31 Mac 2020

Hari Ini Tamat Fasa Pertama Sekatan Perjalanan

Hari ini adalah hari terakhir kita di fasa pertama PKP. Semua orang sedang diuji dari Perdana Menteri hingga rakyat paling bawah tarafnya.
Kalau nak dikatakan hilang semangat hampir semua telah hilang semangat. Mana tidaknya terkurung dalam tempuh yang lama.
Kita tak pernah terduga kali ini akan wujud satu wabak paling hebat dalam sejarah dunia. Sekecil virus Corona Covid-19 telah menggegarkan hati semua manusia.
Dalam Islam kita telah diperingatkan akan kiamat yang wujud. Yakjuj & Makjut akan wujud. Di mana keimanan kita ketika mendengar semua itu?
Kisah Israk & Mikraj yang terdapat banyak siri peristiwanya antara Nabi Muhamad SAW dengan malaikat Jibril. Tahun ini kita tak dapat mengadakan siri kuliah mengenai Israk & Maikraj kerana Virus-19, masjid ditutup agar wabak ini tidak menjadi lebih serius.
Saya dan jutaan orang diuji. Adakah kita harus melihat sahaja masalah ini. Adakah kita boleh hanya berkata "aahh masalah virus hanya masalah orang bandar. Biarkan orang bandar berkurung. Kita tak apa".
Jangan jadi masalah virus ini macam kisah musuh Rasulullah yang tidak percaya kisah Israk & Mikraj kerana mereka tidak nampak.
Kita sedang diuji tahap keimanan masih kuat atau tidak. Jika kita tak pernah diuji nah kali ini dari orang alim hingga tidak alim telah diuji.
Pernah dikatakan bahawa jika kita tidak mahu mendengar nasihat ulama maka bala akan turun kepada semua orang termasuk orang alim dan jahil. Namun, harus diingat orang alim semakin diuji semakin kuat imam mereka. Kita bagaimana?
Marilah kita menjadi seperti Ummu Hani r.a yang beriman penuh mengenai peristiwa Israk & Makraj seperti tercatat "Ya, Ummu Hani, tadi malam aku bersolat bersamamu di sini, kemudian setelah itu aku diisrakkan ke Baitul Maqdis (Palestin) dan sekarang aku sudah berada kembali di tempat ini bersamamu. Aku ingin menceritakan perjalananku ini kepada kaum kita (Quraisy) sekarang juga mereka agar mereka mengetahui juga nikmat dan kudrat Allah Yang Maha Besar" (Buku Rangkaian Cerita Al-Quran).
Kisah di atas dikaitkan dengan sikap kita dalam mematuhi arahan kerajaan. Patuh dan amalkan.
Sekarang kita hanya diuji dalam skala yang masih kecil. Justeru adalah cantik jika kata-kata ini menjadi ingatan "Orang Miskin mengharapkan bantuan dari orang kaya (sedekah dan zakat). Orang Kaya mengharapkan doa daripada orang miskin".
Ada lagi kata-kata indah yang harus kita fikirkan ialah "Bersedekahlah ketika ingin menjadi kaya. Berzakatlah ketika sudah kaya".
Di mana kita berada ketika kita susah dan miskin, banyakkah doa kita?
Bagaimana sifat kita ketika kaya, sudahkah berzakat?
Jika ini kita abaikan maka ayuh lakukan kerana ia antara amalan yang mampu menolak bala dan bencana. Tak boleh keluar rumah? Online Kan Ado.

Setelah Dua Minggu Sekatan Perjalanan

Hari ini hampir genap dua minggu kita menjalani Sekatan Perjalanan. Tidak dapat dinafikan kebosanan telah mencengkam dalam jiwa-jiwa yang terlibat termasuk saya.
Seorang mantan Profesor mengirim masej kepada saya, Asaha Bulkahfi terkurung dalam gua lebih 300 tahun.
Malah Rasulullah di sekat dari kegiatan dakwah baginda oleh musuhnya agak lama sehinggakan makanan hampir habis. Malah ada pihak musuh yang bersimpati telah curi-curi menghantar makanan kepada Rasullullah dan sahabat yang lain.
Kita pernah dengar kisah Banda Acheh musnah dan ratusan ribu manusia terkorban.
Malah kita pernah alami banjir besar di Johor dan Kelantan. Saya pernah terlibat melihat kesan banjir ini yang mana meruntun perasaan sedih yang kuat sekali.
Melihat rumah hancur. Mengalami suasana darurat yang mana kawasan ini tiada bekalan air. Tiada bekalan letrik. Paling pilu melihat orang ramai yang kelaparan dalam erti kata tak dapat makanan yang biasa dimakan. Merasai bagaimana sebotol air yang digunakan untuk minum, berwuduk dan membasuh hajat kecil!
Melihat kesan Tsunami Acheh selepas 15 tahun amat menusok jiwa. Sejauh 45 KM dari pantai musnah. Ratusan ribu manusia terkorban.
Kenapa saya imbas kembali peristiwa di atas?
Selepas dua minggu kita berada dalam Kawalan Perjalanan. Ramai yang tertekan. Tidak dapat keluar rumah. Semuanya angkara virus Covid-19.
Malah ada petugas kesihatan yang tidak pulang ke rumah. Ada anak yang rindu ibu dan ayah. Malah semalam anak saudara saya kena perintah kuarantin setelah keluarga pesakit di wad ICU merahsiakan hubungan mereka dengan pesakit jangkitan virus Covid-19.
Kita bertepuk tangan kerana menikmati bantuan kerajaan dalam pakej ransangan ekonomi. Ya, kita faham ramai peniaga kecil terkesan. Mereka hilang punca pendapatan.
Usah kita cemburu dengan Mak Cik Kiah yang namanya masuk TV. Tapi tahukah masih ramai Mak Cik Kiah yang membuka bekas beras, beras dah habis. Kalau kita habis beras terus telefon penghantar makanan minta Pixza atau Mc D.

Saya hanya meminta:
1. Duduk diam-diam dalam rumah. Makanlah apa yang ada. Buatlah apa yang nak dibuat. Bacalah Quran walaupun merangkak-rangkak. Ganti balik segala solat 5 waktu. Kalau makanan dah kurang, gantilah puasa yang telah tertinggal 10 atau 20 tahun dulu.
2. Keluar rumah hanya bila perlu. Usah nak pergi mana-mana kerana kita bukan petugas hospital, polis, tentera atau bomba dan sebagainya. Tak usah nak jadi wartawan kerana kalau kita tulis pun 99% hanya berita palsu.
3. Kalau terpaksa masuk hospital berlaku jujurlah di kaunter pertama kita masuk untuk daftar. Kita akan rugi andai tenaga pakar di hospital terpaksa di kuarantin.
4. Jika ada apa-apa tabung atas nama virus Covid-19 berilah sumbangan dengan harapan dapat pahala dan wabak ini segera tamat.
4. KASIHANILAH KEPADA KAMI YANG MENGIDAP PENYAKIT KRONIK KERANA DALAM SUASANA SEKARANG KAMI AMAT BERISIKO TINGGI.
5. Ayat yang mudah duduklah dalam rumah.
6. Sila.baca artikel di bawah...



Takdir Allah

  Jika anda membaca status saya tentang hubungan anak, isteri, suadara mara bukan bermaksud saya ada masalah dengan mereka. Mereka tiada mas...