Catatan

KENAPA PERCUMA?:

Ayat sekima yang sering meneroka di benak orang terkejut melihat saya mengadakan kursus fotografi secara percuma sejak akhir-akhir ini. Tidak teras rugi ke mengadakan kursus percuma? Misalnya perlu tanggung bebanan kos perjalanan dengan kereta dan kos tol, tempat tinggal. Kebanyakkan program saya pasti akan membawa keluarga. Kalau mengambil kira bayaran, pastinya saya akan dapat imbuhan yang lumayan! Saya telah mengadakan kursus ini pada Disember 2013 di daerah kesayangan saya Sik Kedah. Sambutannya cukup besar. Peserta yang datang dari seluruh Kedah. Mereka dahagakan ilmu, mereka dahagakan rangkaian kawan dan sahabat. Malahan apabila saya yang hadir dari UKM Bangi dilihat sebagai satu rahmat kepada mereka. Anda tahu? Seorang rakan sanggup mengirimkan sejumlah wang ke akuan saya untuk tujuan jamuan...menitis air mata saya penuh syahdu apabila melihat sejumlah wang begitu besar. Saya mendapat sokongan yang positif apabila pegawai kanan UKM memberi sokongan diatas u...

Fotografi hari ini di Malaysia.

Imej
10 Mei 2014: Saya hadir semalam di Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, Kuala Kubu bahru (IKBN Peretak), Selangor selaku Naib Yang DiPertua Persatuan Alumni IKBN Peretak. Bukan sebagai Juri. Tetapi penilaian saya terhadap gambar-gambar yang dipamerkan oleh semua peserta (pelajar tahap 3 kursus fotografi) tetap ada. Apabila saya ditanya oleh Pengarah IKBN Peretak Tuan Haji Wan Salam bagaimana dengan mutu karya? Saya jawab, cukup cemerlang!. Sejak saya meninggalkan IKBN Peretak pada tahun 1977, inilah kali pertama saya dapat melihat sambil membuat penilaian tidak rasmi. Kesemua karya mampu melonjakkan mutu fotografi di Malaysia. Mereka datang dari hasil didikan tenaga pengajar yang terbaik. Mereka menghasilkan karya dari bakat, ilmu dan kemampuan terbaik. Seperti kata Tuan Haji Saari selaku Pegarah Bahagian Latihan Kementerian Belia dan Sukan dalam ucapan perasmiannya, karya-karya seperti ini perlu dibawa ke Kuala Lumpur dengan membuat pemeran di galeri sen...

Mencari Sinar Di Pulau Tioman

Imej
Hajat hati memang ingin meneroka sekeliling pulau ini seperti saya pernah melakukan di Pulau Langkawi. Tetapi Pulau Tioman yang memiliki keluasan 39 km panjang dan 12 km lebar ini tidak mampu dilakukan kerana kemudahan pengangkutan amat berbeza jika dibandingkan antara dua pulau terkenal ini. Memang ada kenderaan yang boleh disewa, tetapi keadaan muka buminya amat mencabar dan adalah elok kita menggunakan pemandu tempatan. Kampung-kampung seperti  Kampung Tekek, Juara, Air Batang,Kampung Salang, Kampung Mukut, Kampung Genting, boleh diziarahi tetapi kedudukannya yang berjauhan maka saya mengambil keputusan hanya berada di Kampung Air Batang dan Tekek sahaja untuk tempuh dua hari di situ.  Saya suka menggunakan masa terluang ketika bertugas di mana-mana sahaja untuk melihat apa yang menarik di sesuatu tempat. Maka peluang ke Pulau Tioman saya gunakan juga untuk mencari sesuatu yang pernah dikatakan hilang. Menurut kisah dongeng yang dipercayai penduduk t...

Petikan Dari Portal Berita UKM

Imej
Anggota Suksis UKM Menonjol Di Latihan Menembak  Dari Portal Berita UKM   Isnin, 14 April 2014 08:37   oleh Abdul Raai bin Osman   foto Abdul Raai bin Osman   MUAR, 5 Apr 2014 - Seramai 158 anggota Sukarelawan Polis Universiti Kebangsaan Malaysia (Suksis) menerima kepujian daripada Naib Canselor Profesor Datuk Dr Noor Azlan Ghazali setelah tamat latihan menembak di Maktab Teknik Polis Di Raja Malaysia, di sini hari ini. Prof Noor Azlan memuji mereka kerana telah berjaya mencapai tahap Red Umbrella atau penonjolan dalam latihan itu. Beliau berharap semua pelajar UKM yang menyertai Suksis akan menjadi lebih unik dan menonjol serta dikagumi masyarakat berbanding dengan pelajar lain. Latihan menembak itu boleh membawa kepada usaha mencapai ketepatan dalam tugasan harian mereka. Pengalaman demikian, katanya, amat berharga dan anggota Suksis yang menyertai lat...

Petikan Berita Dari eWarga UKM

Imej
Tahniah - Pelantikan Sebagai Ketua Panel Hakim Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-PETRONAS 2013 Jurufotografi Kanan di Pusat Komunikasi Korporat UKM, Abd Raai bin Osman telah dilantik sebagai Ketua Panel Hakim Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-PETRONAS 2013 bagi dua kategori foto iaitu Foto Cemerlang dan Esei Foto Cemerlang Hadiah Kewartawanan Foto merupakan anugerah yang berprestij anjuran Malaysian Press Institute-PETRONAS.

Semoga Tintanya Ada Habuan Di Akhirat.

"En Raai jom la kerja dengan saya di PRO", saya seringkali diajukan dengan kata-kata itu setiap kali bertemu dengan beliau. Sekadar melepaskan senyuman dan memberitahu soal pindah pejabat bukan satu yang saya gemar kecuali dengan arahan atau terpaksa. Namun atas kehendaknya, nama saya dicadangkan menjadi Editor Bersekutu untuk buletin Senada UKM. Satu tugas besar yang dilantik oleh Naib Canselor UKM sekitar awal tahun 2006. Saya seorang kakitangan sokongan bukan pentadbiran mahupun akedemik disenaraikan oleh beliau untuk tanggungjawab itu. Beliau yang saya maksudkan ialah Allahyarham Salmah Zainal Abidin. Namanya tidak sebesar individu lain di UKM. Salmah seorang Pegawai Penerbitan yang tugasnya menyunting artikel, jurnal. Namun bagi saya beliau memberi jasa kepada penglibatan saya sebagai penulis sambilan di UKM. Banyak artikel ringan yang saya tulis diterbitkan oleh beliau. Malahan beliau banyak menyunting dan menerbitkan puisi saya untuk Senada. Saya dinaikkan pangka...
Imej