Video dirakam dan disunting oleh Abd Raai Osman
28 Julai 2018
27 Julai 2018
Saya Bukan Jurufoto Lagi | Setelah 100 Hari Bersara
Di perkampungan nelayan yang dibangunkan oleh bintang filem terkenal Jackie Chan |
Menariknya tarikh persaraan saya ada tiga peristiwa yang berturutan. Sebulan sebelum hari persaraan saya telah mengadakan majlis perkahwinan puteri sulong. Sebulan selepas bersara umat Islam menyambut bulan Ramadan dengan berpuasa. Dua bulan selepas bersara kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Justeru, saya tidak terasa sunyi walaupun telah hilang ribuan rakan-rakan dari UKM. Paling tenteram pada bulan Ramadan ini saya boleh berpuasa dan bertarawih dengan tenteram. Agak melegakan saya ialah tekanan darah saya turun. Ini yang membuat saya bersyukur.
Apa yang saya buat selepas bersara? Banyak....kebetulan isteri saya juga sama-sama bersara dan kami sambung berbulan madu! Kami ada masa untuk melakukan senaman di waktu pagi atau petang. Buat masa ini saya telah menyediakan sebuah kamera yang ringkas bukan DSLR, kerana saya dah tak larat lagi nak pikul yang berat-berat. Saya masuk masuk "pejabat" sekitar jam 10 pagi. Lakukan apa yang patut pada laman web Alam Seni Foto , Blog saya di Abd Raai Osman. Layan juga Facebook dan kemaskini Facebook Pages
Sunyikah saya dengan dunia persaraan. Sunyikah saya dengan tidak menjadi Jurufoto lagi. Ya, ini jawapan saya. Bersara pada genap usia 60 tahun adalah satu kepuasan yang terbaik. Saya dah lakukan yang terbaik pada hemat saya. Saya puas dengan kerjaya itu selama 38 tahun 5 bulan 12 hari di Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya gunakan segala ruang yang dipertanggungjawabkan. Kesempatan sebagai staff UKM saya ambil dengan melakukan apa juga yang selayak sebagai Jurufoto. Saya bergaul dengan semua peringkat. Oleh itu saya mempunyai banyak kenangan di UKM. Saya dapat banyak anugerah dari UKM. Sebab saya rasa itu segala kenangan yang akan membuatkan terhibur ketika keseorangan.

Kita ada peranan selagi bekerja. Kita ada tanggungjawab ketika diangkat menjawat apa jua jawatan dalam perkhidmatan di mana jua. Sebenarnya semasa kita bersara semua ini akan dikenang oleh kita sebagai memori indah.
Memanglah apabila telah bersara banyak yang kita tidak boleh lakukan. Nak masuk rakam gambar di majlis-majlis tiada lagi autoriti lagi. Maka ini akan menjadi kenangan lagi. Nak bertemu orang kenamaan pun ada halangan buat kita. Namun ia bukan kerugian buat saya kerana saya telah lakukan semua itu ketika bertugas dulu.
Kini saya lalui masa-masa sebagai wargamas dengan penuh keyakinan. Namun tahukah anda ketika saya menyambut hari lahir ke-60 tahun, terasa satu kejutan yang hebat. Walau apapun saya sedar usia bukan penghalang untuk saya bergerak. Jika kesihatan baik saya akan terus berkarya dalam dua bidang yang amat diminati iaitu menulis dan merakam gambar.
Bidang-bidang ini telah sebati dengan saya. Malah ketika saya di UKM merakam gambar adalah tugas hakiki. Mengarang berita adalah tugas sampingan untuk portal berita UKM. Namun saya masih ada hubungan dengan UKM kerana masih menyambung kontrak sebagai pengajar kursus citra senifoto. Insyaallah selagi terdaya dan Allah memberikan fikiran yang waras maka tugas ini akan saya teruskan.
Selain menjadi makmum dan surau yang jarak cuma 60 meter dari rumah saya juga membiasakan diri menjadi imam ketika diperlukan. Tugasan ini saya jadikan sebagai kerja sukarela demi masyarakata yang ada.
Peluang keemasan bersama insan-insan yang terpilih juga saya sertai iaitu dengan ikut serta ke Aceh demi kelangsungan melihat apa yang perlu bagi anak-anak yatim di sana. Mungkin ada orang akan bertanya kenapa perlu ke Aceh? Ia, ia satu keperluan kerana mereka di sana menerima kesan tsunami yang hebat. Maka trauma anak-anak ini harus kita bantu.
Hidup ini satu perjuangan tuan-tuan dan puan-puan. Saya berjuang untuk hidup dalam keadaan pemantau masalah Buah Pinggang. Tahap berapa itu masih rahsia. Namun saya rasa dengan kerap bertemu dengan doktor maka saya fikir usia yang masih ada berbaki wajib saya guna untuk orang lain. Ubat, nasihat doktor adalah penting dalam merawat apa-apa penyakit, tetapi kemurungan harus saya nyahkan dari minda saya. Saya masih hidup bukan kerana ingin menikmati kemewahan dunia tetapi saya masih mahu hidup demi berbakti kepada agama, bangsa dan umat Muhamad S.A.W
Kalian yang saya sayangi, derita hidup saya tak siapa yang tahu kerana ia telah menjadi lali kerana telah lama merasai kesusahan ini. Maklumlah saya menjadi anak yatim ketika berusia 11 tahun. Oleh itu rezeki yang ada saya akan gunakan sedikit buat anak-anak yang setaraf dengan saya.
Hidup mengejar harta tidak akan ada penghujungnya tetapi yang berkat amal ibadat kita akan menentukan kebahagian kita.
Kini saya lalui masa-masa sebagai wargamas dengan penuh keyakinan. Namun tahukah anda ketika saya menyambut hari lahir ke-60 tahun, terasa satu kejutan yang hebat. Walau apapun saya sedar usia bukan penghalang untuk saya bergerak. Jika kesihatan baik saya akan terus berkarya dalam dua bidang yang amat diminati iaitu menulis dan merakam gambar.
Bidang-bidang ini telah sebati dengan saya. Malah ketika saya di UKM merakam gambar adalah tugas hakiki. Mengarang berita adalah tugas sampingan untuk portal berita UKM. Namun saya masih ada hubungan dengan UKM kerana masih menyambung kontrak sebagai pengajar kursus citra senifoto. Insyaallah selagi terdaya dan Allah memberikan fikiran yang waras maka tugas ini akan saya teruskan.
![]() |
Melawat rumah anak-anak yatim sedang dalam pembinaan di Aceh |
Peluang keemasan bersama insan-insan yang terpilih juga saya sertai iaitu dengan ikut serta ke Aceh demi kelangsungan melihat apa yang perlu bagi anak-anak yatim di sana. Mungkin ada orang akan bertanya kenapa perlu ke Aceh? Ia, ia satu keperluan kerana mereka di sana menerima kesan tsunami yang hebat. Maka trauma anak-anak ini harus kita bantu.
Hidup ini satu perjuangan tuan-tuan dan puan-puan. Saya berjuang untuk hidup dalam keadaan pemantau masalah Buah Pinggang. Tahap berapa itu masih rahsia. Namun saya rasa dengan kerap bertemu dengan doktor maka saya fikir usia yang masih ada berbaki wajib saya guna untuk orang lain. Ubat, nasihat doktor adalah penting dalam merawat apa-apa penyakit, tetapi kemurungan harus saya nyahkan dari minda saya. Saya masih hidup bukan kerana ingin menikmati kemewahan dunia tetapi saya masih mahu hidup demi berbakti kepada agama, bangsa dan umat Muhamad S.A.W
Hidup mengejar harta tidak akan ada penghujungnya tetapi yang berkat amal ibadat kita akan menentukan kebahagian kita.
26 Julai 2018
Tsunami Di Aceh: Jiwa Yang Hilang Dan Semangat Yang Ada

Tanggal 26 Disember 2004 saya berada di Segamat Johor. Ketika itu ibu mertua saya sedang nazak dan kembali ke Rahmatolah sekitar jam 3.00 petang.
Pada sebelah malam jenazah ibu mertua saya dibawa balik ke Muar untuk dikebumikan. Pada 27 Disember 2004 ketika saya sedang menguruskan pengkebumian ibu mertua, terdengar sepupu isteri menceritakan tentang korban ombak besar di Aceh begitu ramai.
Pada sebelah petang saya keluar ke bandar Muar mencari akhbar hari itu. Akhbar yang masih ada ialah surat khabar berbahasa Cina dan Inggeris. Baru saya tahu duduk perkara. Banda Aceh telah dilanda Tsunami. Namun hanya berita tetapi tidak gambar yang ditunjukkan. Sejak hari itu saya dan semua orang mengikuti dari semasa ke semasa berita-berita dari saluran TV dan akhbar tempatan. Dunia bersedih.
Selang beberapa minggu selepas itu saya diminta membantu oleh sebuah agensi kerajaan Malaysia untuk mengajar ilmu fotografi kerana mereka hendak menghantar anggotanya ke Aceh dalam misi membantu. Kemudian saya memperolehi salinan gambar-gambar dari mereka yang menceritakan keadaan sebenar apa yang terjadi di Aceh.
Pada 5 Julai 2018 saya menerima pesanan dari Whatsap Tuan Haji Razak Hussin yang memohon sumbangan kepada Rumah Anak-Anak Yatim di Banda Aceh. Saya membalas pesanan itu dengan mengatakan ingin ikut serta rombongan beliau pada 20 Julai 2018 dengan perbelanjaan sendiri.
Tanggal 20 Julai 2018 saya menjejakkan kami di bumi Aceh selepas 13 tahun 7 bulan peristiwa Tsunami pada tahun 2004. Ketika kapal terbang mendarat di bumi Aceh, ia bukan lagi sebuah tempat yang menyeramkan kerana di sinilah suatu masa dulu terdapat ratusan ribu manusia terkorban. Buktinya terdapat tanah perkuburan besar di Aceh menjadi tanda betapa hebatnya malapetaka Tsunami. Namun saya cuba menggambarkan bunyi deruan ombak Tsunami, bunyi jerit meminta tolong oleh mangsa.
Ustaz Abdullah yang membawa kami menerangkan dengan penuh semangat bagaimana kejadian ombak besar telah mengorbankan ramai keluarga beliau. Namun, dengan penuh keyakinan beliau membaca doa buat arwah-arwah yang terkorban ketika kami singgah di pusara besar itu. Tidak nampak kesayuan pada wajahnya yang mana saya membuat anggapan ustaz Abdullah menerima ujian ini dengan penuh keredaan.
Ustaz Abdullah membaca doa untuk roh-roh yang disemadikan di Perkuburan Massal di Jalan Bandara International Sultan Iskandar Muda. Perkuburan ini telah menempatkan seramai 46,718 mangsa yang terkorban. Mangsa-mangsa ini ada juga terdapat dari Maldives yang dihanyutkan oleh tsunami. Cuma di sini saya agak kesal kerana ada sekumpulan yang datang dengan bas tidak membaca doa ketika singgah ke perkuburan tersebut. Justeru, saya memohon sangat jika singgah ke sini bacalah doa untuk mangsa-mangsa yang dikebumikan di sini.

Insyaallah saya akan catat kesan tsunami ini di sini dari sudut yang lain misalnya bagaimana ustaz Abdullah mengendalikan anak-anak yatim selepas peristiwa ini. Paling tepat kata ustaz Abdullah "Agar anak-anak yatim tidak diambil untuk dipisahkan akidahnya!"
Kepada yang telah terkorban kita memohon agar Allah mengampunkan dosa mereka dan dijauhi dari seksaan kubur dan api neraka. Kepada yang ditinggalkan didoakan agar terus tabh dengan dengan ujian besar oleh Allah. Kepada kita yang melihat dan mendengar kisah-kisah ini agar menjadi penduan dan iktibar supaya Allah mengukuhkan iman dan jauhi mara bahaya. Allah menguji kita kerana Dia menyayangi kita. Innalillahhiwainnailaihirojiun, Al Fatihah.
Abd Raai bin Osman P.J.K
Banda Aceh 20 hingga 22 Julai 2018

_______________________________________________________________________________
Tajuk-tajuk yang berkaitan
- Tsunami di Aceh: Bangun dengan air mata
- Tsunami di Aceh: Jasa insan yang tidak di dendang
- Tsunami di Aceh: Di mana Rahmat
- Tsunami di Aceh: Allah memilih mereka
- Tsunami di Aceh: Allah telah tentukan takdirnya
Rakan-rakan ustaz Abdullah yang menjadi penyumbang kepada Rumah Anak-Anak Yatim Sri Alain Banda Aceh sejak 2005 |
Tsunami Di Aceh: Bangun Dengan Air Mata
Ketika kenderaan ustaz Abdullah menyusuri Banda Aceh, tuan Haji Razak Hussin bertanya kepada saya "macam mana En Raai Aceh...bagus?". Jawab saya ringkas, cantik macam pergi Langkawi dan Kelantan. "Sudah tentu Aceh Serambi Mekah" sambung Haji Razak.
Dalam beberapa tulisan selepas Tsunami ada dikaitkan kejadian ombak besar berlaku akibat perbuatan penduduknya yang mengabaikan Allah. Dalam Utusan Malaysia 14 Januari 2005 telah merungkaikan beberapa ulasan mengenai perkara ini:
Walaupun bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda Aceh sudah memasuki hampir 20 hari, namun di kalangan penduduk wilayah itu yang majoritinya beragama Islam, persoalan kenapa Aceh dilanda bencana yang begitu dahsyat masih lagi menjadi perbualan.
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm#ixzz5MQ8hwouE
© Utusan Melayu (M) Bhd
Ketika penerbangan saya ke Aceh pagi 20 Julai 2018 ke Banda Aceh penuh satu kapal dengan rombangan dari Malaysia. Semuanya orang Melayu Malaysia.
Apa yang kami cari? Pastinya kami ke sini mencari sejarah. Melihat sejarah penting untuk dijadikan panduan masa depan. Masa silam usah kita kenang tetapi teruskan masa depan dengan penuh semangat yang kuat.
Bangun dari kemusnahan bukan satu perkara yang mudah. Kalau Jepun kemusnahan dibangunkan semula dengan wang dan teknologi. Aceh dibangunkan semula dan jika anda datang melawat selepas tempuh 10 tahun pastinya tiada lagi kesannya.
Pergi ke mana sahaja kita akan melihat penduduknya melansungkan kehidupan seperti biasa. Jika ditanya mereka akan bercerita apa yang berlaku 13 tahun dulu. Terutamanya bagi orang-orang tua. Di mana sahaja kita akan mudah mendapat makanan yang enak. Allah memberikan Rahmat-Nya kepada penduduk Banda Aceh untuk mencari rezeki. Mereka pandai menguruskan perniagaan walaupun secara kecil-kecilan.
Dewasa ini pemerintah telah menyediakan beberapa persediaan untuk menghadapi Tsunami jika berlaku lagi. Di beberapa pantai telah ditambak dengan batu-batu besar. Begitu juga telah didirikan satu bangunan khas untuk penduduk di tanah rendah menyelamatkan diri.
Pada hemat saya penduduk Banda Aceh lama melupakan Tsunami. Sampai mereka harus memikirkan bencana. hidup harus diteruskan. Waspada itu perlu. Ziarahlah jika anda berminat melihat negara orang kerana Al-Quran menyebut mengenai musafir. Tanamkan azam untuk membantu mereka jika kita mampu.
Dalam beberapa tulisan selepas Tsunami ada dikaitkan kejadian ombak besar berlaku akibat perbuatan penduduknya yang mengabaikan Allah. Dalam Utusan Malaysia 14 Januari 2005 telah merungkaikan beberapa ulasan mengenai perkara ini:
Salah satu pantai yang menerima gelombang besar Tsunami 2004. Bayangkan ombaknya ketika Tsunami sedangkan waktu biasa pun ombaknya besar. |
Ulama Aceh bergelut betulkan khurafat
Oleh Zulkiflee Bakar (Di Banda Aceh, Indonesia)
Walaupun bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda Aceh sudah memasuki hampir 20 hari, namun di kalangan penduduk wilayah itu yang majoritinya beragama Islam, persoalan kenapa Aceh dilanda bencana yang begitu dahsyat masih lagi menjadi perbualan.
Malah pelbagai teori dilahirkan sama ada dari sudut kebesaran dan pembalasan Allah sehinggalah pada sudut yang boleh dianggap berbentuk khurafat. Bagi sebahagian penduduk Aceh, ada yang menganggap ia sebagai ujian Allah manakala sebahagian lagi pula menganggap ia pembalasan Allah.
Lebih ironi lagi, ada pula yang menyifatkan ia sebagai pembalasan terhadap kelompok tertentu mengadakan pesta hiburan berhampiran makam seorang ulama terkemuka Aceh, Syiah Kuala.
Bagi meredakan keadaan ini ulama-ulama Aceh cuba mengingatkan umat Islam wilayah itu supaya terus berpegang kepada ajaran Islam dan tidak membuat kesimpulan yang bukan-bukan berhubung bencana yang dianggap terlalu sukar diterima oleh mereka.
``Jangan bertanya kenapa Aceh, kenapa tidak Jakarta atau daerah-daerah lain, kita harus mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku dan mempertingkatkan ketakwaan kita kepada Allah,'' kata KH Sulaiman ketika menyampaikan kuliah subuh di sebuah masjid di Banda Aceh.
Sememangnya bagi penduduk Aceh sehingga ke hari ini, mereka masih tertanya-tanya bagaimanakah mungkin Aceh yang terkenal dengan panggilan Serambi Mekah itu boleh ditimpa bencana tersebut yang bukan sahaja memusnahkan harta benda malah meragut nyawa ratusan ribu orang.
``Mungkin ada kesilapan yang kita lakukan, kita mendakwa ini Serambi Mekah tetapi apakah kehidupan kita setiap hari benar-benar mencerminkan tempat suci itu,'' kata KH Sulaiman.
Oleh itu bagi KH Sulaiman jalan terbaik untuk umat Islam menerima secara terbuka musibah itu ialah kembali kepada Allah untuk memohon pertolongan dan petunjuk, mereka tidak harus terus mengeluh dan kecewa dengan apa yang berlaku.
``Anggaplah ini ujian daripada Allah dan bukannya mengaitkan ia dengan unsur-unsur lain apatah lagi yang berunsur khurafat kerana ini boleh menjejaskan ketakwaan kita kepada Allah,'' kata KH Yusuf ketika menyampaikan kuliah di tempat yang sama.
Unsur yang dianggap khurafat ini tetapi masih terus dipegang oleh sesetengah umat Islam Aceh ialah kononnya kejadian yang berlaku adalah balasan Tuhan terhadap perbuatan sebuah pasukan keselamatan yang mengadakan pesta Hari Natal di makam Syiah Kuala pada 25 Disember iaitu sehari sebelum tsunami melanda.
Walaupun perbuatan itu dilarang oleh seorang kiai namun pasukan berkenaan tetap meneruskan pesta mereka sehingga kiai tersebut memberi amaran bahawa mereka akan menerima pembalasan daripada Allah kerana mengadakan pesta di tempat yang dianggap suci.
Keyakinan penduduk Aceh berhubung punca tsunami yang dikaitkan dengan peristiwa di makam itu menjadi semakin kukuh apabila keesokan harinya, gempa bumi terjadi dan tsunami menghempas wilayah Aceh. Lebih menarik lagi, kesemua anggota pasukan keselamatan berkenaan bersama ahli keluarga mereka yang berada di kem pasukan itu terbunuh manakala bangunan di kem berkenaan musnah sama sekali.
``Anggaplah sahaja apa yang terjadi itu adalah secara kebetulan, saya bimbang jika kita menganggap ia pembalasan Allah sampai bila pun makam itu akan dipuja,'' kata Kiai Sulaiman.
Namun begitu, setakat ini usaha untuk mengingatkan penduduk Aceh bahawa mereka tidak boleh mengaitkan peristiwa di makam berkenaan dengan tsunami boleh dianggap gagal kerana ia terus menjadi bualan malahan pegangan penduduk.
Justeru hari demi hari selepas tsunami, makam Syiah Kuala terus dikunjungi malah ada di antara mereka berdoa di makam berkenaan. Keadaan itu sudah tentulah meresahkan golongan ulama di Aceh kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk kepada umat Islam.
Bagaimanapun terdapat juga penduduk Aceh menganggap apa yang berlaku ialah pembalasan Allah terhadap sikap sesetengah daripada mereka yang tidak begitu bersungguh-sungguh melaksanakan perintah Allah.
``Musibah ini harus dianggap peringatan daripada Allah supaya kita bermuhasabah dan mengkaji di mana silapnya sehingga Allah menjadikan bencana yang cukup dahsyat dan tidak pernah terfikir oleh kita selama ini,'' kata seorang imam di Lambaro, Banda Aceh.
Pandangan yang sama dilahirkan oleh seorang lagi ulama, Tengku Muisran Fuadi yang menegaskan, bencana tsunami dan gempa bumi itu lebih kepada teguran dan seksaan Allah berdasarkan kepada jumlah mangsa yang terkorban dan harta benda yang rosak.
Muhasabah
``Apa yang berlaku adalah ujian kepada keimanan yang bakal melahirkan kesabaran, ketabahan sehingga lahirnya sikap untuk bermuhasabah, kesabaran yang dimaksudkan adalah bersabar sambil memperbaiki diri, keluarga dan masyarakat untuk melahirkan umat soleh,'' katanya.
Oleh itu ulama-ulama Aceh berpendapat, penduduk wilayah itu perlu bersabar dan memahami bahawa Allah itu Maha Pengasih Lagi Penyayang dan Dia tidak akan sanggup menganiaya hamba-Nya, tetapi acap kali yang berlaku hamba-Nya tidak mempedulikan syariat Allah.
``Kita melihat maksiat di mana-mana, kita tidak berkuasa untuk mencegah maksiat padahal semua kita bertanggungjawab untuk menyuruh kepada kebaikan. Dan ini jelas apabila ada di antara wanita Muslim di sini masih tidak memakai tudung atau menutup aurat. Kalau mereka berbuat demikian pun kerana takut ditahan oleh petugas Wilayatul Hisbah (pasukan khas mencegah maksiat di Aceh) bukan kerana Allah s.w.t.,'' kata Tengku Muisran.
Atas sebab itulah, penduduk Aceh dinasihatkan supaya tidak terlalu berdukacita dan mengambil kesempatan daripada ruang yang diberikan oleh Allah ini untuk mempertingkatkan ibadat mereka.
Firman Allah dalam surah al-Infithar ayat 1 hingga 5 bermaksud;
``Apabila angin terbelah, apabila bintang gugur berselerakkan, apabila lautan bergelora dan apabila semua kubur dibongkar, maka tiap-tiap jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dari yang dilalaikannya.''
Seorang guru agama yang kini mengajar kanak-kanak di sebuah kem penempatan sementara di Banda Aceh, Jarjani Usman pula berkata, umat Islam di Aceh perlu melihat bencana ini dari segi objektif walaupun ia telah mengubah wajah wilayah itu dan menggugat struktur keluarga penduduk Aceh.
Malah katanya, ia juga mungkin sebagai peringatan kepada penduduk-penduduk Aceh supaya meningkatkan ukhuwah Islamiah sesama mereka yang dilihat semakin renggang. Melalui bencana ini akan timbul rasa simpati terhadap penderitaan yang ditanggung oleh saudara mereka.
Ini bersesuaian dengan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud; ``Seseorang tidak akan pernah mampu merasakan sakitnya penderitaan kecuali bagi orang yang pernah menderita.''
Sabda ini memberi peringatan kepada penduduk-penduduk Aceh bahawa dalam keadaan kesusahan sekarang, mereka perlu bekerjasama dan sama-sama menanggung penderitaan yang dialami oleh mangsa-mangsa tsunami.
``Bagi umat Islam, mereka seharusnya bersama-sama merasakan penderitaan saudara-saudaranya di mana juga mereka berada, oleh itu jadikan tsunami ini untuk kita meningkatkan lagi ukhuwah antara kita,'' kata Jarjani.
Kini mahu tidak mahu, umat Islam Aceh harus menerima hakikat bahawa bencana telah menimpa wilayah mereka, mungkin ia membawa penderitaan, kesengsaraan dan kesedihan serta kemusnahan tetapi sesungguhnya semua itu pasti ada hikmahnya dan Allah juga telah berjanji bahawa setiap kesusahan itu pasti akan berakhir dengan kesenangan.
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm#ixzz5MQ8hwouE
© Utusan Melayu (M) Bhd
_____________________________________________________________________
Hari ini genap 13 tahun 7 bulan tsunami berlaku. Sebut Tsunami semua kita di Malaysia akan ingat Aceh. Kenapa? Ia kerana Aceh begitu dekat dengan kita orang Malaysia dan Melayu. Jika kita melihat peta Aceh begitu dekat Malaysia. Malah ketika Tsunami melanda ada tempat di Malaysia terkena tempiasnya.Apa yang kami cari? Pastinya kami ke sini mencari sejarah. Melihat sejarah penting untuk dijadikan panduan masa depan. Masa silam usah kita kenang tetapi teruskan masa depan dengan penuh semangat yang kuat.
Bangun dari kemusnahan bukan satu perkara yang mudah. Kalau Jepun kemusnahan dibangunkan semula dengan wang dan teknologi. Aceh dibangunkan semula dan jika anda datang melawat selepas tempuh 10 tahun pastinya tiada lagi kesannya.
Evakuasi adalah bangunan yang bina sebagai persediaan jika terjadi lagi Tsunami lagi. |
Pada hemat saya penduduk Banda Aceh lama melupakan Tsunami. Sampai mereka harus memikirkan bencana. hidup harus diteruskan. Waspada itu perlu. Ziarahlah jika anda berminat melihat negara orang kerana Al-Quran menyebut mengenai musafir. Tanamkan azam untuk membantu mereka jika kita mampu.
Gulai Bebek (Itik) begitu terkenal di Banda Aceh |
Kupi Aceh (kopi) |
Tsunami Di Aceh: Jasa Insan Yang Tidak Di Dendang
Ketika Tsunami berlaku pada 26 Disember 2004 sebenarnya ramai yang menjadi hero tanpa didendang (Unsong Hero). Namun tidak semua dapat ditampilkan kerana agak ramai.
Antara yang saya sempat temui ialah ustaz Abdullah. Seperti pada siri yang lepas, saya sudah ceritakan siapa ustaz Abdullah yang masih ada kerana Allah menyambungkan hayatnya dengan membawa ke Malaysia kerana ketika itu sedang terlibat dalam satu kursus di Sungai Buloh, Selangor.

Ustaz Abdullah (kiri) |
Ramai sebenarnya yang hilang keturunan ketika itu. Ustaz sendiri kehilangan lebih seratus orang ahli keluarganya. Allahhuakbar.😥Kerana Allah memanjangkan usia ustaz maka kini beliau antara orang menjadi pengusaha Rumah Anak-Anak Yatim Sri Alain Banda Aceh.
![]() |
Ibu Yusmarati yang ditemui di rumahnya |
Ketika dibangunkan rumah anak-anak yatim ini, ada seorang insan yang menjadi penyambung tempat berteduh dan pemberi kasih sayang kepada anak-anak malang ini. Beliau yang saya maksudkan ialah ibu Yusmarati. Ibu Yus menjadi Tukang Masak kepada anak-anak yatim di bawah usaha ustaz Abdullah.
Pada awal tahun 2005 anak-anak yatim ini tinggal setempat. Namun setelah bantuan dari pihak-pihak tertentu terhenti maka anak-anak yatim ini telah di tempatkan di sekolah-sekolah tempat mereka berlajar. Justeru, kerjaya ibu Yus telah tamat. Kini beliau tinggal bersama anak dan menantu. Ibu Yus juga masih memjaga seorang anak yatim perempuan.
22 Julai 2018
Tsunami Di Aceh: Di Mana Rahmat
Ketika hendak bermusafir ke Kuala Lumpur, ustaz Abdullah dipertemukan dengan anak lelaki bernama Rahmat di Medan. Rahmat keseorangan.
"Ustaz, ambil anak ini dan bawa balik ke Aceh. Anak Tsunami yang tiada ibu ayah lagi", kata seorang lelaki kepada ustaz Abdullah.
Ustaz tidak terus bawa balik tetapi untuk memastikan budak lelaki itu beliau membuat beberapa pengecapan dengan bercakap bahasa Aceh, tanya tempat asalnya di Aceh. Setelah semua soalan berjaya dijawab maka ustaz meminta sahabatnya mengambil anak itu dibawa balik ke Aceh.
Rahmat memberitahu bahawa dia bawa ke Medan oleh satu kumpulan menaiki helikopter. Ramai katanya. Mungkin dengan hasrat untuk menyelamat anak-anak yatim ini setelah terpisah dari ibu ayah mereka. Tetapi ustaz Abdullah berfikir jauh dari itu bahawa bagaimana akidah mereka selepas itu?
Rahmat dipelihara dengan rapi seperti anak-anak yatim yang lain. Makan minum diberi dengan sempurna. Rahmat diasuh dengan kehidupan muslim. Solat berjemaah, membaca Al Quran.
Tidak semua usaha ustaz Abdullah berjaya apabila suatu hari Rahmat hilang dengan meninggalkan nota "Saya gagal menjadi manusia yang ustaz harapkan. Saya keluar mencari kehidupan sendiri di luar" begitulah lebih kurang nota yang ditinggalkan.
Nada keciwa ustaz nampak sekali apabila menceritakan kisah ini. Kata ustaz mungkin dia sudah selesa dengan budaya hidup sebagai peminta sedekah atau sudah diorentasi agar tidak selesa menjadi seorang muslim maka Rahmat keluar dari jagaan rumah anak-anak yatim. Kita berdoa agar Rahmat masih seorang muslim walaupun tidak meneruskan kehidupan sempurna.
Inilah antara usaha sekumpulan dermawan yang membantu Rumah Anak-Anak Yatim Sri Alain Banda Aceh agar anak-anak ini masih kekal sebagai muslim.
"Ustaz, ambil anak ini dan bawa balik ke Aceh. Anak Tsunami yang tiada ibu ayah lagi", kata seorang lelaki kepada ustaz Abdullah.
Ustaz tidak terus bawa balik tetapi untuk memastikan budak lelaki itu beliau membuat beberapa pengecapan dengan bercakap bahasa Aceh, tanya tempat asalnya di Aceh. Setelah semua soalan berjaya dijawab maka ustaz meminta sahabatnya mengambil anak itu dibawa balik ke Aceh.
Rumah anak-anak yatim yang diusahkan oleh ustaz Abdullah |
![]() |
Ustaz Abdullah (tengah) bersama-sama dua orang tetamunya dari Malaysia berada di bahagian atas rumah anak-anak yatim yang telah siap hampir 90%.. |
Rahmat dipelihara dengan rapi seperti anak-anak yatim yang lain. Makan minum diberi dengan sempurna. Rahmat diasuh dengan kehidupan muslim. Solat berjemaah, membaca Al Quran.
Tidak semua usaha ustaz Abdullah berjaya apabila suatu hari Rahmat hilang dengan meninggalkan nota "Saya gagal menjadi manusia yang ustaz harapkan. Saya keluar mencari kehidupan sendiri di luar" begitulah lebih kurang nota yang ditinggalkan.
Nada keciwa ustaz nampak sekali apabila menceritakan kisah ini. Kata ustaz mungkin dia sudah selesa dengan budaya hidup sebagai peminta sedekah atau sudah diorentasi agar tidak selesa menjadi seorang muslim maka Rahmat keluar dari jagaan rumah anak-anak yatim. Kita berdoa agar Rahmat masih seorang muslim walaupun tidak meneruskan kehidupan sempurna.
Inilah antara usaha sekumpulan dermawan yang membantu Rumah Anak-Anak Yatim Sri Alain Banda Aceh agar anak-anak ini masih kekal sebagai muslim.
Tsunami Di Aceh: Allah Memilih Mereka
Banyak kisah korban tsunami 13 tahun 7 bulan dulu telah diceritakan oleh penulisan di mana-mana. Namun kisah-kisah yang saya ingin ketengahkan adalah cerita lisan yang diperolehi ketika ke Aceh pada 20-22 Jun 2018. Masa yang singkat namun saya mengambil peluang yang terbaik. Saya ke Aceh bukan mengikut pekej pelancongan tetapi misi bantuan rumah anak-anak yatim.
Misi ini memberi kesan yang menarik kerana saya berasal dari seorang anak yatim 49 tahun dahulu setelah kematian ayah tahun 1969. Justeru derita seorang anak bukan pengalaman orang tetapi saya rasai sendiri 😢
26 Disember 2004 penduduk Banda Aceh gempar dengan ombak besar yang akhirnya di kenali sebagai Tsunami. { Rujuk Aceh di sini: Sila klik } Banyak versi kisah Tsunami. Banyak berita tentang Tsunami selepas itu. Namun menurut puan Norhayati salah seorang mangsa ada juga cerita tentang Tsunami ditokok tambah oleh media. Logiknya ada kerana semua yang menulis bukanlah mangsa yang sebenar.
Menurut ustaz, pengusaha yayasan anak-anak yatim ketika Tsunami berlaku beliau berada di Sungai Buloh Selangor kerana mengikuti kursus. Ustaz Abdullah menerima panggilan telefon daripada isterinya yang tinggal di Kuala Lumpur bahawa ombak besar melanda Banda Aceh. Bagi ustaz ombak besar biasa. Namun beliau menghubungi rakan-rakan di Aceh namun gagal kerana hubungan telefon tergendala. Malah keluarganya terlibat dan mengikut ustaz, lebih seratus orang ahli keluarganya terkorban dan hilang dibawa air laut. 😢
"Sewaktu saya sampai di Banda Aceh suasana amat menyayat hati. Mayat-mayat bertaburan di tanah lapang dan jalan raya. Ada yang tersangkut di pokok. Yang menakjubkan tiada bau yang datag dari mayat-mayat tersebut." terang ustaz Abdullah.
Allah Maha Berkuasa. Ibu dan ayah ustaz Abdullah terselamat ketika Tsunami melanda. Menurut cerita ustaz, waktu pagi 26 Disember 2004 ayahnya ke kebun. Ketika Tsunami melanda ayahnya berada di kebun yang tinggi. Dari kejauhan ayahnya mendengar bunyi 26 kali letupan. ayahnya mengira letupan tersebut. Penulis yakin letupan ini adalah gempa bumi 9.3 pada skala Richter. { Rujuk laman ini: punca Tsunami 2004 }
Selepas letupan itu ayah ustaz Abdullah melihat dari jauh pokok-pokok kelapa hilang dari pandangannya. Beliau tak nampak ombak kerana matanya kabur yang jelas pokok-pokok kelapa hilang.
Ibu ustaz Abdullah ketika itu sedang menyertai satu gotong royung di sebuah kampung. Beliau terselamat. Namun ibunya menceritakan bahawa ada sekumpulan lembu seperti gila. Tidak karuan tingkah lakunya sebelum Tsunami mengganas!
Allah nak selamatkan hambanya Dia akan pilih siapa sahaja. Tak kira orang tua atau anak kecil. Kita bayangkan anak-anak hilang ibu ayah tak sampai seminit. Di mana ibu......ayah.......tolong saya.......waktu itu mereka lesap ditelan ombak. Terkapai-kapai terkorban. Gambar kiamat ada di sini. Cuma kiamat ini masih kecil kerana ia hanya ombak besar. Jika kiamat sebenar, gunung berapi meletup, gempa bumi kuat, bumi bergulong perit sabung menyabung. Itu gambar kimat sebenar. Bagaimana kita mampu melarikan dari kiamat sedangkan Tsunami yang dianggap kiamat kecil manusia dan haiwan tewas. Insaflah.
Kisah ketua kampung di Kampung Guroh yang terselamat kerana pagi 26 Disember 2004 beliau ke kebun dan sempat leri ke bukit berdekatan. Ketua kampung ini sempat melihat kampungnya tenggelam bersama penghuninya. Menakjubkan ialah sebuah kubah dari kampung bersebelahan dihanyutkan oleh air laut setinggi poko kelapa. Kubah itu tersadai di kampungnya dan menjadi kunjungan pelawat.
Kubah yang hanyut itu telah menyelamat tijuh orang kerana mereka sempat naik ke kubah tersebut. Jika diketemukan dengan tujuh orang yang terselamat itu pastinya akan lebih menarik kisah ini.
![]() |
Masjid Ar Rahman ketika Tsunami mengganas. Sumber gambar: Arkib Raai Osman |

Kawasan pantai yang pernah dilanda Tsunami |

Kubah yang dibawa oleh Tsunami. |
Langgan:
Catatan (Atom)
Selamat Berangkat Abang Mad
Terima kasih semua yang mendoakan buat perjalanan (dengan bas) saya pada malam Ahad hingga siang Ahad ke Kluang untuk menziarahi Allahyarh...

-
Oleh: Haji Abd. Raai bin Osman PJK: | KWSP Anda | Kenali Scammer | Kesihatan Dan Wang Setelah Bersara | Seorang yang pernah menjawat ...
-
Boria adalah sejenis teater yang amat popular di negeri utara Malaysia, terutama Pulau Pinang. Secara umumnya a...
-
Anda sering menghadapi masalah kewangan? Banyak hutang? Penyelesaiannya kita boleh lakukan dengan berbagai cara. Pinjam dengan koperasi, pin...