Mati Dalam Tidur

 Saya telah dirujuk dengan doktor pakar paru-paru setelah  melalui proses MRI.  Saya didapati tidur  berdengkor  ketika proses MRI ke atas jantung selama lebih dua jam. 


Foto: Sumber Google

Doktor meminta saya masuk wad untuk Sleep Study dan hasilnya paru-paru saya terhenti sebanyal 51 kali dengan kadar 26 saat.

Kenapa saya tulis untuk kes in? Ya  jika kes ini dibiarkam resiko kematian dalam tidur akan berlaku. Memang sebelum ini saya hanya dapat tidur sekitar satu atau tiga jam sahaja waktu malam. 

Saya akan terjaga dan bangun mengejut. Ini amat menakutkan isteri saya. Ada masanya  saya bercakap dalam tidur seperti memberi ceramah. Paling menakjubkan saya membaca ayat Quran dan berwirid apa saja yang saya hafal. 

Saya rujuk bab mati dalam tidur tapi tidak banyak dalil yang saya jumpa bab kebaikannya. 

Ada rujukan dari sudut agama dan sila rujuk di https://semakhadis.com/sesiapa-yang-tidur-dalam-keadaan-bersuci-kemudian-dia-meninggal-dunia/

Saya rujuk kes ini di https://hellosehat.com/sehat/informasi-kesehatan/penyebab-meninggal-saat-tidur/

Alhamdulillah sejak saya diminta menggunakam mesin pernafasan sejak bulan September 2023 saya sudah boleh tidur antara 4 hingga 6 jam setiap malam. Gangguan terbangun secara mengejut tiada lagi. 

Saya juga kini mampu bermimpi indah-indah dan tiada lagi bercakap dalam tidur.

Kata doktor ini menandakan saluran paru-paru saya telah terbuka oleh mesin pernafasan. Tidur saya telah berada pada tahap dalam dan begitu nyenyak.

Oleh itu bagi anda yang masih sihat berhentilah merokok. Saya yang bukan perokok juga menghadapi masalah ini. Kurangkan berat badan. 

Alhamdulillah bagi saya yang membuat rawatan dialisis doktor mengambil berat pada kesihatan organ lain. Oleh itu jika anda ada masalah buah pinggang jangan mencuba rawatan tidak bertauliah. Usah terpengaruh dengan ubat yang bukan-bukan. 

Anda yang mempunyai ibu ayah bermasalah yang serupa sila rujuk dengan doktor pakar. 

Kita berusaha, Allah penentu segala-galanya. Yakinlah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah