Catatan

Kesihatan Dan Wang Setelah Bersara

Imej
Anda sihat setelah bersara? Alhamdulillah jika begitu. Tetapi jika sebelum bersara anda sudah ada Darah Tinggi, Deabetes, Jantung Masalah Pernafasan dan lain-lain sebenarnya anda akan melalui titik hitam suatu masa nanti. Bersedialah walaupun anda seorang yang cergas melakukan aktiviti senaman. Namun jika anda membuat pemantauan kesihatan di hospital Alhamdulillah anda tidak akan melalui kehidupan yang samar. Usia 60an bukan usia untuk bersuka ria dengan apa sahaja perkara seperti usia 20an atau 30an. Ada kes kawan saya sebulan sebelum bersara jatuh dan terlantar di hospital kerana masalah jantung. Ada kawan saya tiga bulan sebelum bersara dimasukkan ke hospital kerana masalah Deabetes. Seorang kawan saya yang sedang merancang untuk bersara awal, jatuh selepas bermain bedminton dan meninggal. Manakala rakan sepejabat isteri saya pulang ke rumah ketika tengahari jatuh dan meninggal sebelum masuk kerja sesi petang. Saya bukan hendak menakutkan anda. Kepada yang yang m...

Bersedia Menjadi Tetamu Allah Di Musim Haji.

Tahniah kepada tuan/puan yang telah menerima jemputan menunai haji musim 1441. Saya doakan agar terus sihat, istiqamah sehingga Hari Wukuf. Kepada yang belum dijemput bersabarlah kerana sifat kesabaran itu antara sifat mulia yang akan dibawa ke Tanah Suci. Dalam hubungan ini berdasarkan pengalaman, setiap jemaah akan diuji oleh Allah dalam tiga keadaan. Sebelum berangkat, semasa di Tanah Suci, setelah pulang ke tanah air. Oleh itu berlapang dada dengan segala ujian. Ujian ini hanya dirasai oleh kita sahaja dan kalau boleh jangan kongsi pengalaman pahit. Sebelum berangkat elok usah bertanya pengalaman haji orang lain kecuali yang baik-baik sahaja. Paling bagus jika tuan/puan mengaji dengan ustaz atau ustazah yang berpengalaman ketika menunaikan haji. Ingat usah gusar dengan dosa yang ada. Kita ke sana untuk beribadat. Kalau ada ujian jangan berburuk sangka dengan Allah. Bersyukurlah bagi yang pernah ke sana kerana menunai umrah. Pengalaman di sana akan membantu kita. Gunaka...

Kemurungan Seorang Pesakit

Kes pertama: Saya diberitahu ada pesakit tiba-tiba mengamuk nak bunuh diri. Setelah dipujuk pesakit dirujuk ke Psikiatri. Puncanya pesakit tersebut tertekan kerana melihat sebutharga rawatannya yang amat tinggi. Kes kedua: Ada pesakit Buah Pinggang yang menderita jiwa dan bertanya apakah dia boleh sembuh dengan proses Dyalisis setiap tiga kali seminggu. Kes ketiga: Ada pesakit hilang ingatan kerana anaknya meninggal kerana penyakit barah. Kisah-kisah diatas saya petik dari peristiwa yang sebenar tapi perlu merahsiakan nama hospital dan nama pesakit. Kebanyakkannya mereka saya kenal rapat. Kemurungan atau tekanan perasaan seorang pesakit fizikal banyak terjadi dewasa ini. Ada yang mengeluarkan kata-kata "kenapa Allah beri penyakit ini kepada saya?". Atau ada yang berkata "Kenapa penyakit ini dihidap oleh anak saya, bukan saya". Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan k...

Arahan Doktor Pada 6 Disember 2019

Imej
6 Disember 2019 saya isteri dan puteri bongsu keuar seawal jam 6.30 pagi ke Hospital  Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM)/PPUKM. Saya ada temujanji klinik hati. Kami keluar awal sebab merancang selepas siap temujanji dengan doktor akan bergerak ke Utara nak balik ziarah saudara mara dan kawan-kawan di sana.   Saya lega sebab nombor giliran saya naik cepat. Doktor terus bersuara dalam keadaan serius, "Encik U ada pernah jumpa doktor Nefro?". Saya jawab ringkas; "Ada...." Doktor menyambung lagi bahawa Buah Pinggang saya semakin lemah. Cretianen 1,000 lebih ulas doktor. Doktor terus menghubungi klinik pakar Nefro. Doktor di sana meminta saya naik ke wad 6F. Nanti saya buat surat lampiran kata doktor tersebut. Saya naik ke tingkat 6 HCTM dan bertemu Nurse. Mereka mengambil darah saya dan minta datang semula selepas solat Jumaat. Seperti yang diminta selepas solat Jumaat di surau HCTM saya kembali ke wad 6F bertemu doktor dan memberitahu keputusan ujian dar...

Saya Manusia Yang Lemah

Imej
Acik Mah banyak membantu kerjaya saya Subuh 26 November 2019 saya telah menulis di halaman Facebook " Saya akan meninggalkan dunia fotografi" Bergegar wall FB dengan reaksi rakan-rakan termasuk mereka yang tidak pernah saya kenali di alam nyata. Amy Anissah  adalah orang pertama memberikan reaksi terkejut. Saya tak tahu apakah waktu beliau sedang berada di corong radio atau tidak kerana Amy adalah DJ radio yang pernah menjadi pelajar saya suatu masa dulu. Saya menangis sebenarnya selepas itu tanpa diketahui oleh sesiapa. Saya pegang telefon pintar dengan lenangan air mata sambil berbisik, "sudah sampai masanya aku pergi dari dunia fotografi yang telah banyak meninggalkan rezeki". Saya ingin menghabiskan sisa-sisa usia dengan isteri tercinta Fotografi juga telah mengkayakan saya sehingga telah berjaya membawa saya dan keluarga menjejakkan kaki ke Tanah Suci sebanyak tiga kali. Fotografi pernah membawa saya menjelajah ke beberapa tempat di du...

Kisah Jiran Dan Anak Kecil

Kisah tadika swasta berjiran dengan seseorang. Kanak-kanak tadika ni sering jadi mangsa misalnya disiram air ketika berada dipinggir pagar. Jiran ni marah katanya bising. Biasalah antara aktiviti mereka bersolat, berdoa, berselawat dan sebagainya. Berbagai provokasi dibuat seolah-olah nak suruh tutup tadika ini.  Suatu masa jiran ini telah meninggal dunia. Ketika diberitahu oleh guru mereka, anak-anak ini spontan terdiam. Mereka membaca Al Fatihah untuk arwah.  Beruntung arwah kerana kematian dihidangkan dengan doa oleh anak-anak kecil masih bersih walaupun semasa hidupnya anak-anak ini dianggap mengganggu hidupnya.  Innalillahiwainnailaihirojiun. Al Fatihah.

Selamatkah Bidang Kerjaya Kita?

Imej
Ada masa kerjaya kita nampak hebat. Oleh: Haji Abd Raai bin Osman. Ketika beberapa orang rakan saya kena 'buang kerja' terasa sedih juga mengenangkan nasib mereka. Ketika saya diberitahu tempat kerja anak saya akan ditutup terasa gelap juga mata mengenangkan masa depannya. Cuma selepas itu saya gembira kerana anak saya ditawarkan bekerja di pejabat induknya. Fenomena menutup beberapa agensi dan jabatan membuatkan saya terfikir data yang dikeluarkan mengatakan menjelang  2022, dianggarkan 133 juta jenis pekerjaan di dunia akan berubah menjadi pekerjaan baharu manakala 75 juta lagi akan pupus akibat perkembangan teknologi.  Hal ini tidak menghairankan kerana sejak saya bekerja 40 dulu, banyak jawatan-jawatan telah dijumudkan atau hapus. Malah dikalangan perancang kerjaya telah memikirkan nama-nama baharu kepada beberapa kerjaya dengan mengharapkan berlaku pekerja yang multitalskin.  Pengarah Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA) Wan Zulkfli...