Catatan

Wabak Denggi

Kisah Denggi memang menyeramkan saya. Puteri saya telah mengidap Denggi hampir setahun lalu. Saya ketika itu diganggu resah kerana puteri kedua dimasukkan ke ICU Hospital Serdang, Selangor selama 4 hari 3 malam. Kisah itu telah saya catatkan di < sila klik > Pada hemat saya eloklah kita fikirkan kaedah pencegahan yang mampu dilakukan seperti telah sedia maklum sebelum ini seperti tidur dalam kelambu, sembur racun nyamuk, musnah tempat pebiakan dan sebagainya. Jangan buka pintu dan tingkap sekitar jam 5 petang hingga 8 malam. Jangan keluar rumah ketika hampir malam. Rasullah SAW sendiri dalam hadithnya melarang kita keluar ketika itu kerana ramai makhluk halus berkeliaran. Pastinya makhluk halus itu termasuk nyamuk Aedes! Jangan tidur selepas Asar. Selain dapat penyakit tidak siuman dan lemah fikiran ia juga ada kaitan dengan aktifnya nyamuk Aedes waktu itu. Jangan tidur selepas Subuh. Selain akan dapat penyakit malas, ia juga ada kaitan dengan kegiatan nyamuk Aedes. It...

Kanak-Kanak dan Gambar

Imej
Seharusnya saya perlu menulis dalam halaman ini agar semua kita tahu dan menilai apa yang telah dan akan lalukan kepada seorang kanak-kanak. Saya bukan pakar undang-undang. Tetapi sejak bertugas di UKM  dan sering berada di beberapa majlis yang membicarakan soal undang-undang maka saya memahi sedikit sebanyak mengenai undang-undang. Untuk belajar undang-undang bukanlah satu perkara yang mudah, tetapi dalam beberapa kes kita boleh memahaminya dari bahan-bahan bacaan yang terdapat di pasaran. Kanak-kanak adalah sumber kita untuk melegakan tekanan. Sebut sahaja kanak-kanak semua orang suka. Kalau orang sakit sahaja yang kurang berminat pada seorang kanak-kanak. Hinggakan orang kurang siuman pun meminati kanak-kanak. Tetapi tahukah kita ramai kanak-kanak yang menjadi mangsa kerana tekanan hidup seseorang terutamanya keluarga terdekat. banyak kejadian salah laku sex, salah laku mendidik telah dilakukan oleh orang-orang yang terdekat dengannya. Maka sejak akhir-akhir ini ...

Petikan berita UKM: Khidmat Masyarakat Fotografi di Pulau Pangkor

Imej
Jurufoto UKM Berikan Kursus Fotografi Percuma Kepada Belia Khamis, 26 Jun 2014 16:19 Oleh Shahfizal Musa Foto Ikhwan Hashim PULAU PANGKOR, 16 Jun 2014 – Seramai lebih daripada 30 orang belia dari Perak telah menyertai suatu kursus fotografi percuma yang ditawarkan oleh seorang jurugambar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Program percuma itu dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Perak Tengah (JBS), dengan kerjasama UKM, Majlis Belia Perak Tengah, Persatuan Belia Taman Teknologi Seri Iskandar (PTS) dan Persatuan Alumni Institut Kemahiran Belia Negara Peretak (IKBN) . Ia dikendalikan oleh ketua jurufoto Pusat Komunikasi Korporat (PKK) UKM Abd Raai Osman. Program itu bertujuan meningkatkan minat belia dalam bidang fotografi dan juga melatih mereka untuk menghasilkan imej yang baik dan berkualiti. Ia dijalankan untuk memberi manfaat kepada belia dan pada masa yang s...

KENAPA PERCUMA?:

Ayat sekima yang sering meneroka di benak orang terkejut melihat saya mengadakan kursus fotografi secara percuma sejak akhir-akhir ini. Tidak teras rugi ke mengadakan kursus percuma? Misalnya perlu tanggung bebanan kos perjalanan dengan kereta dan kos tol, tempat tinggal. Kebanyakkan program saya pasti akan membawa keluarga. Kalau mengambil kira bayaran, pastinya saya akan dapat imbuhan yang lumayan! Saya telah mengadakan kursus ini pada Disember 2013 di daerah kesayangan saya Sik Kedah. Sambutannya cukup besar. Peserta yang datang dari seluruh Kedah. Mereka dahagakan ilmu, mereka dahagakan rangkaian kawan dan sahabat. Malahan apabila saya yang hadir dari UKM Bangi dilihat sebagai satu rahmat kepada mereka. Anda tahu? Seorang rakan sanggup mengirimkan sejumlah wang ke akuan saya untuk tujuan jamuan...menitis air mata saya penuh syahdu apabila melihat sejumlah wang begitu besar. Saya mendapat sokongan yang positif apabila pegawai kanan UKM memberi sokongan diatas u...

Fotografi hari ini di Malaysia.

Imej
10 Mei 2014: Saya hadir semalam di Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, Kuala Kubu bahru (IKBN Peretak), Selangor selaku Naib Yang DiPertua Persatuan Alumni IKBN Peretak. Bukan sebagai Juri. Tetapi penilaian saya terhadap gambar-gambar yang dipamerkan oleh semua peserta (pelajar tahap 3 kursus fotografi) tetap ada. Apabila saya ditanya oleh Pengarah IKBN Peretak Tuan Haji Wan Salam bagaimana dengan mutu karya? Saya jawab, cukup cemerlang!. Sejak saya meninggalkan IKBN Peretak pada tahun 1977, inilah kali pertama saya dapat melihat sambil membuat penilaian tidak rasmi. Kesemua karya mampu melonjakkan mutu fotografi di Malaysia. Mereka datang dari hasil didikan tenaga pengajar yang terbaik. Mereka menghasilkan karya dari bakat, ilmu dan kemampuan terbaik. Seperti kata Tuan Haji Saari selaku Pegarah Bahagian Latihan Kementerian Belia dan Sukan dalam ucapan perasmiannya, karya-karya seperti ini perlu dibawa ke Kuala Lumpur dengan membuat pemeran di galeri sen...

Mencari Sinar Di Pulau Tioman

Imej
Hajat hati memang ingin meneroka sekeliling pulau ini seperti saya pernah melakukan di Pulau Langkawi. Tetapi Pulau Tioman yang memiliki keluasan 39 km panjang dan 12 km lebar ini tidak mampu dilakukan kerana kemudahan pengangkutan amat berbeza jika dibandingkan antara dua pulau terkenal ini. Memang ada kenderaan yang boleh disewa, tetapi keadaan muka buminya amat mencabar dan adalah elok kita menggunakan pemandu tempatan. Kampung-kampung seperti  Kampung Tekek, Juara, Air Batang,Kampung Salang, Kampung Mukut, Kampung Genting, boleh diziarahi tetapi kedudukannya yang berjauhan maka saya mengambil keputusan hanya berada di Kampung Air Batang dan Tekek sahaja untuk tempuh dua hari di situ.  Saya suka menggunakan masa terluang ketika bertugas di mana-mana sahaja untuk melihat apa yang menarik di sesuatu tempat. Maka peluang ke Pulau Tioman saya gunakan juga untuk mencari sesuatu yang pernah dikatakan hilang. Menurut kisah dongeng yang dipercayai penduduk t...

Petikan Dari Portal Berita UKM

Imej
Anggota Suksis UKM Menonjol Di Latihan Menembak  Dari Portal Berita UKM   Isnin, 14 April 2014 08:37   oleh Abdul Raai bin Osman   foto Abdul Raai bin Osman   MUAR, 5 Apr 2014 - Seramai 158 anggota Sukarelawan Polis Universiti Kebangsaan Malaysia (Suksis) menerima kepujian daripada Naib Canselor Profesor Datuk Dr Noor Azlan Ghazali setelah tamat latihan menembak di Maktab Teknik Polis Di Raja Malaysia, di sini hari ini. Prof Noor Azlan memuji mereka kerana telah berjaya mencapai tahap Red Umbrella atau penonjolan dalam latihan itu. Beliau berharap semua pelajar UKM yang menyertai Suksis akan menjadi lebih unik dan menonjol serta dikagumi masyarakat berbanding dengan pelajar lain. Latihan menembak itu boleh membawa kepada usaha mencapai ketepatan dalam tugasan harian mereka. Pengalaman demikian, katanya, amat berharga dan anggota Suksis yang menyertai lat...