Hari Ini Tamat Fasa Pertama Sekatan Perjalanan

Hari ini adalah hari terakhir kita di fasa pertama PKP. Semua orang sedang diuji dari Perdana Menteri hingga rakyat paling bawah tarafnya.
Kalau nak dikatakan hilang semangat hampir semua telah hilang semangat. Mana tidaknya terkurung dalam tempuh yang lama.
Kita tak pernah terduga kali ini akan wujud satu wabak paling hebat dalam sejarah dunia. Sekecil virus Corona Covid-19 telah menggegarkan hati semua manusia.
Dalam Islam kita telah diperingatkan akan kiamat yang wujud. Yakjuj & Makjut akan wujud. Di mana keimanan kita ketika mendengar semua itu?
Kisah Israk & Mikraj yang terdapat banyak siri peristiwanya antara Nabi Muhamad SAW dengan malaikat Jibril. Tahun ini kita tak dapat mengadakan siri kuliah mengenai Israk & Maikraj kerana Virus-19, masjid ditutup agar wabak ini tidak menjadi lebih serius.
Saya dan jutaan orang diuji. Adakah kita harus melihat sahaja masalah ini. Adakah kita boleh hanya berkata "aahh masalah virus hanya masalah orang bandar. Biarkan orang bandar berkurung. Kita tak apa".
Jangan jadi masalah virus ini macam kisah musuh Rasulullah yang tidak percaya kisah Israk & Mikraj kerana mereka tidak nampak.
Kita sedang diuji tahap keimanan masih kuat atau tidak. Jika kita tak pernah diuji nah kali ini dari orang alim hingga tidak alim telah diuji.
Pernah dikatakan bahawa jika kita tidak mahu mendengar nasihat ulama maka bala akan turun kepada semua orang termasuk orang alim dan jahil. Namun, harus diingat orang alim semakin diuji semakin kuat imam mereka. Kita bagaimana?
Marilah kita menjadi seperti Ummu Hani r.a yang beriman penuh mengenai peristiwa Israk & Makraj seperti tercatat "Ya, Ummu Hani, tadi malam aku bersolat bersamamu di sini, kemudian setelah itu aku diisrakkan ke Baitul Maqdis (Palestin) dan sekarang aku sudah berada kembali di tempat ini bersamamu. Aku ingin menceritakan perjalananku ini kepada kaum kita (Quraisy) sekarang juga mereka agar mereka mengetahui juga nikmat dan kudrat Allah Yang Maha Besar" (Buku Rangkaian Cerita Al-Quran).
Kisah di atas dikaitkan dengan sikap kita dalam mematuhi arahan kerajaan. Patuh dan amalkan.
Sekarang kita hanya diuji dalam skala yang masih kecil. Justeru adalah cantik jika kata-kata ini menjadi ingatan "Orang Miskin mengharapkan bantuan dari orang kaya (sedekah dan zakat). Orang Kaya mengharapkan doa daripada orang miskin".
Ada lagi kata-kata indah yang harus kita fikirkan ialah "Bersedekahlah ketika ingin menjadi kaya. Berzakatlah ketika sudah kaya".
Di mana kita berada ketika kita susah dan miskin, banyakkah doa kita?
Bagaimana sifat kita ketika kaya, sudahkah berzakat?
Jika ini kita abaikan maka ayuh lakukan kerana ia antara amalan yang mampu menolak bala dan bencana. Tak boleh keluar rumah? Online Kan Ado.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah