnya ciptaan Allah untuk kita kecapi. Sudah pastinya penduduk Langkawi memperolehi pendapatan hasil industri pelancongan. "Barang kat sini kena jual mahal sikit. Saya datang ke sini sewa bot dekat RM200 untuk bawa barang-barang jaulan", kata Ismail yang

Puas melawat Langkawi

Imej
Di jeti Teluk Mempelam, Pulau Langoon Di Gua Kelawar Seringkali saya ke Langkawi tempat-tempat seperti Kuah, Padang Matsirat, Pantai Chenang adalah temoat kunjungan ramai. Namun hari ini saya bersama rombongan pelajar UKM dan antarabangsa berpeluang melawat beberapa pulau. Beberapa pulau yang menjadi identiti Langkawi Geopark menjadi tempat kunjungan kami. Pulau Langon menjadi tempat kami menjamah makanan tengahari. Pulaunya bersih, airnya jernih. Namun tidak terlepas dari sampah sarap yang dibawa oleh ombak dari pulau yang berpenghuni. Mengelilingi pulau-pulau yang terdapat di Langkawi Geopark sudah tentu memberikan kepuasan melihat helang menyambar mangsa. Melihat monyet-monyet kelaparan meminta makanan dari pengunjung. Melihat penduduk Langkawi yang boleh meraih rezeki dengan kunjungan pelancong dari luar.

Pantai Pasir Tengkorak

Imej
Di Pantai Pasir Tengkorak, saya dan pelajar-pelajar yang menyetai Program Mobaliti menyusuri batu-batu yang bertaburan. Batu-batu di situ seperti dipecahkan dengan menggunakan bom. Namun sebenarnya tidak. Ia berlaku dengan cara semula jadi (sudah tentu dengan kehendak Allah). Kami berjalan lebih dua kilometer. Dengan tenaga yang saya ada saya mampu menamatkan perjalanan tersebut. Namun azabnya tuhan saja yang tahu. Sesekali Amri membantu saya agar tidak terjatuh dan cedera. Satu perjalanan yang amat azab.

Naik Kereta Kabel Langkawi

Imej
Sewaktu menerima tiket yang disediakan oleh urusetia Program Mobaliti Pelajar UKM untuk naik kereta kabel, hati saya terasa juga kecut. Maklumlah naik kereta kabel yang menyambungkan batu-batu sahaja. Namun seronok juga ketika berada diatas kerana melihat pamandangan pulau-pulau sekitar Pulau Langkawi. Untuk menghilangkan rasa gayat (ngeri) maka saya, Kamarul dan Amri menggunakan peluang merakam gambar. Saya bertanya kepada seorang pelajar, kenapa mantan Perdana Menteri Tun Mahathir memberi ilham membina kereta kabel. Pelajar itu menjawab "untuk mencari keuntungan " Apabila saya memberi tahu mungkin Tun ingin menguatkan semangat rakyat Malaysia maka dia bersetuju Selepas saya selesai turun dari kereta kabel semangat saya sudah kuat. Hilang semua fobia.

Telaga Tujuh Langkawi

Imej
Tahu tak bahawa terdapat dua rupa batu di Langkawi terutamanya di Telaga Tujuh. Telaga Tujuh terdapat tujuh bentuk takungan air. Nak naik ke sana memanglah azab. Calang-calang tenaga pengsan di tengah jalan. Tapi cukuplah kalau kita dapat tiba di kawasan air terjun pertamanya. Menariknya pakar geologi memberitahu terdapat batu di situ yang berusia antara 200 juta dan 500 juta tahun. Justeru kalau ke Langkawi kajilah teori ini. Inilah yang menariknya kalau kita boleh belajar ilmu geografi. Macamana nak tahu? Kata Prof. Dr Shafie mereka menggunakankaedah mengecam fosil dan radiologi.

Ke Langkawi

Sesampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, saya menelefon Kamarul. dia menjawab "aku ada kat luar tunggu kau sampai". Rupanya Kamarul dan Amri menunggu saya diluar Airport. Lega kerana tak perlu sewa teksi... Oleh kerana saya memang pantang menjamah makanan sebelum naik kapalterbang maka kamim bertiga ke gerai di Pantai Chenang untuk bersarapan. Pekena juag dua bungkus nasi lemak berbalut daun pisang. Kemudian kami bertiga meneruskan perjalanan ke hotel penginapan berhampiran kereta kabel Langkawi.

Inilah kerjaya kami

Bahagian Multimedia Pusat Penerbitan UKM akan lengang mulai 5 Julai ini. Kami ( Saya, Ismail, Ikhwan, Kamarul, Rohaizad ) akan menjelajah Malaysia (taklah sampai satu negara Malaysia ni....). Tapi Cukuplah untuk memberitahu kepada anda bahawa 5-8 Julai saya ke Langkawi. Pada 4-8 Julai Ikhwan ke Putrajaya. 9-19 Ismail dan Ikhwan ke Sabah dan Sarawak. Saya akan ke Sarawak pada 14 Julai. Untuk apa kami ke sana? Kami ke sana membuat liputan foto dan vedio bagi Program Mobality pelajar antarabangsa yang sedang mengikuti kuliah mengenai Malaysia di UKM. Insyaalah seperti biasa, saya akan membuat apa-apa catatan yang mungkin menarik mengenai Langkawi Geopark, sekitar Langkawi. Begitu juga catatan mengenai Sarawak akan saya sambung mulai 14 Julai. Doakan kami selamat dalam tugasan ini.