Kita Sedang Diuji

Allah sedang menguji kita tak kira agama dan bangsa dengan penularan virus yang menggerunkan diseluruh dunia. Ujian begini biasa terjadi bila-bila masa dan di mana sahaja. Malah jika Allah hendak menghapuskan sesuatu kaum tidak mustahil ia terjadi. 

Lihat sahaja peristiwa tentera bergajah, hanya dengan batu kecil yang panas telah dilontar oleh burung Ababil maka tentera Abrahah tewas dan gagal memusnahkan Baitullah. 

Malah sejak zaman berzaman banyak bencana alam terjadi seperti gempa bumi, gunung berapi, tsunami yang memusnahkan ribuan manusia. 

Allah, jika hendak memusnahkan sesuatu kaum Dia akan musnah tak kira siapa termasuk orang yang taat kepada-Nya. 

Sebab itu kita yang lemah kena patuh pada ajaran Rasulullah SAW dan para ulama. Lihat apakah amalan kita sudah sempurna? Bagaimana kawalan maksiat? Bagaimana dengan aurat kita? 

Dalam kita membicarakan segala kawalan oleh pemerintah apakah kita telah menilai kesilapan sebelum ini? 

Kalau kita marahkan arahan penutupan masjid dan surau, apakah kita selama ini ahli yang sering menunaikan solat berjemaah? Majlis ilmu begitu juga. Adakah kita cakna dengan kuliah agama di masjid dan surau? 

Ketika bencana melanda, kita sedang berada di bulan Rejab dan Saaban. Umat Islam akan menyambut Ramadan. Kesibukan kita telah melupakan kelebihan bulan-bulan ini. 

Saya mengajak diri sendiri dan rakan-rakan lain kembali bermuhasabah ketika berada di rumah sewaktu Perintah Kawalan Pergerakkan ini apakah kita sebagai umat Islam telah melaksanakan segala perintah Allah. 

Ketika berada di rumah ambil kesempatan mengikat kasih sayang dengan Allah dan keluarga. Lakukan segala amal ibadat. Membaca Al Quran. InsaAllah kita akan diberi perlindungan oleh Allah.Ketika lulusa ujian ini kita akan dihapuskan dosa dan diberi pahala.

Ingat peristiwa Rasulullah disekat oleh musuhnya hingga makanan hampir terputus kepada siapa baginda memohon. Bukankah Allah? Kita berdoa agar renteran dari peristiwa yang sedang berlaku akan meningkatkan kesedaran menghadirkan diri ke masjid dan surau semakin meningkat. Kesedaran terhadap Al Quran akan semakin baik. Islam adalah penyelamat ummah 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah