Catatan

Setelah hampir setahun: Kenangan di Tanah Suci, rindunya

Imej
Ahli rombongan  Mina, Mekah Masjid Qiblatain, Madinah Menara jam di Mekah Menara jam di Mekah Arafah, Mekah Jabal Nur Mekkah Jabal Nur Mekkah

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah

Imej
Ketika saya merakam gambar ini tidak apa yang dikisahkan oleh Mutawif. Saya tertarik dengan seni kejuruteraannya. Malah saya ada berkata jika hendak membina bangunan di atas bukit berbatu kenalah belajar daripada Jurutera arab.  Di atas bukit itu kini telah berdiri sebuah komplek istana milik Kerajaan Arab Saudi yang diberi nama Kingdom Palace.

Boleh jadi kayakah dengan hanya seringgit? (RM1.00)

Imej
Ramai tidak pernah memikirkan bersedekah (menderma) seringgit mampu menjadi kaya. Bunyinya pelik namun  jika itu rezeki kita pastinya akan menjadi kenyataan. Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.”   H.R. ad-Daruquthni dari Anas r.a. (petikan https://rahsiasedekah.wordpress.com/bersedekah-menyebabkan-kita-kaya/ ). Sebab itulah ada orang tidak pernah berkira  untuk menggunakan harta bagi tujuan bersedekah. Fadhilat bagi orang yang bersedekah amat besar seperti mana terdapat keterangan di dalam al-Quran dan hadis. Jika kita amat amati ayat al-Quran berikut, kita akan dapat mengir...

Sering gagal dalam temuduga kerja?

Imej
Sudah berapa kali pergi temuduga kerja tetapi gagal? Keluhan kerap terjadi ialah; Mereka ada orang dalam. Pilih kasih. Buang masa. Mereka pilih keluarga sendiri. Betulkah begitu?. Saya pernah terlibat dalam beberapa kali terlibat sebagai penal temuduga pada peringkat saringan awal untuk jawatan Jurufoto. Sedangkan penal temuduga yang akan memilih calon adalah pihak lain yang bertaraf pegawai atau esekutif. Saya harap panduan-panduan yang akan diturunkan sedikit sebanyak mampu membantu anda menilai tahap keboleh pasaran diri sendiri. Anggaplah kita seperti seorang usahawan yang menjual produk. Jika kita ingin menjual produk sudah pasti kita akan mempromasi sehingga jualan kita berjaya dibeli. Oleh itu persiapkan diri anda supaya dilihat hebat. Penampilan ini penting jika jawatan yang anda pohon itu memerlukan individu yang hebat. Misalnya hendak menjadi pemandu, lesen yang anda miliki pastinya mampu menjadi anda seorang pemandu yang hebat. Ada lesen yang boleh memandu b...

Bersyukur jika tuan sentiasa sihat

Ketika  bersarapan di sebuah restoran saya duduk dengan seorang rakan UKM yang sudah lama bersara. Kini usianya melewati 70an. Syukur masih nampak sihat. "Faktor usia saya juga dah ada penyakit sekarang", kata abang R kepada saya. Saya mengangguk kepala sambil menyuap nasi lemak. Beberapa tahun dulu saya menerima mesej  " aku ada kat wad di hospital....₩¥£€". Terkejut tu ada juga kerana selama ini dia sering menasihatkan saya tentang penjagaan kesihatan. Sahabat saya ketika belum pencen memang sihat. Namun setelah bersara dia kerap membuat rawatan tetapi takut masuk ke hospital. Ada pula rakan sejawat dah kena potong dada kerana masalah jantung. Kini sihat dan Allah memberikan beliau jantung yang kembali normal. Rakan sejawat saya berazam berhenti merokok, kini sedang bertemu doktor pakar kerana ada masalah ketidak seimbangan kesihatan. Tiga puluh tahun dulu isteri saya mengidap penyakit dan menjadi penasihatnya agar tidak lemah semangat...

Saat untuk dibedah

Imej
Saya kongsikan beberapa tip sebelum dibedah sebagai panduan bersama.

Anugerah Bitara: Satu Anugerah Tertinggi Kepada Saya

Imej
Saya memulakan catatan ini dengan bacaan Al-Fatihah buat arwah ibu yang telah lama kembali menemui Ilahi. Al Fatihah.... 2hb Disember 2016 saya telah menerima satu anugerah yang paling tinggi buat saya. Anugerah Bitara UKM telah diberikan atas penglibatan saya sebagai Jurufoto, Tenaga Pengajar Sambilan sejak 1997. Diikhtiraf oleh pihak luar sebagai penceramah, juri pertandingan fotografi dan banyak lagi. Di hari anugerah saya mewakilkan isteri, Selamah bt Nekman  kerana ketika itu saya berada di Wad 5D Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (PPUKM).kerana menjalani pembedahan pada 1 Disember. Isteri mewakili saya menerima anugerah ini. Memamglah jika saya sihat pastinya akan hadir ke majlis tersebut. Saya memantau majlis itu jauh menerusi Whatsap dan Facebook. Dengan rasa rendah diri sebenarnya anugerah ini bukan untuk saya seorang walaupun dalam sijil nama saya tertera dengan hebat. Mulanya saya tidak mengisi borang pencalonan. Tetapi Pengarah Pusat Komunikasi Korp...