Catatan

Misi udara UKM 21.11.2012

Imej
20 November 2012-Cik Azimah Mahmud Pegawai Khas Tan Seri Naib Canselor membuat panggilan meminta saya datang ke lokasi bencana berhampiran FSSK. Sepuluh minit kemudian saya tiba berhampiran lokasi, Cik Azimah memberitahu bahawa Naib Canselor telah sampai di lokasi FST. Lima minit kemudian saya tiba di kawasan kompleks baru FST . Ketika memberi salam kepada Prof Tan Sri Dato' Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin beliau berkata, "lepas ni naik heli rakam gambar kawasan dari udara". Akur dengan arahan Naib Canselor itu. Oleh kerana seharian pada hari Isnin 20 November itu cuaca mendung dan hujan maka misi tersebut ditangguhkan. Rombongan Naib Canselor bersama kumpulan jurutera hanya membuat tinjaun darah sahaja. Disebelah petang kira-kira pukul 4 petang Tuan Haji Zanudin Daud pegawai kanan Tan Sri memberitahu menerusi panggilan telefon bahawa esok 21 November Misi Udara akan berlepas pukul 10.00 pagi di Dataran Gemilang UKM. 21 November 2012 sa...

Setelah lebih 50 tahun tak jumpa

Imej
10 November saya pulang ke Kedah untuk menghadiri kenduri di Sungai Petani dan Kampung Kota, Permatang Pauh, Pulau Pinang. Pada 11 November saya menghadiri majlis kenduri di rumah kakak sepupu saya di Permatang Pauh.Kak Kiah adalah sepupu saya anak kepada Mak Anjang. Dia sudah melepasi usia emas dan hampir sebaya dengan kakak saya. Mereka pernah menjadi teman sepermainan ketika masih kanak-kanak. Kakak saya telah berkahwin pada tahun 1965 dan berhijrah ke Kluang dan menetap di sana. Kerana kemiskinannya kakak saya tidak pernah balik ke utara (Kedah mahu pun Pulau Pinang). Saya kerap bertemu dengan dua insin ini kerana dengan rezeki yang ada, mampu ke Kluang dan balik utara. Selang dua minggu, kakak sepupu saya akan bertandang ke rumah besannya di Parit Jawa, Muar, Johor. Anak perempuannya yang telah bernikah pada 11 November akan menghadiri majlis bertandang ke rumah suaminya. Saya mengatur satu pertemuan antara kakak dan sepupu saya pada 25 November. Kebetulan anak...

Di Lapang Sasar Kem Hobart, Gurun, Kedah.

Imej
Ketika Ketua Jurulatih PALAPES UKM, Leftenan Kolonel Mohd Sahar bin Haji Said memberitahu pihaknya mahu membawa seorang Jurufoto ke Kem Hobart, Kedah saya terus bersetuju kerana tempat itu merupakan berhampiran kampung tempat saya dibesarkan. Kali ini agak lama saya bercuti di Kedah negeri kelahiran saya dan bertugas sebelum pulang ke Bangi, Selangor. Lapangsasar Gurun yang terletak di kawasan Hutan Simpan Bukit Perak telah dibina oleh Tentera British pada tahun 1940 dan diwartakan pada tahun 1947. Ianya dibina bagi tujuan latihan menembak senjata kecil dan senjata bantuan untuk Tentera British dan juga Rejimen Askar Gurkha yang berpangkalan di Kem Lapangan Terbang dan Kem Sungai Layar serta unit-unit berhampiran pada ketika itu. Unit Pentadbiran Lapangsasar ini telah diberi nama Kem Hobart mengambil sempena nama pengasasnya iaitu Captain Hobart, seorang pegawai Tentera British. Selepas negara mencapai kemerdekaan, Lapangsasar ini telah diwartakan ...

Sungai Petani ke Tanjung Dawai Kedah ke Pulau Pinang

Imej
Selepas sarapan pagi di Kompleks Penyayang Sungai Petani saya berkata kepada puteri-puteri , jom kita ke Tanjung Dawai. "Ada apa di sana ayah, "tanya along Atiqah. "Tak ke ingat kisah 40 penyamun bila Marjina tanya Belacan  tak ada ka?". "Jawab, M Zain, ooooo jangan sebuat belacan...bahaya, ganja ada lesen, candu ada lesen. Belacan pun ada lesen", Akhirnya baru mereka tahu, Tanjung Dawai terkenal dengan belacannya disebelah utara.Dua jam kemudian kami pun sampailah di Tanjung Dawai setelah singgah di Muzium Lembah Bujang. Pekannya kecil dan mengadap Pantai Merdeka yang terkenal di Kuala Muda Kedah. Seperti dirancang, saya beli belacan dengan jumlah yang banyak untuk dijadikan buah tangan. Bayangkan sehingga balik Bangi, kereta berbau belacan Tanjung Dawai. ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||| Selepas membuat daftar masuk di sebuah hotel di Sungai Petani kami sekeluarga ke Pulau Pinang untuk bertemu Cikgu Lah dan Cikgu Fatimah. Saya ...

Ada ketikanya.......

Saya telah lama tidak menulis dilaman ini. Maaf kerana sejak beberapa ketika saya harus berperang dengan takdir Allah. Allah menduga saya dengan cobaan yang agak berat untuk saya tanggani. Namun saya akan terus berjuang untuk hidup. Insyaallah saya teruskan demi kehidupan ini.

Sila klik berita yang tersiar di Portal Berita UKM

Imej
Tuntutan Demokrasi Tidak Harus Bawa Kepada Kemusnahan Negara Selasa, 24 Julai 2012 08:31 Berita dan Foto oleh Abd Raai bin Osman Penerbit UKM SINTOK, 17 Julai 2012 - Rakyat diingatkan tidak terlalu terikut dengan amalan keghairahan berpolitik untuk menyuburkan demokrasi hingga membawa kepada kemusnahan negara. Tengku Temenggong Kedah, Brigediar Jeneral (Kehormat) Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkata rakyat tidak harus begitu terpengaruh dengan amalan negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting yang perlu dipertahankan. Beliau yang juga Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah berucap di Istiadat Pentauliahan DiRaja Pegawai Kadet PALAPES (Pasukan Latihan Pegawai Simpanan)  IPTA Ke-31 di Universiti Utara Malaysia, di sini hari ini. Beliau berkata melihat kepada perkembangan se...

Pulau Ketam- Kampung Masyarakat Cina yang menarik.

Imej
"Bang Raai, apa ada kat Pulau Ketam", tanya Izwan kepada saya dua minggu lepas. Akhirnya saya telah menetapkan tarikh 1 Mei 2012 untuk pergi ke Pulau Ketam.Kami bertolak ke Pulau Ketam dengan dua buah kereta, tujuh orang rakan termasuk saya. Menariknya kami disertai oleh seorang pesara pegawai bank, Haji Badarudin Ishak. "Malam tadi saya menyertai qiamulai kat masjid Hasanah Raai" Terang saudara Seberi, staff Pejabat Pendaftar UKM. Mujur sepanjang program beliau tidak mengantuk. Menurut beliau, qiamulai itu adalah sebahagian program dalam kursus hajinya. "Larat ke Raai....", tanya Hai Bad kerana melihat saya demam selsema. Namun sampai habis program saya tetap sihat. Apakan daya saya perlu hadir ke Pulau Ketam kerana telah berjanji untuk ikut serta sejak seminggu dulu. Apa yang kami dapat ketika berada di Pulau Ketam? Nak makan, mana ada kedai melayu dan mamak. Semua kedai di sana kedai yang diragui status halalnya. Walaupun ada ketikanya saya d...