Empat Jam Dalam Bilik Bedah









Bilik Bedah: Itulah papan tanda yang mengerikan bagi seorang pesakit selain Bilik Mayat!


Saya di bawah masuk oleh petugas bilik bedah untuk kali keenam dan kali kedua tahun ini. Ketika masuk suasana bilik bedah sudah jadi biasa walaupun peralatannya jarang diketahui umum.

Ini adalah kesekian kali saya akan dibedah tanpa tidur sepenuhnya (bius). Kali ini melibatkan organ jantung. Jika buat BayPass pasti tidur sepenuhnya.

Jam sudah 2.30 petang ini bermakna saya sudah puasa 14 jam 30 minit sejak tengahmalam tadi. "Ok tuan saya akan bius" kata doktor dituruti sakit di bahagian celah paha. Tidak lama lepas itu terasa darah mengalir dan saya pasti proses bedah telah bermula.

Terasa doktor memasukkan tiub untuk proses Angeogram. Doktor kepada saya selepas itu saluran tuan tersumbut 100%. Sebelum itu 96%. Oh saya beristiqfar.

"Baik tuan saya akan Drill selepas masuk bellon".

Apa yang saya rasa? Terasalah sedikit sengal di dada. Pastinya di saluran jantung. Takut? Sudah pasti. Namun saya pernah lalui proses Angeogram tahun lepas maka saya abaikan takut itu. Malah saya juga pernah melalui masuk Bellon untuk urat yang menyambung jantung ke buah pinggang maka ia adalah pengalaman yang hampir sama.

Namun kata-kata ketika di wad bahawa kemungkinan death on the table tidak mustahil itu menjadikan saya lagi cemas. Maklumlah pembedahan melibatkan jantung.

Sebenarnya inilah masanya kita bergantung dengan Allah. Sebutlah kalimat Allah. Beristiqraf, berselawat. Itulah antara yang saya buat. Rupanya Allah beri ketenangan hinggakan saya hampir tertidur.

Saya fikir mungkinkah ajal telah hampir. Jika ya saya pasrah kerana hari itu Khamis. Jika saya pergi ia adalah pada malam Jumaat. Saya tersenyum sendirian. Sengal di dada masih terasa ketika itu.

Akhirnya pembedahan selesai dengan memasukkan Stant. Ketika jam sudah 6 petang. Saya masih berpuasa selama 18 jam. Akhirnya ketika keluar dari bilik bedah saya termuntah. Oh....

Proses bedah selama empat jam. Kemudian saya tak boleh bergerak selam enam lagi di katil wad. Ya Allah lenggoh badan tuhan saja yng tahu.

Di wad Acik Mah dan anak bungsu sedang menunggu. Merekalah yang membantu saya yang masih lemah. Saya boleh berjalan ketika hampir waktu Subuh.

Kenapa yang buat catatan ini? Sahabat, jaga kesihatanmu. Buat pemeriksaan jantung jangan biarkan serangan jantung secara mengejut.

Jika ada dalam keluarga yang mengidap penyakit jantung beri perhatian kepada mereka. Jangan biarkan mereka sendirian.

Saya yang sudah ada tiga masalah organ (buah pinggang, jntung dan pari-paru) amat perlu kekuatan mental dan redho kepada Allah.

Gambar sumber Google.

Ingin memiliki buku-buku tulisan saya? Sila klik Buku saya




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat