Kami Sebenarnya Berada Di Hujung Usia,










Masa bagi kami bukan bersuka ria,
Kami hadir sekadar menggamit nostalgia,
Berjabat salam tanda rindu adanya,
Bertegur sapa ada kala terlupa nama,
Kami dulu
hebat
dan muda-muda belaka,
Kini ada yang datang bertongkat dan berkerusi roda,
Inilah kami yang dulu membangunkan universiti tercinta,
Jika kami pergi kelak hanya bakti yang dibawa,
Jangan lupa memahatkan nama kami dalam hati anda.
Raai Osman, Bangi
11 Mei 2023.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah