Fahami Pakej Haji

 Saya ingin memahamkan pakej haji.


1. Jemaah Muassasah. Diuruskan 100 % oleh Tabung Haji. Kos mengikut yang TH anjurkan sekitar 12 ribu selepas subsidi. 100% diuruskan oleh TH bermula dari Malaysia hingga ke Mekkah dan Madinah. 


Hotel jauh sikit sekitar 1 KM atau lebih. Makan secara pek hanya dua kali sehari. Begitu juga di Mina perjalanan ke Jamrah sekitar 7KM pergi balik dari Mu'assir. Tapi semua jemaah redho...


2. Pakej (THTS atau swasta) yang mana agensinya mendapat lesen daripada TH. Malah surat tawaran dikeluarkan oleh TH dan wang tunai haji sekitar RM12 ribu tadi tetap dibayar oleh jemaah haji. 


Jika pakej itu mengenakan kos misalnya RM40 ribu maka kos lebihan adalah milik agensi untuk kos kapal terbang, pengangkutan dari airport ke hotel, ke Madinah atau Mekkah, lawatan, makan dan minum tiga kali sehari. Hotel sekitar 50~300 meter. Di Mina, khemah ke Jamrah sekitar dua KM pergi balik.


Jika pergi secara pakej, jemaah perlu mendaftar nama dengan TH terlebih dahulu. Hanya nama jemaah yang diluluskan oleh TH sahaja boleh pergi dengan pakej


3. Satu lagi pakej yang jarang kita dengar ialah Pakej Furada. Pakej ini ada yang betul ada yang kantoi. Ia diuruskan oleh agensi yang dapat kebenaran daripada kedutaan Arab Saudi. Maksudnya visa khas ini dikeluarkan oleh pihak kedutaan Arab Saudi. Ada yang berjaya menguruskan jemaah sampai ke Mekkah, malah dikatakan tempat tinggal di Mina bukan khemah tapi apartment sejauh 100 meter atau hotel di Mekkah.


Pakej inilah yang menjadi kepercayaan jemaah haji yang tak pernah mendaftar dengan TH atau nama mereka belum boleh 'naik' lagi. Malah surat tawaran bukan dikeluarkan oleh TH. Ketika di Mekkah dan Madinah mereka tak dapat kemudahan perubatan TH. Malah ada kalanya menghadapi masalah hotel. 


Oleh itu kepada tuan puan yang belum boleh tunai haji saya menasihatkan pergilah dengan *Muasasah TH* atau jika mampu pergilah dengan *pakej THTS atau swasta yang mana mendapat kelulusan daripada TH*. 


Sebab itu secara logiknya 380 atau 400 yang terkandas agak menyedihkan kerana tarikh berlepas pun cukup suntuk. Tahun 2019 ketika saya tunai haji, lebih 20 orang terkandas di Airport Jeddah. Tahun ini 400 orang di KLIA.


Lebih menggerunkan yang terkandas di Jeddah sedangkan mereka telah berniat lhram. Untuk melepaskan ihram, mereka kena bayar DAM IHSAR iaitu sembelih seekor kambing.




Walaupun ada pakej Furada yang jujur ada VVIP atau orang kaya berjaya sampai tunai haji tapi kena waspada kerana tidak semua agensi yang buat Umrah dapat lesen haji. Malah kuota haji TH 14 ribu orang lebih termasuk THTS dan swasta.


Abd Raai Osman, Penulis buku Travelog Haji Doa dan Air Mata....Selepas di edit oleh @⁨Hj Wan Agensi Gemilang⁩



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Empat Jam Dalam Bilik Bedah

Boria dan Dikir Barat