17 Julai 2009

Tidur di Rumah Panjang


Merakam (Still Photo dan Vedio) menjadi tugas
kami sepanjang 5 hari berada di Sarawak . Sebelah
saya ialah Saudara Daud seorang Pegawai Penerbit
Rancangan


Rumah Orang Ulu yang menjadi tempat saya, Ismail,
Daud dan Ramli bermalam


Penari lelaki menunjukkan kehebatan menggigit
ukiran kayu seberat 10 kilo


Kami akan bermalam di Rumah Panjang. Dua buah bas membawa kami ke Kampung Budaya berhampiran kaki Bukit Santubung. Untuk melihat kampung tradisi orang-orang Sarawak sebenarnya tidak mudah kerana perjalanan ke Kampung Budaya Santubung langsung tidak memperlihatkan kampung tersebut.

Di Kampung Budaya kami disambut oleh En Leo seorang petugas disitu. Menariknya En Leo memakai taring binatang buas di kedua-dua belah telinganya. Saya dan pelajar yang menyertai program mobailiti dibawa kesebuah rumah etenik Orang Bidayuh. Rumahnya tinggi dan agak memenatkan saya. Semua pelajar ditempatkan disini. Manakala saya, Ismail, Daud dan Ramli ditempatkan di rumah Orang Ulu. Rumahnya panjang dan tinggi.

Hj. Ismail bergambar di beranda Rumah Orang Ulu

Saya difahamkan rumah-rumah masyarakat pribumi Sarawak dibangunkan begitu demi menjaga keselamatan masyarakatnya. Dengan rekabentuknya yang tinggi maka kemungkinan besar binatang buas dan liar tidak mampu untuk mengganggu anak buah sesuatu kaum.

Ketika melihat persembahan budaya di Kampung Budaya Santubung saya merasai kepuasannya kerana penari-penarinya adalah dari kalangan anak-anak tempatan Sarawak. Manakala disebelah malam satu sesi latihan tarian dan lagu etenik Sarawak telah dianjurkan untuk pelajar-pelajar dan semua ahli rombongan.

Kami dapat bertemu dengan penyanyi asal lagu Puteri Santubong. Disebelah siangnya saya sempat bertemu Saudara Safar Gafar seorang pereka tari yang terkenal di Sarawak.


Tiada ulasan:

Travellog Haji: Antara Doa & Air Mata-Dua Tanah Suci Yang Dirindui-Dijual Dengan Harga Promosi

Perjalanan mengerjakan haji bukan mudah. Setiap Jemaah haji pasti ada cerita tersendiri sepanjang perjalanan mereka sama ada sebelum mahupun...