Catatan

Sentuhan seni

Walaupun video ini adalah latihan oleh peserta Kursus MCP anjuran Penerbit UKM, tapi saya memberikan kerjasama dengan pengisian pada topik tersebut. Kalau ada beberapa masalah tenikal oleh peserta anggapkan mereka baru belajar. Namun tahniah kepada krew tersebut dan pengaacara yang comel Ungu Violet serta terbaik buat Pengarahnya Zack Hanapiah Sila klik: Sentuhan seni

Misi perang

Imej
7 Februari 2013 tepat pukul 7.00 pagi saya bergerak ke sebuah ladang kelapa sawit milik Felda di Mempaga, Bentong Pahang. Dengan kenderaaan pacuan empat roda, saya bersama-sama Leftenan Kolonel Mohd Sahar bin Haji Said selaku ketua jurulatih, Leftenan Kolonel Dato Dr Samsul Abadi dan Mejar Dr Jasmy bin Abdul Rahman telah berada di sebuah bukit di ladang Felda Mempaga. "Kau orang semua dah solat Subuh?, tanya Leftenan Kolonel Mohd Sahar bin Haji Said. Itulah soalan yang kerap keluar dari mulut beliau.Bagi saya inilah soalan yang kerap saya dengar baik, Magrib atau mana-mana waktu solat.Walau apa keadaan, solat memang dititik beratkan oleh beliau. Jam di tangan tepat pukul 7.45 pagi, saya kedengaran letupan senjata M16 dari jarak 500 meter. Asap kelihatan menandakan pasukan penyerang telah mara ke bukit kecil itu. Pasukan yang sedang bertahan diarah bersedia. Letupan senjata api semakin bertalu-talu.Manakala suasan semakin hingar bangar dengan letup di sana sini. Pasukan bertahan...

Projek hujung tahun 2013 | Bengkel Fotografi Di Sik Kedah

Saya akan mengadakan Bengkel Fotografi yang bertemakan Fotografi Raai Balik Sik. Kepada sesiapa anak-anak Sik Kedah yang berminat untuk menyertai program ini sila mesejkan kepada saya. Ia bukan program berbentuk perniagaan, tetapi lebih kepada program memasyarakatkan fotografi kepada belia-belia di daerah Sik sempena 34 tahun saya berkecimpung secara profesional dalam bidang fotografi. Peserta wajib memiliki kamera DSLR atau kamera kompak. Bengkel ini akan diadakan dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Sik, Kedah. Sebarang maklumat lanjut mengenai tempat, masa dan butir-butir bengkel ini akan diuruskan oleh pejabat Belia dan Sukan, Sik, Kedah :::: 0193393308/0192254358

Misi udara UKM 21.11.2012

Imej
20 November 2012-Cik Azimah Mahmud Pegawai Khas Tan Seri Naib Canselor membuat panggilan meminta saya datang ke lokasi bencana berhampiran FSSK. Sepuluh minit kemudian saya tiba berhampiran lokasi, Cik Azimah memberitahu bahawa Naib Canselor telah sampai di lokasi FST. Lima minit kemudian saya tiba di kawasan kompleks baru FST . Ketika memberi salam kepada Prof Tan Sri Dato' Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin beliau berkata, "lepas ni naik heli rakam gambar kawasan dari udara". Akur dengan arahan Naib Canselor itu. Oleh kerana seharian pada hari Isnin 20 November itu cuaca mendung dan hujan maka misi tersebut ditangguhkan. Rombongan Naib Canselor bersama kumpulan jurutera hanya membuat tinjaun darah sahaja. Disebelah petang kira-kira pukul 4 petang Tuan Haji Zanudin Daud pegawai kanan Tan Sri memberitahu menerusi panggilan telefon bahawa esok 21 November Misi Udara akan berlepas pukul 10.00 pagi di Dataran Gemilang UKM. 21 November 2012 sa...

Setelah lebih 50 tahun tak jumpa

Imej
10 November saya pulang ke Kedah untuk menghadiri kenduri di Sungai Petani dan Kampung Kota, Permatang Pauh, Pulau Pinang. Pada 11 November saya menghadiri majlis kenduri di rumah kakak sepupu saya di Permatang Pauh.Kak Kiah adalah sepupu saya anak kepada Mak Anjang. Dia sudah melepasi usia emas dan hampir sebaya dengan kakak saya. Mereka pernah menjadi teman sepermainan ketika masih kanak-kanak. Kakak saya telah berkahwin pada tahun 1965 dan berhijrah ke Kluang dan menetap di sana. Kerana kemiskinannya kakak saya tidak pernah balik ke utara (Kedah mahu pun Pulau Pinang). Saya kerap bertemu dengan dua insin ini kerana dengan rezeki yang ada, mampu ke Kluang dan balik utara. Selang dua minggu, kakak sepupu saya akan bertandang ke rumah besannya di Parit Jawa, Muar, Johor. Anak perempuannya yang telah bernikah pada 11 November akan menghadiri majlis bertandang ke rumah suaminya. Saya mengatur satu pertemuan antara kakak dan sepupu saya pada 25 November. Kebetulan anak...

Di Lapang Sasar Kem Hobart, Gurun, Kedah.

Imej
Ketika Ketua Jurulatih PALAPES UKM, Leftenan Kolonel Mohd Sahar bin Haji Said memberitahu pihaknya mahu membawa seorang Jurufoto ke Kem Hobart, Kedah saya terus bersetuju kerana tempat itu merupakan berhampiran kampung tempat saya dibesarkan. Kali ini agak lama saya bercuti di Kedah negeri kelahiran saya dan bertugas sebelum pulang ke Bangi, Selangor. Lapangsasar Gurun yang terletak di kawasan Hutan Simpan Bukit Perak telah dibina oleh Tentera British pada tahun 1940 dan diwartakan pada tahun 1947. Ianya dibina bagi tujuan latihan menembak senjata kecil dan senjata bantuan untuk Tentera British dan juga Rejimen Askar Gurkha yang berpangkalan di Kem Lapangan Terbang dan Kem Sungai Layar serta unit-unit berhampiran pada ketika itu. Unit Pentadbiran Lapangsasar ini telah diberi nama Kem Hobart mengambil sempena nama pengasasnya iaitu Captain Hobart, seorang pegawai Tentera British. Selepas negara mencapai kemerdekaan, Lapangsasar ini telah diwartakan ...

Sungai Petani ke Tanjung Dawai Kedah ke Pulau Pinang

Imej
Selepas sarapan pagi di Kompleks Penyayang Sungai Petani saya berkata kepada puteri-puteri , jom kita ke Tanjung Dawai. "Ada apa di sana ayah, "tanya along Atiqah. "Tak ke ingat kisah 40 penyamun bila Marjina tanya Belacan  tak ada ka?". "Jawab, M Zain, ooooo jangan sebuat belacan...bahaya, ganja ada lesen, candu ada lesen. Belacan pun ada lesen", Akhirnya baru mereka tahu, Tanjung Dawai terkenal dengan belacannya disebelah utara.Dua jam kemudian kami pun sampailah di Tanjung Dawai setelah singgah di Muzium Lembah Bujang. Pekannya kecil dan mengadap Pantai Merdeka yang terkenal di Kuala Muda Kedah. Seperti dirancang, saya beli belacan dengan jumlah yang banyak untuk dijadikan buah tangan. Bayangkan sehingga balik Bangi, kereta berbau belacan Tanjung Dawai. ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||| Selepas membuat daftar masuk di sebuah hotel di Sungai Petani kami sekeluarga ke Pulau Pinang untuk bertemu Cikgu Lah dan Cikgu Fatimah. Saya ...