Catatan

Mencari Sinar Di Pulau Tioman

Imej
Hajat hati memang ingin meneroka sekeliling pulau ini seperti saya pernah melakukan di Pulau Langkawi. Tetapi Pulau Tioman yang memiliki keluasan 39 km panjang dan 12 km lebar ini tidak mampu dilakukan kerana kemudahan pengangkutan amat berbeza jika dibandingkan antara dua pulau terkenal ini. Memang ada kenderaan yang boleh disewa, tetapi keadaan muka buminya amat mencabar dan adalah elok kita menggunakan pemandu tempatan. Kampung-kampung seperti  Kampung Tekek, Juara, Air Batang,Kampung Salang, Kampung Mukut, Kampung Genting, boleh diziarahi tetapi kedudukannya yang berjauhan maka saya mengambil keputusan hanya berada di Kampung Air Batang dan Tekek sahaja untuk tempuh dua hari di situ.  Saya suka menggunakan masa terluang ketika bertugas di mana-mana sahaja untuk melihat apa yang menarik di sesuatu tempat. Maka peluang ke Pulau Tioman saya gunakan juga untuk mencari sesuatu yang pernah dikatakan hilang. Menurut kisah dongeng yang dipercayai penduduk t...

Petikan Dari Portal Berita UKM

Imej
Anggota Suksis UKM Menonjol Di Latihan Menembak  Dari Portal Berita UKM   Isnin, 14 April 2014 08:37   oleh Abdul Raai bin Osman   foto Abdul Raai bin Osman   MUAR, 5 Apr 2014 - Seramai 158 anggota Sukarelawan Polis Universiti Kebangsaan Malaysia (Suksis) menerima kepujian daripada Naib Canselor Profesor Datuk Dr Noor Azlan Ghazali setelah tamat latihan menembak di Maktab Teknik Polis Di Raja Malaysia, di sini hari ini. Prof Noor Azlan memuji mereka kerana telah berjaya mencapai tahap Red Umbrella atau penonjolan dalam latihan itu. Beliau berharap semua pelajar UKM yang menyertai Suksis akan menjadi lebih unik dan menonjol serta dikagumi masyarakat berbanding dengan pelajar lain. Latihan menembak itu boleh membawa kepada usaha mencapai ketepatan dalam tugasan harian mereka. Pengalaman demikian, katanya, amat berharga dan anggota Suksis yang menyertai lat...

Petikan Berita Dari eWarga UKM

Imej
Tahniah - Pelantikan Sebagai Ketua Panel Hakim Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-PETRONAS 2013 Jurufotografi Kanan di Pusat Komunikasi Korporat UKM, Abd Raai bin Osman telah dilantik sebagai Ketua Panel Hakim Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-PETRONAS 2013 bagi dua kategori foto iaitu Foto Cemerlang dan Esei Foto Cemerlang Hadiah Kewartawanan Foto merupakan anugerah yang berprestij anjuran Malaysian Press Institute-PETRONAS.

Semoga Tintanya Ada Habuan Di Akhirat.

"En Raai jom la kerja dengan saya di PRO", saya seringkali diajukan dengan kata-kata itu setiap kali bertemu dengan beliau. Sekadar melepaskan senyuman dan memberitahu soal pindah pejabat bukan satu yang saya gemar kecuali dengan arahan atau terpaksa. Namun atas kehendaknya, nama saya dicadangkan menjadi Editor Bersekutu untuk buletin Senada UKM. Satu tugas besar yang dilantik oleh Naib Canselor UKM sekitar awal tahun 2006. Saya seorang kakitangan sokongan bukan pentadbiran mahupun akedemik disenaraikan oleh beliau untuk tanggungjawab itu. Beliau yang saya maksudkan ialah Allahyarham Salmah Zainal Abidin. Namanya tidak sebesar individu lain di UKM. Salmah seorang Pegawai Penerbitan yang tugasnya menyunting artikel, jurnal. Namun bagi saya beliau memberi jasa kepada penglibatan saya sebagai penulis sambilan di UKM. Banyak artikel ringan yang saya tulis diterbitkan oleh beliau. Malahan beliau banyak menyunting dan menerbitkan puisi saya untuk Senada. Saya dinaikkan pangka...
Imej

Petikan dari Portal Berita UKM

Imej
Anggota PALAPES Mempunyai Kelebihan Antara Semua Pelajar  Selasa, 11 Februari 2014 16:48 Oleh Raai Osman Foto Raai Osman BENTONG, 5 Feb 2014 - Pelajar yang menyertai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) mempunyai kelebihan dari graduan lain kerana pengalaman ketenteraan yang mereka timba membolehkan mereka cemerlang di mana saja mereka berkhidmat. Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali berbangga dengan pencapaian mereka ketika melawat khemah latihan Palapes UKM-USIM (Universiti Sains Islam Malaysia) di sini hari ini. Pelatih itu baru sahaja selesai menjalini latihan tahunan mereka di Mempaga di sini hari ini. Prof Noor Azlan selaku Komandan PALAPES UKM telah melawat kelima-lima khemah latihan enam hari mereka itu yang berakhir hari ini. Khemah-khemah itu menempatkan tiga peringkat anggota kadet UKM–USIM ia itu ...

Gempur Wira di Mempaga 2014

Imej
Seawal pukul 6.00 pagi pegawai muda kadet UKM telah bersiap sedia di sebuah ladang kelapa sawit Mempaga Pahang. Mereka menunggu arahan untuk mara dengan berjalan kaki sejauh 25km dalam masa tiga hari. Mereka telah bermalam sejak 31 Januari 2014 ketika itu adalah cuti umum Tahun Baru Cina. 8.00 pagi mereka mara ke jalan besar yang menghubungkan Mempaga ke Raub iaitu jalan alternatif ke Kelantan. Setiap seorang baik lelaki mahu pun wanita membawa bebanan seberat lebih kurang 10kg. Lebih berat bagi kadet yang membawa peralatan semboyan. Disamping itu mereka akan membawa senjata api paling ringan pun M16. Tidak sampai 500 meter penulis mendengar bunyi tembakan senjata api. Pasukan yang berada di belakang sekali akan mengambil perlindungan dengan meniarap atau duduk di tepi jalan. Dari jauh kedengaran tembakan berbalas dengan tembakan sambil arahan mara untuk mengempur musuh. Penulis yang ditugaskan membuat liputan bergambar dan berita betul-betul merasakan bagaikan berada di medan pe...