Corona Covid-19-Anda Masih Bertuah
Kita tidak pasti musim haji 1441h ada atau tidak. |
Seawal jam 5.50 pagi saya akan keluar rumah untuk menuju ke Pusat Homeodialisis bertempat di Kompleks Daimond Bandar Baru Bangi. Ketika Perintah Kawalan Perjalanaan Fasa Kedua, Majlis Keselamatan Negara menetapkan hanya seorang sahaja berada di dalam kenderaan persendirian dan bermula jam 6 pagi baru boleh berada di atas jalan raya. Saya kena patuh arahan itu dan saya memandulah seorang diri untuk ke pusat dialisis. Saya masih mampu memandu kerana tidaklah seuzur orang lain.
Bandar Baru Bangi sunyi seperti berada di tahun 1980an. Tidak banyak kenderaan seperti sebelum PKP berlangsung. Pemergian saya ke pusat dialisis antara dua kemungkinan, balik atau tidak. Kemungkinan ini kerana saya tergolong dalam kumpulan pesakit kronik. Malah, sebelum ini saya melihat ramai pesakit yang terkena jangkitan Covid-19 dan meninggal dunia adalah pesakit kronik yang ada Diabetes, Darah Tinggi dan Pesakit Buah Pinggang.
From: Air Time Newsnetwork |
Kami harus faham jika ada petugas yang terkena jangkitan atau ada hubungan dengan pesakit Covid-19 mereka akan dikuarantin sehingga 14 hari. Begitu juga bagi kami yang menerima rawatan di situ. Paling membimbangkan jika terdapat kes pesakit dimasukkan ke wad maka pusat dialisis akan ditutup selama 14 hari.
Jangkitan virus Covid-19 bukan main-main. Setakat 10 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 118 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 4,346 kes. Ini bermakna, bilangan kes yang didiscaj hari ini juga adalah melebihi bilangan kes baharu yang dilaporkan.
Sehingga 13 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 134 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 4,817 kes. Oleh itu, setelah kes kumulatif ditolak dengan kes discaj dan kematian, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 2,464 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
�66 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 36 kes memerlukan bantuan pernafasan.(petikan kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dato Dr Noor Hisham Abdullah.)
Banyak hospital memberi tumpuan khas kepada kes Covid-19. Malah Hospital Canselor Tuanku Muhkriz/PPUKM juga telah membuat kawalan ketat dengan hanya membuka pintu utama. Malah empat temujanji saya dengan klinik di HCTM/PPUKM telah ditunda. Namun jika ada penambahan PKP menjadi fasa ketiga sudah tentu temujanji saya akan ditunda lagi.
Kita tidak mampu berada di kawasan hospital, tetapi hasil laporan media elektronik kita boleh melihat bagaimana ketatnya pengawasan pihak petugas hospital. Malah seorang rakan doktor di bahagian kecemasan ketika saya menghubunginya tidak mengalakkan saya hadir ke wad kecemasan jika tidak tenat. Jika tenat sudah tentu pesakit boleh dibawa dengan ambulans.
Saya juga tidak dapat nak membayangkan jika kami pesakit kronik berada pada tahap tenat. Dalam masyarakat kita ramai pesakit kronik Buah Pinggang, Jantung, Paru-Paru, Barah. Oleh itu saya mewakili pesakit kronik yang masih mampu menulis agar anda yang masih sihat dapat memberi kerjasama dengan mematuhi apa juga peraturan yang dikenakan. Saya amat pasti Majlis Keselamatan Negara akan melakukan apa saja demi memastikan kejayaan membendung penularan virus Covid-19 tidak lebih teruk.
Ketika fasa pertama PKP kerajaan hanya menekan kesedaran dan pendidikan. Manakala di fasa dua kerajaan mengadakan peraturan sedikit tegas dengan menggunakan bantuan tentera. Namun bagi saya ia belum berjaya kerana masih ramai orang keluar rumah. Kita juga dilaporkan bahawa ada warga asing yang 'kurang ajar' dengan mencampak air kencing kepada pihak berkuasa.
Malah kita juga dilaporkan ada pihak yang dikuarantin bersikap ago tak kena tempat. Mereka tidak bersyukur dengan apa yang kerajaan mampu berikan. Mereka bersikap seperti kacang lupakan kulit. Jangan menjadi manusia yang lupa asal usul.
Memanglah perintah PKP agak membebankan bagi kita yang aktif. Siapa yang tidak tertekan. Jika sebelum ini kita bebas ke mana saja tanpa halangan selagi ada masa dan wang. Kini kita hilang erti kebebasan ketika menjelang Ramadan, Syawal dan musim haji. Malah pada Hari Kemerdekaan kita ke-63 belum pasti lagi.
Saya masih ingat ketika berada di Tanah Suci Mekah pada 31 Ogos 2019, seorang haji yang juga mantan Sarjan Mejor Polis berkata "Selagi kita tak balik Malaysia erti kemerdekaan tak ertinya sebab berada di negara orang".
Adakah anda mahu merasai apa yang pernah kami rasai? Keadaan itu masih ok sebab kami berada di Tanah Suci.....
Adakah anda mahu merasai apa yang pernah kami rasai? Keadaan itu masih ok sebab kami berada di Tanah Suci.....
Minggu depan kita akan berada dalam fasa ketiga PKP. Bawalah bersabar wahai rakyat Malaysia. Arahan duduk dalam rumah bukan perkara yang azab. Makan dan minum masih ada. Malah bagi yang memiliki kawasan rumah yang luas masih mampu buat BBQ dengan anak beranak.
Ingat kisah nabi Yunus yang ditelan ikan Nun selama 40 hari. Keadaan gelap gelita lagi mencemaskan. Kita harus percaya dan mengimani peristiwa ini. Baca di NabisYunus DiTelan Ikan Nun. Kisah ini mampu membawa kita menjadi manusia baharu dalam kehidupan ini.
Jika kita degil nikmat kehidupan dulu akan hilang untuk tempuh yang lama. Bayangkan nikmat beribadat berjemaah, solat Jumaat, kenduri kahwin, upacara pengkebumian, menunaikan haji umrah yang belum pasti. Oleh itu harapan kita akur sahaja PK untuk tempuh yang kerajaan tetapkan. Usah lakukan perkara-perkara yang mengambarkan kita tidak akur dengan arahan MKN.
Ulasan