14 Julai 2019

Ke Tanah Suci Pada 25 Julai hingga 7 September 2019

Ketika anda sedang membaca tulisan ini saya sedang sibuk membuat persiapan untuk berangkat ke Tanah Suci pada 25 Julai 2019 | 6.15 petang | Dijangka kembali 🛬 ke tanahair pada 7 September 2019🙂
Justeru, kami berdua ingin memohon ampun maaf kepada saudara mara, sahabat handai, rakan dan kenalan.
Halalkan makan dan minum. Seandainya kami ada berhutang sila hubungi kami atau waris (Nur Atiqah dan adik-adiknya). Begitu juga jika ada yang menanggung hutang dengan kami boleh kita berurusan agar tidak menanggung dosa di kemudian hari kelak.
Insha Allah saya akan mencatatkan perjalanan setelah selesai balik dari Tanah Suci. Untuk setekat ini izinkan saya membuat persiapan sebelum tarikh keberangkatan.

Catatan saya lebih berpegang pada kata-kata bijak pandai, menunai fardu haji bukan kerana banyak wang tetapi kerana atas jemputan Allah. Tunggu catatan itu selepas saya selamat kembali ke tanah air. Banyak air mata saya dan isteri tertumpah ketika menanti panggilan agong!
Doakan kami selamat pergi dan selamat kembali.

Lihat catatan di sini;  Haji: Doa Dan Air Mata

Tiada ulasan:

Galeri

Kursus Fotografi Online

Pada hari Khamis 26 November 2020 Jam 10 pagi hingga 11 pagi saya akan mengadakan kursus asas fotografi online bagi penggemar fotografi yang...