Suatu Pagi Di Sebuah RnR
Din (bukan nama sebenar) memandu bas ekpres menuju ke Kuala
Lumpur dalam kepekatan malam. Suasana dalam bas sunyi, maklumlah semua
penumpang tidur kerana jam sudah menunjukkan pukul satu pagi. Tumpuan pada
lebuhraya diberi perhatian seratus peratus kerana terdapat lebih 30 orang
penumpang.
Di sebuah hentian Din ambil keputusan untuk tidak berhenti kerana
tiada penumpang yang berhajat untuk ke bilik air atau menjamah makanan.
Ketika mendaki sebuah bukit di lebuhraya Din dikejutkan oleh
seorang lelaki tua melayu. “Apa pasal tak berhenti tadi? Saya nak ke bilik air
ni”. Tanpa berkata apa-apa Din berhenti di sebuah RnR yang agak sunyi. Kalau
siang hari RnR ini boleh dilihat dikelilingi dengan pokok-pokok hijau. Cantik
dan menyegarkan.
Setelah bas berhenti ada seorang budak lelaki Bersama ibunya
turun ke bilik air. Sementara itu Din mengambil kesempatan menghisap rokok.
Suasana sepi dan dingin.
Tiba-tiba budak lelaki tadi balik semula ke bas Bersama dengan
ibunya dengan keadaan termengah-mengah.
“Bang…bang…..Tadi masa keluar bilik air saya Nampak pakcik
yang sama-sama turun dengan saya sedang menarik lembu dan mengikat kat pokok.” Kata
budak lelaki itu.
“Dah, dah naik cepat ke bas….tak payah tunggu lagi pakcik tu”.
Din mengarahkan budak lelaki itu bersama ibunya naik bas. Din terfikir mana ada
orang bela lembu waktu pagi macam tu, dah tu waktu dah hampir jam 2 pagi.
Sambil memandu dia terbayang lelaki melayu yang menyergahnya
sebelum turun. Lepas tu terjumpa pula oleh budak lelaki tadi bersama dengan
lembunya.
Sesampai di Kuala Lumpur dia meneruskan perjalanan bas ke Klang.
Penumpang tinggal tak ramai lagi. Sesampai di Klang seorang wanita melayu
memberitahun Din.
“Bang lain kali kalua malam jangan berhenti lag ikat RnR
tadi. Sebenarnya lelaki melayu tadi tu duduk sebelah saya. Memang pelik dan
menyeramkan”. Kata wanita tadi.
Sejak peristiwa itu Din demam seminggu kerana sering
terbayang wajah lelaki melayu tadi. Memang ada misteri. Din memang bertekad tak
akan berhenti lagi di RnR itu.
Ulasan