Catatan

Kerjaya dan Resiko

Imej
33 tahun lalu ketika saya sukar untuk memperolehi pekerjaan ibu agak sukar membenarkan saya memohon kerjaya tentera mahupun polis. Namun suatu hari dalam tahun 1979 saya mencuba nasib memohon jawatan polis dengan harapan boleh menjadi jurufoto PDRM. Ibu mengizinkan dengan helah saya itu. Saya gagal kerana saiz dada saya tidak besar. Mungkin juga perasaan ibu yang sukar menerima saya menjadi polis maka kegagalan itu ada kaitan dengan doa ibu? Kalau takut dilambung ombak, jangan bermain laut. Resiko tetap wujud dalam apa juga kerjaya. Sejak 1979 saya menjawat jawatan jurufoto di UKM. Ibu lega. Namun ibu tidak tahu kerjaya ini mempunyai risiko tersendiri. Cuma ibu tidak memahami kerjaya ini kerana dia hanya mengetahui kerja ini hanya merakam gambar. Saya sering mengikuti beberapa kursus mengenai cara menangani risiko di tempat kerja. Apa yang saya faham semua kerjaya mempunyai risiko tersendiri. Kita tidak boleh menganggap semua kerjaya mempunyai risiko maut hanya ada pada tentera,...

Saya mengembara lagi.

Imej
2 Julai 2011, 9.40 pagi: Saya sampai untuk ke sekian kali di Langkawi. Kali ini saya datang untuk membuat rakaman kegiatan UKM Global Student Mobality Partnerships 2011 kali ketiga. Cuaca di Langkawi cerah dan menarik untuk merakam gambar. Hari pertama kami melawat Underwater World yang terletak di Pantai Cenang. Pertama kali masuk ke sini dengan layanan VIP (tanpa bayaran). Maklumlah UKM bukan baru dengan Langkawi. Kerana UKM telah mengusahakan taraf Geopark kepada Langkawi. Kuliah di lapangan oleh Prof. Dr Safie 3 Julai 8.40 pagi: Hujan turun dengan lebat di Langkawi Geopark. Perjalanan bas UKM ke Kompleks Galeri Lestari UKM di Langkawi. Program ini dibuat memandangkan hujan amat lebat dan tidak sesuai untuk semua pelajar pergi ke Telaga Tujuh.  Galeri ini menempatkan bahan-bahan pameran mengenai Langkawi Geopark. Lestari UKM bertanggungjawab membangunkan galeri berhampiran setesen Kereta Kabel Langkawi. Oleh kerana hujan masih turun dan cuaca di persekitaran Puncak Matcin...

Sila klik berita yang tersiar di Portal Berita UKM

SKUDAI, JOHOR , 13 Julai, 2011 – Pasukan Kor Suksis (Sukarelawan Polis Siswa Siswi) UKM turut hadir di Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil bagi IPTA seluruh Malaysia ke7 di sini Ahad lalu....... Lihat seterusnya

Di pertemuan ini: Alumni IKBN Peretak dan Reunion 2011

Imej
10.15 pagi: Saya memasuki perkarangan Institut Kemahiran Belia Negara Peretak di Kuala Kubu Bharu, atau lebih tepat Ampang Pecah. IKBN ini merupakan tempat baru yang menggantikan IKBN lama yang kini telah menjadi Empangan Sungai Selangor. Saya terpesona IKBN baru kerana memiliki ciri-ciri sebuah kolej pengajian yang cantik, selamat dan amat sesuai melahirkan belia-belia berkemahiran tinggi. Saya tidak mengharapkan untuk bertemu rakan-rakan lama ketika berada di IKBN kerana pada saya mereka mungkin tidak dapat hadir, kerana tidak tahu, sudah uzur dan sebagainya. Maklumlah rakan-rakan lama yang sama-sama bergaul ketika berkursus di IKBN pada tahun 1977 sudah berusia. Kalau ada mungkin mereka sibuk dengan tugas. Saya agak bertuah kerana Azmi yang bertugas di Jabatan Penerangan dapat ikut serta. Walaupun ada waktunaya Azmi sering sibuk kerana tugasan di dalam atau luar negara. Tapi semasa saya datang untuk mendaftar diri, beliau sudah datang lebih awal. Rakan-rakan yang hadir semuanya ...

Cikgu Haji Soin bin Haji Haron

Imej
Ketika rakan-rakan alumni IKBN Peretak membuat rancangan untuk melawat Cikgu Soin saya berkata tidak mahu ikut. Namun apabila diberitahu rumah beliau dekat dengan Pekan Kuala Kubu Bahru saya mengubah fikiran untuk ikut serta. Kehadiran kami dengan enam buah kereta memeriahkan laman rumah Tuan Haji Soin. Wajahnya ceria seperti menyambut kepulangan anak menantu di musim Aidilfitri. Beliau memperkenalkan keluarganya. Beberapa orang anaknya memegang jawatan penting di negara kita. Haji Soin seorang guru kelas Jahitan dan Fesyen ketika saya dan rakan-rakan belajar di IKBN Peretak. Ramai anak-anak muridnya telah berjaya dalam bidang fesyen pakaian. Malahan terdapat anak muridnya membuka kedai. Berkali-kali Haji Soin menyebut nama seorang usahawan kedai pakaian di Sungai Petani, Kedah. Dia berbangga dengan bekas muridnya yang berjaya dalam perniagaan membuat pakaian. Malahan beliau gembira menyebut ada anak muridnya tidak lupa mengirim kad ucap selamat hari raya setiap tibanya Aidilfitr...

Air mineral dari bukit

Imej
Hampir pukul 7 malam ketika melalui Jalan Bukit Freaser ke Kuala Kubu Bahru, saya melihat terdapat orang ramai sedang mengambil air di tebing berhampiran Empangan Selangor.Terdapat tiga keluarga Melayu, satu Cina dan seorang India. Saya sempat turun melihat kegiatan kerja-kerja yang sedang mereka lakukan. "Nak ambil air ke?", sapa seorang lelaki Cina kepada saya. Saya berkata tidak. Cuma turun sebentar untuk berehat. "Awak kalau ambil ini air mesti ketagih macam ganja oooo" kata lelaki Cina itu dengan ramah. Saya hanya tersenyum. Menariknya mereka seperti bermuafakat dalam proses mengambil air yang kelihatan jenis dan bersih. Air itu datang dari bukit yang berdekatan. Lelaki India dari Klang datang dengan membawa hampir sepuluh botol sederhana besar. Menurut beberapa orang yang saya temui di kawasan tadahan itu air yang mereka ambil mempunyai rasa yang sedap. Mereka tidak meminum airm lain selain air tersebut. Ada ketikanya ramai pengunjung yang datang jauh u...

Dr Palson

7.30 pagi 25 Jun: Mengambil Murtada di Kolej Ibrahim Yaakop UKM. Saya hantar Murtada di Balai Berlepas LCC. Beliau pelajar yang saya pilih untuk mengikuti program fotografi anjuran Masum di Universiti Malaysia Sabah. 8.30 pagi: Singgah di Hentian Rehat Dengkil kerana ingin bersarapan sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Kubu Bharu. Mata seperti biasa memilih apakah jenis sarapan hari ini. Kelibat seorang lelaki memberikan senyuman yang biasanya saya tidak mengeciwakan. Agak terkejut bila lelaki itu menyebut nama saya. Dia memberikan salam sambil berjabat tangan. Namun salamnya belum saya jawab, tetapi hati berdetik ingin tahu. "Saya sudah memeluk Islam tahun 2008", "Oh......waalaikummussalam.....Sambil memegang kedua bahunya. Alhamdulillah...syukur....saya bersuara dengan agak tinggi apabila Prof Madya Dr. Palsan Sannasi Abdullah menceritakan segala-galnya. Beliau sudah berkahwin dan hari itu dia dalam perjalanan ke Kedah untuk urusan pertunangan abang ...