Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Ahli Fotografi; JPA;Jurufoto Kerajaan; Persatuan Fotografi Perkhidmatan Awam Seluruh Malaysia

Menahan Sendu Adalah Peribadi Jurufoto

Imej
Kami orang biasa. Kalangan kami ada yang tidak berkelulusan tinggi. Namun pada kebiasaannya kami berada dibarisan depan di mana-mana juga majlis. Orang tetap mengenali kami kerana kami adalah manusia yang bergelar Jurufoto. Izinkan saya berehat Fotografi kini hanyalah hobi saya bersama keluarga Saya tidak mahu ketogerikan mana-mana Jurufoto sebab semua oarng menggelarkan dirinya sebagai Jurufoto jika sudah memegang kamera. Tetapi jika kita mampu bertahan dengan kerjaya untuk jangkamasa lebih 20 tahun maka saya akan tabik dengan anda. Sebab, ramai yang kecundang selepas hanya lima tahun memegang kamera. Saya ada kawan-kawan yang masih bertahan sehingga 30 tahun menjadi Jurufoto. Menjalankan perniagaan dalam bidang fotografi. Ada juga yang menjawat jawatan Jurufoto sehingga bersara, seperti saya. Pada saya bersara hanyalah syarat wajib dalam perkhidmatan kerana wajib mengundurkan diri kerana sudah cukup sy...

Jurufoto Perlu Pandai Mencium Peristiwa

Imej
Peristiwa 1: 15 Julai 1987 - Bangi. Selepas solat Jumaat saya sudah bersedia di sekitar Dewan Tun Abdul Razak UKM. Menurut sumber satu tunjuk perasaan akan berlaku selepas solat Jumaat. Saya dengan Wak Leman (Saleman Leman ) sudah bersedia. Suasana masih seperti biasa kerana waktu itu orang baru balik ke tempat kerja selepas solat Jumaat. Seperti tiada apa=apa yang akan berlaku. Kata saya kepada Wak Leman "tak jadi kot" dalam loghat Kedah. "Tunggu....mesti jadi punya", jawab Wak Leman dengan sedikit lenggok Jawa dia............... Jam 2.40 petang tiba-tiba terdengar bunyi motosikal. Kemudian kelihatan kumpulan pelajar dengan agak ramai memulakan perhimpunan mereka di jalan masuk UKM. Mereka memulakan tunjuk perasaan.  Saya berbisik dalam hati, "Waa adakah peristiwa 1970an kembali tercetus di UKM?". Usaha menghalang kemaraan pelajar yang semakin ramai dilakukan oleh pasukan keselamatan UKM.  Pagar manusia dibina namun dapat dirempuh. Ak...

Saya Bukan Jurufoto Lagi | Setelah 100 Hari Bersara

Imej
Di perkampungan nelayan yang dibangunkan oleh bintang filem terkenal Jackie Chan Hari ini telah 100 hari saya bersara. Namun ia bagaikan satu pencutian yang panjang. Namun oleh kerana saya telah meletakkan diri ini pada mood bersara sejak dua tahun dulu maka fobia bersara tidak terasa oleh saya. Menariknya tarikh persaraan saya ada tiga peristiwa yang berturutan. Sebulan sebelum hari persaraan saya telah mengadakan majlis perkahwinan puteri sulong. Sebulan selepas bersara umat Islam menyambut bulan Ramadan dengan berpuasa. Dua bulan selepas bersara kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Justeru, saya tidak terasa sunyi walaupun telah hilang ribuan rakan-rakan dari UKM. Paling tenteram pada bulan Ramadan ini saya boleh berpuasa dan bertarawih dengan tenteram. Agak melegakan saya ialah tekanan darah saya turun. Ini yang membuat saya bersyukur. Apa yang saya buat selepas bersara? Banyak....kebetulan isteri saya juga sama-sama bersara dan kami sambung berbulan madu!...

Sesekali Jurufoto berbicara 2

Saya nak sambung mengenai bengkel yang telah diadakan oleh Jurufoto dalam Perhidmatan Awam. Kalau yang agak masih diperingkat usul dan ura-ura tak maulah saya tulis. Bukan apa kuatir menjadi rasmi pula. Kerana apa yang bincang dalam pertemuan ini ialah masih dalam proses untuk memurnikan lagi. Komuniti kami besar sebenarnya. Namun keahlian dalam sati-satu agensi masih kecil. Jurufoto di RTM, Bernama, Jabatan Penerangan boleh dikatakan mempunyai jumlah penjawat yang ramai. Mereka agak tersusun tetapi bagi agensi lain sperti IPTA, dan badan-badan berkanun lain agak kurang. Misal UKM mempunyai hanya 14 orang Jurufoto. Itu pun ditempatkan diperbagai fakulti dan jabatan. Sebab itu kami bentuk persatuan yang mana pada masa akan datang ia akan menjadi kesatuan dengan matlamat nak menjaga kebajikan ahli-ahli. Memang ada jurufoto yang menganggotai kesatuan di agensi masing-masing tetapi dengan wujudnya kesatuan jurufoto adalah diimpikan agar semua ahli boleh berkomunikasi dalam satu komunit...

Sesekali Jurufoto berbicara 1

Imej
Foto oleh: Mahayudin Mohamad , BERNAMA Kami komuniti sepi ketika bertugas. Ada kalanya kami seperti bersaing di arena. Kami memang berebut-rebut mencari sudut ketika merakam gambar. Ketika-ketika tertentu kami seperti bermusuhan ketika mencari sudut untuk memperolehi komposisi yang baik.  Siapa kami? Semua orang mengenali kami apabila memegang kamera. Semua orang suka kepada kami ketika dapat melihat hasil kerja kami. Tetapi kami bergelut dengan perasaan ketika isteri sarat mengandung lapan bulan. Takut-takut isteri bersalin tanpa kami. Ketika ayah atau ibu sedang sakit kami berperang dengan emosi kerana mereka amat perlu di sampingnya. Namun demi rezeki, mereka semua pasrah melepaskan kami ke tempat mencari rezeki. Ada ketikanya kami pulang larut malam, awal pagi ketika semua orang sedang bermimpi indah. Sedangkan ada rakan-rakan kami sedang meneropong masalah orang lain yang ditimpa musibah seperti banjir, tanah runtuh. Saya telah menulis di sini ila tekan> Tapi itu s...

Majlis Bersama Presiden Ceupacs dengan Pereka dan Jurufoto SeMalaysia

Imej
3 Feb hujan turun dengan lebat sepanjang perjalanan saya dari Bangi ke Putrajaya. Mencari Bangunan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dalam hujan lebat bukanlah perkara yang mudah. Mujur Putrajaya tidak sesak seperti Kuala Lumpur. Ketika tiba di Dewan Utama KPKK Aras B1 Kompleks KPKK wakil penjawat Pereka dan Jurufoto sedang berucap. Kehadiran lebih 500 orang memanaskan keadaan walaupun kedinginan hujan di luar amat dirasai. Tambahan pakaian saya sedikit basah. Apa perlunya saya hadir di majlis ini? Sebenarnya kami penjawatn Pereka dan Jurufoto bergabung dalam perkhidmatan Bakar dan Seni memegang gred B. Samakah kami dengan jawatan lain? Ya sebagai kakitangan kerajaan kami sama sahaja. Namun kami bertugas berbeza dengan beberapa jawatan lain. Kalau waktu kerja penjawat awam lain 8 pagi hingga 5 petang. Kami ada yang bertugas sampai 12 tengahmalam. Ada yang meninggalkan keluarga berhari, berminggu malahan berbulan. amat pelikkah jawatan kami? Tidaklah pelik. Sam...