Covid-19 + PKP 2.0 + Darurat

Bulan November 2019 apabila di China berlaku wabak Covid kita buat macam-macam teori, antaranya kerana mereka makan yang bukan-bukan.

Ketika Covid mula masuk ke Malaysia pintu antarabangsa masih dibuka dan pelancong keluar masuk. Ahh kita kata tak apa biarkan demi ekonomi.
18 Mac 2020 PKP di seluruh negara. Semua orang termangu, terkedu dan macam-macam lagi. Masa itu kita kata apa? Pasukan perubatan kita kuat. Pasukan polis kita masih boleh kawal. Lepas itu kita minta askar jaga sekali termasuk Rela, Bomba dan Pertahanan Awam.
Apabila anak yang kerja hospital tak balik rumah kita kena jaga cucu maka baru kita tahu Covid-19 ni bukan calang-calang.
Masjid dan surau buat jarak satu meter kita jadi nak marah. Tapi atas titah Sultan kita takut nak engkar. Mujur ada sultan kalau tak habis alim ulama kita bedal.
Bulan Ramadan kita tak boleh bertarawikh kat masjid dan surau masih boleh senyum lagi sebab kita pun bukan kaki masjid sangat pun....
Hari raya Aidilfitri tidak dapat balik kampung dan dengar lagu Dendang Perantau tua muda mula menangis konon tak dapat balik jumpa mak ayah/mertua. Walhal setiap kali raya dah 20 tahun asyik bergaduh giliran.
Apabila kerajaan tidak benarkan ke luar negara jalan-jalan makan angin/buat umrah/tunai haji baru terasa peta dunia hanya dalam daerah masing-masing. Baru terasa Google Map silap tak buat peta dalam kawasan rumah.
Sekali lagi PKP bermula Januari ini. Semua orang termasuk saya mula pening sebab dah setahun asyik pakai kain pelikat kat rumah. Kadang-kadang pakai kain batik sebab kain pelikat belum kering.
Salah siapa? Virus Covid ni bukan macam air banjir. Kita nampak tinggi kita tak masuk. Bukan macam gelombang laut nampak tinggi kita tak masuk untuk berenang.
Covid-19 kita tak nampak abang dan kakak. Kalau nampak macam Upin dan Ipin kita boleh tangkap masuk ke dalam sangkar.
Ingat berapa ramai petugas hospital yang sudah lemah dan letih, ingat PDRM suka ke nak tahan kita kat sekatan jalan raya.
Ingat tuan-puan adik kakak, berapa yang sudah meninggal tanpa keluarga di sisi. Ingat ada jenazah yang dikebumi tanpa talkin.
Bagi tahulah keluarga di mana-mana ikut saja SOP asal kes Covid menurun. Berhentilah berlonggok kat depan rumah, duduk dalam rumah tengok Quran, buat ganti solat yang lama ditinggalkan. Bayar puasa yang masih terhutang.
Jangan salah sesiapa,
Jangan gila kuasa;
Mati Kita tak tinggal apa-apa,
Keluarga menangis menahan rasa.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah