Sering gagal dalam temuduga kerja?
Sudah berapa kali pergi temuduga kerja tetapi gagal? Keluhan
kerap terjadi ialah; Mereka ada orang dalam. Pilih kasih. Buang masa. Mereka
pilih keluarga sendiri. Betulkah begitu?.
Saya pernah terlibat dalam beberapa kali terlibat sebagai
penal temuduga pada peringkat saringan awal untuk
jawatan Jurufoto. Sedangkan penal temuduga yang akan memilih calon adalah pihak
lain yang bertaraf pegawai atau esekutif. Saya harap panduan-panduan yang akan
diturunkan sedikit sebanyak mampu membantu anda menilai tahap keboleh pasaran
diri sendiri.
Anggaplah kita seperti seorang usahawan yang menjual produk.
Jika kita ingin menjual produk sudah pasti kita akan mempromasi sehingga jualan
kita berjaya dibeli. Oleh itu persiapkan diri anda supaya dilihat hebat.
Penampilan ini penting jika jawatan yang anda pohon itu memerlukan individu
yang hebat.
Misalnya hendak menjadi pemandu, lesen yang anda miliki
pastinya mampu menjadi anda seorang pemandu yang hebat. Ada lesen yang boleh memandu
bas atau lori. Tahu asas-asas membaiki kenderaan. Tahu jenis atau jenama
kenderaan. Tiada masalah kesihatan seperti rabun, buta warna dan sebagainya.
Nak jadi Jurutera, janganlah kerana tugasan seorang Jurutera
sering kerja di lapangan maka ketika pergi temuduga pakaian anda tidak semegah
mana. Berbaju lusuh, pakai baju T, pakai selipar. Tahukah anda seorang Jurutera
sesekali akan bermesyuarat dengan orang besar-besar pada keadaan yang berprestij?
Terlalu berlebihan (over) juga harus diambil kira ketika
menghadiri sesi temuduga. Misalnya hadir sebagai jawatan bukan pegawai tetapi
penampilan melebihi seorang pegawai. Berbaju mahal, suit pakaian yang lengkap seperti
seorang CEO. Wangian yang boleh meninggalkan kesan selepas tamat temuduga. Jika
wanita penampilan melebihi seorang artis. Warna pakaian yang bercorak meriah.
Ketika senior dan
saya menguruskan proses ujian saringan perasaan memihak kepada seseorang memang
tidak dapat dielakkan. Kadang tu yang dapat kita kenal, mempunyai kelayakan
yang bagus, menceritakan masalah dirinya seperti menjaga ibu yang tua. Suami dibenhentikan kerja, ada anak tiga. Pada hemat saya semua masalah peribadi bukan point untuk
diluahkan kepada panel temuduga. Luahkan semua itu kepada Allah.
Lakukan Solat-solat Taubat,Hajat, Istikharah untuk memperolehi kejayaan. Insyaallah Allah Maha
Mengetahui kerana Dia yang menjadikan semua itu untuk ujian kepada kita.
Sijil, Diploma dan Ijazah adalah satu keperluan untuk
mana-mana kerjaya. Mana mungkin anda tidak ada kelayakan dalam bidang
kejururawatan hendak menjadi Jururawat? Begitu juga mana mungkin anda membawa
kelayakan PhD untuk menjadi Juruteknik. Justeru fikirkan secara munasabah untuk
bab ini. Memanglah untuk menjadi Jurujual ijazah PhD pun boleh jika ia
bermaksud untuk menjual produk sendiri.
Kelayakan yang ada pada diri kita hanyalah tiket mudah
memohon jawatan. Sedangkan kelebihan pada diri kita adalah satu bonus yang
hebat. Katakanlah kelayakan bidang fotografi. Bayangkan berapa ramai yang ada
kelulusan itu. Tiba-tiba bakal majikan mahukan seseorang yang mampu merakam
gambar di laut, sungai atau tasik. Bakal majikan ingin calon yang memiliki kemahiran menggunakan Drone!
Pernah terjadi ketika pemilihan sebelum dipanggil untuk temuduga, seorang
ketua jabatan menghubungi saya dan memberitahu sila pilih penama tertentu
kerana dalam borang dan salinan kelayakan calon didapati ia bersesuaian
dengan jabatannya.
Pernah terjadi sekali lagi seorang ketua jabatan menyenariakan nama pemohon pada skrin LCD. Beratus ramainya. Oleh kerana beliau
mahukan calon yang mahir dalam bidang bidang foto still dan video maka hanya
nama-nama terbabit sahaja dipilih. Mungkin inilah yang sering disebut orang...”Dia
orang sudah ada calon sendiri atau mereka dah ada calon dari kalangan keluarga!”.
Faktor gaji jangan terlalu meletakkan sebagai KPI kehebatan
kita. Jika di perkhidmatan kerajaan sifir gaji telah tersedia tanpa perlu tawar
menawar. Jangan minta gaji dengan alasan kita hebat. Kecuali jika gaji kita
misalnya RM2500 di tempat lama maka mungkin tawaran gaji akan lebih sedikit dari
itu. Tetapi bukan nilai lima ribu!.
Oleh itu perkara-perkara yang saya sebutkan di atas adalah
antara kriteria yang boleh dijadikan panduan. Selain itu faktor lain seperti
kepetahan bercakap, kemahiran bahasa, pengetahuan tentang kerjaya yang dipohon,
kefahaman struktur organisasi tempat anda memohon kerja, memilik kenderaan
sendiri walaupun hanya motosikal, kesanggupan bekerja di luar kawasan, luar
waktu pejabat, boleh bekerja secara berkumpulan adalah faktor yang akan diambil
kira.
Ingat, panel penemuduga adalah insan yang akan menilai kita
dari jarak 2 atau 3 meter dalam bilik temuduga. Pastinya body language anda
akan diperhatikan. Anda mungkin malang jika panel temuduga pernah mengenali
sebelum ini tetapi tidak tahu di mana. Rekod tidak bersih anda akan menjadikan
sebab gagal.
Amat bertuah jika salah seorang dari mereka berkenan dengan
peribadi anda.
Rezeki daripada Allah. Maka bermohonlah dengan-Nya menerusi
solat-solat yang saya sebut tadi disamping kerap melakukan solat Duha. Rezeki
Allah luas. Mana tahu selepas membaca panduan ini anda akan berjaya memperolehi
jawatan idaman selama ini. Itu doa saya saya untuk anda.
Ulasan