Genap Empat Tahun Sebagai Pesakit Buah Pinggang

 

Foto: Sumber Google


Terima kasih tidak terucap kepada rakan-rakan FB yang saya kenal dan tidak. Kalian pilihan Allah untuk memberi sokongan untuk saya. 


Saya tidak menjangka dapat berada di dunia ini selepas 4 tahun setelah saya menandatangan borang dialisis  yang doktor beri..."Dialisis seumur hidup".


Saya berada dalam kelompok insan-insan terpilih oleh Allah. Setiap tiga kali seminggu kami bertemu untuk empat jam membersih darah dan kumbuhan. 


Sepanjang 4 tahun keluar masuk hospital adalah lumrah. Ia cabaran buat diri sendiri dan keluarga. Paling sedih Acik Mah (isteri)  yang 24 jam bersama saya. Dia insan pilihan Allah buat saya dan jika semasa muda saya abaikan dia sudah tentu satu penyesalan akan terjadi.


Saya akui sakit menyuci dosa. Tapi kepada orang lain saya tak sanggup nak sebut hal ini. Amat terasa jika ini disampaikan kepada pesakit. 


Pesan saya kepada rakan senasib dengan saya kuatkan semangat. Banyakkan berdoa. Baca Quran. Bermaafan. Bersedekah. Fokus kepada alam yang akan kita kembali. 


Kepada keluarga yang ada pesakit macam saya atau kronik lain, pupuk kasih sayang. Kami akan pergi entah bila? Tarikhnya hanya Allah yang tahu.


Kepada yang masih sihat, jagalah kesihatan sebab penyakit akan datang macam bom. Kita tak boleh ramal. Perbanyakkan ibadat sebab ketika sakit kita beribadat dalam keadaan yang terlalu sukar.


Saya berlapang dada dengan keadaan saya. Allah masih sayang saya. Kalian sayang saya dan doa kalian Allah makbulkan dan kalian akan memperolehi rahmat-Nya.


Insya-Allah kita akan bersama di Syurga. Yakinlah saudaraku.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah