Majlis Bersama Presiden Ceupacs dengan Pereka dan Jurufoto SeMalaysia

3 Feb hujan turun dengan lebat sepanjang perjalanan saya dari Bangi ke Putrajaya. Mencari Bangunan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dalam hujan lebat bukanlah perkara yang mudah. Mujur Putrajaya tidak sesak seperti Kuala Lumpur.



Ketika tiba di Dewan Utama KPKK Aras B1 Kompleks KPKK wakil penjawat Pereka dan Jurufoto sedang berucap. Kehadiran lebih 500 orang memanaskan keadaan walaupun kedinginan hujan di luar amat dirasai. Tambahan pakaian saya sedikit basah.

Apa perlunya saya hadir di majlis ini? Sebenarnya kami penjawatn Pereka dan Jurufoto bergabung dalam perkhidmatan Bakar dan Seni memegang gred B. Samakah kami dengan jawatan lain? Ya sebagai kakitangan kerajaan kami sama sahaja. Namun kami bertugas berbeza dengan beberapa jawatan lain.

Kalau waktu kerja penjawat awam lain 8 pagi hingga 5 petang. Kami ada yang bertugas sampai 12 tengahmalam. Ada yang meninggalkan keluarga berhari, berminggu malahan berbulan.

amat pelikkah jawatan kami? Tidaklah pelik. Sama sahaja. Kalau melihat dari sudut penampilan ada yang hebat. Ada yang mesra dengan tan Seri, Dato dan ketua jabatan tertinggi. Tapi siapa kami? Ada yang hanya menjawat gred B17, B22, B26, B27, B32, B38.

Saya berpeluang memberikan pendapat.
Foto oleh: Gambar oleh Zarith Zulkifli


Itulah kami. Kami dicari ketika diperlukan. Kami ditarik tangan untuk bermesra. Namun ada diantara kami ada yang tolak ketika majlis berlangsung. Ada yang dirampas kamera ketika bertugas. Ada yang pernah diugut ada yang ditolak hampir jatuh longkang.

Itu semua kejadian yang dialami oleh rakan-rakan di beberapa agensi berita seperti RTM, Bernama, Jabatan Penerangan. Tetapi kami wujud di Jabatan Agama Islam, SPRM, IPTA, dan lain-lain agensi. Ada yang diugut ketika operasi pencegahan maksiat. Ada yang dinafikan hak kami ketika dimajlis rasmi. Ada juga ketika orang lain makan kami tengok sahaja.

Hebat sangatkah kami? Kami perlu dilayan sedemikian rupa? Kami tidaklah hebat. Insan biasa tapi segala kejadian, peristiwa yang keesokkan harinya menjadi sejarah adalah hasil jari kanan kami. Hasil kaki kami yang berlari anak atau berlari laju ketika mengejar subjek. Malahan ada yang dimedan perang kecut perut ketika bom diletopkan.

Itulah kami. Sepatah kata Presiden Ceupacs semasa beruacap dihadapan kami Jumaat lepas, " Tak kan nak kenal Jurufoto setelah dia mati. Dia cedera atau sebagainya. masa itu dah tak ada maknanya", ulas Datuk Omar Osman.

Kami penjawat jawatan tidak istimewa. Namun ada yang memikirkan masa depan dan memiliki Dioloma, Ijazah. Tapi masih digred B17!

Dalam pertemuan lebih sejam Jumaat lepas saya dapat bertemu dengan ramai rakan baru. Kami bukan datang untuk berbincang macam mana nak menghasilkan gambar-gambar yang terbaik. Kami datang berbincang masalah skim. Masalah kebajikan kami. Kebanyakkan perbincangan itu tidak boleh ditulis secara terperinci di sini kerana ianya masih diperingkat perbincangan dan usul.

Sebahagian 200 orang Jurufoto yang hadir bergambar
bersama Presiden Ceupacs Datuk Omar Osman.
Foto oleh Gambar oleh Maszuandi Adnan,
Jabatan Penerangan Malaysia.


Oleh itu jika anda seorang Ahli Fotografi tidak kira gred boleh menyertai kami. Satu laman Facebook telah saya bina dengan persetujuan ramai rakan. Tidak sampai sejam laman tersebut,Persatuan Fotografi Perkhidmatan Awam Seluruh Malaysia telah berjaya mengumpul 60 orang rakan FaceBook. Manakala dalam masa dua hari beberapa rakan telah memberi komen yang bernas untuk membantu membuat kertaskerja kepada Ceupacs.

Justeru, saya bagi pihak rakan-rakan lain mengharapkan jika ada pertemuan ketiga, {sebenarnya pertemuan pertama ialah pada 30 Januari 2012 di UUM Kuala Lumpur } akan lebih ramai  Jurufoto turut hadir.

Ulasan

asmi berkata…
saya suka dengan terbitan yang ada pada blog anda. jangan lupa follow kembali y kawan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah