Tsunami Di Aceh: Allah Memilih Mereka

Banyak kisah korban tsunami 13 tahun 7 bulan dulu telah diceritakan oleh penulisan di mana-mana. Namun kisah-kisah yang saya ingin ketengahkan adalah cerita lisan yang diperolehi ketika ke Aceh pada 20-22 Jun 2018. Masa yang singkat namun saya mengambil peluang yang terbaik. Saya ke Aceh bukan mengikut pekej pelancongan tetapi misi bantuan rumah anak-anak yatim. 

Misi ini memberi kesan yang menarik kerana saya berasal dari seorang anak yatim 49 tahun dahulu setelah kematian ayah tahun 1969. Justeru derita seorang anak bukan pengalaman orang tetapi saya rasai sendiri 😢 

26 Disember 2004 penduduk Banda Aceh gempar dengan ombak besar yang akhirnya di kenali sebagai Tsunami. { Rujuk Aceh di sini: Sila klik } Banyak versi kisah Tsunami. Banyak berita tentang Tsunami selepas itu. Namun menurut puan Norhayati salah seorang mangsa ada juga cerita tentang Tsunami ditokok tambah oleh media. Logiknya ada kerana semua yang menulis bukanlah mangsa yang sebenar.

Masjid Ar Rahman ketika Tsunami mengganas.
Sumber gambar: Arkib Raai Osman


Menurut ustaz, pengusaha yayasan anak-anak yatim ketika Tsunami berlaku beliau berada di Sungai Buloh Selangor kerana mengikuti kursus. Ustaz Abdullah menerima panggilan telefon daripada isterinya yang tinggal di Kuala Lumpur bahawa ombak besar melanda Banda Aceh. Bagi ustaz ombak besar biasa. Namun beliau menghubungi rakan-rakan di Aceh namun gagal kerana hubungan telefon tergendala. Malah keluarganya terlibat dan mengikut ustaz, lebih seratus orang ahli keluarganya terkorban dan hilang dibawa air laut. 😢

"Sewaktu saya sampai di Banda Aceh suasana amat menyayat hati. Mayat-mayat bertaburan di tanah lapang dan jalan raya. Ada yang tersangkut di pokok. Yang menakjubkan tiada bau yang datag dari mayat-mayat tersebut." terang ustaz Abdullah.

Allah Maha Berkuasa. Ibu dan ayah ustaz Abdullah terselamat ketika Tsunami melanda. Menurut cerita ustaz, waktu pagi 26 Disember 2004 ayahnya ke kebun. Ketika Tsunami melanda ayahnya berada di kebun yang tinggi. Dari kejauhan ayahnya mendengar bunyi 26 kali letupan. ayahnya mengira letupan tersebut. Penulis yakin letupan ini adalah gempa bumi 9.3 pada skala Richter. { Rujuk laman ini: punca Tsunami 2004 }


Kawasan pantai yang pernah dilanda Tsunami

Selepas letupan itu ayah ustaz Abdullah melihat dari jauh pokok-pokok kelapa hilang dari pandangannya. Beliau tak nampak ombak kerana matanya kabur yang jelas pokok-pokok kelapa hilang.

Ibu ustaz Abdullah ketika itu sedang menyertai satu gotong royung di sebuah kampung. Beliau terselamat. Namun ibunya menceritakan bahawa ada sekumpulan lembu seperti gila. Tidak karuan tingkah lakunya sebelum Tsunami mengganas!

Allah nak selamatkan hambanya Dia akan pilih siapa sahaja. Tak kira orang tua atau anak kecil. Kita bayangkan anak-anak hilang ibu ayah tak sampai seminit. Di mana ibu......ayah.......tolong saya.......waktu itu mereka lesap ditelan ombak. Terkapai-kapai terkorban. Gambar kiamat ada di sini. Cuma kiamat ini masih kecil kerana ia hanya ombak besar. Jika kiamat sebenar, gunung berapi meletup, gempa bumi kuat, bumi bergulong perit sabung menyabung. Itu gambar kimat sebenar. Bagaimana kita mampu melarikan dari kiamat sedangkan Tsunami yang dianggap kiamat kecil manusia dan haiwan tewas. Insaflah.

Kisah ketua kampung di Kampung Guroh yang terselamat kerana pagi 26 Disember 2004 beliau ke kebun dan sempat leri ke bukit berdekatan. Ketua kampung ini sempat melihat kampungnya tenggelam bersama penghuninya. Menakjubkan ialah sebuah kubah dari kampung bersebelahan dihanyutkan oleh air laut setinggi poko kelapa. Kubah itu tersadai di kampungnya dan menjadi kunjungan pelawat.

Kubah yang hanyut itu telah menyelamat tijuh orang kerana mereka sempat naik ke kubah tersebut. Jika diketemukan dengan tujuh orang yang terselamat itu pastinya akan lebih menarik kisah ini.

Kubah yang dibawa oleh Tsunami.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Empat Jam Dalam Bilik Bedah

Boria dan Dikir Barat