Tsunami Di Aceh: Jasa Insan Yang Tidak Di Dendang

Ketika Tsunami berlaku pada 26 Disember 2004 sebenarnya ramai yang menjadi hero tanpa didendang (Unsong Hero). Namun tidak semua dapat ditampilkan kerana agak ramai. 

Antara yang saya sempat temui ialah ustaz Abdullah. Seperti pada siri yang lepas, saya sudah ceritakan siapa ustaz Abdullah yang masih ada kerana Allah menyambungkan hayatnya dengan membawa ke Malaysia kerana ketika itu sedang terlibat dalam satu kursus di Sungai Buloh, Selangor.

Ustaz Abdullah (kiri)


Ramai sebenarnya yang hilang keturunan ketika itu. Ustaz sendiri kehilangan lebih seratus orang ahli keluarganya. Allahhuakbar.😥Kerana Allah memanjangkan usia ustaz maka kini beliau antara orang menjadi pengusaha Rumah Anak-Anak Yatim  Sri Alain Banda Aceh. 

Ibu Yusmarati yang ditemui di rumahnya



Ketika dibangunkan rumah anak-anak yatim ini, ada seorang insan yang menjadi penyambung tempat berteduh dan pemberi kasih sayang kepada anak-anak malang ini. Beliau yang saya maksudkan ialah ibu Yusmarati. Ibu Yus menjadi Tukang Masak kepada anak-anak yatim di bawah usaha ustaz Abdullah.

Pada awal tahun 2005 anak-anak yatim ini tinggal setempat. Namun setelah bantuan dari pihak-pihak tertentu terhenti maka anak-anak yatim ini telah di tempatkan di sekolah-sekolah tempat mereka berlajar. Justeru, kerjaya ibu Yus telah tamat. Kini beliau tinggal bersama anak dan menantu. Ibu Yus juga masih memjaga seorang anak yatim perempuan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Empat Jam Dalam Bilik Bedah

Boria dan Dikir Barat