Redho Seorang Suami

 Saya menghubungi seorang sahabat yang baru kematian isteri sebelum bulan Ramadan. Lewat menelefonnya kerana tidak mahu mengganggu emosinya.

Menjelang 1 Syawal saya fikir amat baik untuk menghubunginya yang saya anggap sudah anggap sebagai abang angkat.
Allahuakbar emosinya tenang, bicaranya tenang bagaikan tiada berlaku peristiwa sedih. Perkataan reda kerap diulang-ulang dalam 'BICARA TANPA RENTAS SEMPADAN' itu.
Bila saya sentuh kelebihan kematian arwah yang pernah menjaga ayah suaminya dan juga paksunya (mereka kawin sepupu) beliau akui kehebatan Allahyarham isterinya.
Tepatlah sabda Nabi SAW dalam hadisnya "Daripada Ummu Salamah R.ha katanya, sabda Rasulullah SAW, “Mana-mana wanita yang meninggal dunia sedang suaminya redha terhadapnya nescaya dia akan masuk ke syurga”. (Riwayat at-Tirmizi katanya ini hadith Hasan).
Maka sempena bulan yang mulia ini eloklah kita membina perwatakan yang dikehendaki oleh Islam. Mana tahu tahun ini kita menemui malam Lailatul Qadar dan Allah akan mengubah kita menjadi manusia yang baharu.
Nota: Insan dalam kisah ini saya ada catatkan dalam buku memoir "Aku Seorang Jurufoto" yang akan dicetak selepas hari raya Aidilfiti ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah