20 November 2020
Kursus Fotografi Online 01/2020
19 November 2020
Selamatkan Harimau Belang
Sekitar jam 5 pagi di tahun 1973 bunyi tembakan senapang bergema di kampung saya. Oleh kerana kampung terletak berhampiran banjaran Titiwangsa maka anggapan tembakan dari senjata askar atau komunis adalah satu andaian pantas bagi seorang pemuda kampung.
17 November 2020
Kisah Wang KWSP/EPF: Sekadar Renungan

Kemungkinan urusan pengeluaran ini dibantu oleh pihak ketiga maka heboh juga mak jadi 'janda kaya' hinggakan jam 11 malam orang datang nak pinjam untuk buat sunat anaknya. Tapi jawab mak cukup fist class, "duit ada tapi kat pejabat pos". Masa tu belum wujud Bank Simpanan Nasional.
Ketika nak ambil SPM semasa dalam tingkatan 4, emak minta saya tolong uruskan keluarkan KWSP mak yang belum diambil lagi. Dengan tulisan tangan saya guna kemahiran mengarang surat hasil belajar kat sekolah. Pengeluarannya berjaya dikeluarkan tanpa sesiapa tahu kecuali saya.
Itulah hasil simpanan mak dan ayah semasa jadi pekerja estet. Tapi mak saya penjimatnya orangnya. Jika duit dah jadi 50 ringgit jangan harap nak digunakan. Kalau duit seratus lagilah dipegangnya erat-erat. Saya kata mak kedekut maklumlah saya tak boleh memandai wang miliknya.
Tahun 1988 saya keluar 100% duit KWSP. Akhirnya baru saya tahu rupa-rupanya keluaran itu termasuk wang milik majikan.
Kenapa saya catatkan kisah ini yang agak peribadi? Mudah saja. Jika kita tak perlu sangat atau sesak sangat usah keluar walaupun orang kata itu hak kita. Ia wang simpanan hari tua.
Cuba bayangkan selepas pencen saya ke pejabat KWSP dan rupa-rupanya masih ada berbaki agak lumayan. Saya keluar habis.
Tiga hari sebelum saya berangkat pergi umrah, saya menerima emel dari KWSP bahawa wang sudah masuk ke dalam akaun bank. Saya melangkah penuh yakin.
Duit kita hak kita. Kita nak buat apa itu urusan kita. Cuma kita susah tak semua yang akan membantu.
Takdir Allah
Jika anda membaca status saya tentang hubungan anak, isteri, suadara mara bukan bermaksud saya ada masalah dengan mereka. Mereka tiada mas...

-
Oleh: Haji Abd. Raai bin Osman PJK: | KWSP Anda | Kenali Scammer | Kesihatan Dan Wang Setelah Bersara | Selepas Lima Tahun Kita Bersara...
-
Boria adalah sejenis teater yang amat popular di negeri utara Malaysia, terutama Pulau Pinang. Secara umumnya a...
-
Ketika Ketua Jurulatih PALAPES UKM, Leftenan Kolonel Mohd Sahar bin Haji Said memberitahu pihaknya mahu membawa seorang Jurufoto ke Kem Hob...