Mati Dalam Tidur
Saya telah dirujuk dengan doktor pakar paru-paru setelah melalui proses MRI. Saya didapati tidur berdengkor ketika proses MRI ke atas jantung selama lebih dua jam. Foto: Sumber Google Doktor meminta saya masuk wad untuk Sleep Study dan hasilnya paru-paru saya terhenti sebanyal 51 kali dengan kadar 26 saat. Kenapa saya tulis untuk kes in? Ya jika kes ini dibiarkam resiko kematian dalam tidur akan berlaku. Memang sebelum ini saya hanya dapat tidur sekitar satu atau tiga jam sahaja waktu malam. Saya akan terjaga dan bangun mengejut. Ini amat menakutkan isteri saya. Ada masanya saya bercakap dalam tidur seperti memberi ceramah. Paling menakjubkan saya membaca ayat Quran dan berwirid apa saja yang saya hafal. Saya rujuk bab mati dalam tidur tapi tidak banyak dalil yang saya jumpa bab kebaikannya. Ada rujukan dari sudut agama dan sila rujuk di https://semakhadis.com/sesiapa-yang-tidur-dalam-keadaan-bersuci-kemudian-dia-meningga...