Tsunami Di Aceh: Allah Telah Tentukan Takdirnya

Puan Norhayati dan suaminya
Puan Norhayati keluar membeli barang di pasar. Suaminya Mohamad Irwan sedang bertugas sewaktu itu. Dikabarkan ombak besar melanda kampungnya. Secara spontan puan Norhayati teringat anak lelakinya sedang tidur. Beliau pulang segera.


Tepat seperti perkhabaran air laut sedang mengganas dengan melanda semua rumah yang ada. Jam waktu itu sekitar 8.30 pagi. Allahhuakbar....dia cemas dan menuju ke bahagian atas rumahnya untuk menyelamatkan diri. Ombak semakin ganas.

Puan Norhayati melihat dengan matanya sendiri orang-orang kampungnya tewas dilambung oleh ombak. Tubuh-tubuh mereka tenggelam timbul. Banyak tubuh yang tewas dan terkorban di celah-celah rumah dan pokok-pokok.

Di hadapan rumahnya terdapat rumah adiknya. Keluarga adik juga menyelamatkan diri ke bahagian atas rumah. Air semakin tinggi. Mereka hampir lemas kerana air laut hampir mencecah paras hidung!

Tidak semena-mena muncul sebuah kapal besar bergerak menerjah rumah-rumah penduduk dan musnah. Kapal tersebut bergerak melepasi rumah puan Norhayati dan adiknya. Oleh kerana ombak begitu kuat berulang alik kapal tadi bergerak ke arah rumah adiknya.

Telah ditakdirkan kapal itu berhenti setelah merempuh rumah adik puan Norhayati. Kapal itu seolah-olah didatang untuk menyelamatkan penghuni di dalam rumah adik puan Norhayati. Seramai  26 orang yang berada di atas rumah adiknya telah naik ke atas kapal. Syukur mereka selamat.

Manakala di atas kapal sebenarnya kosong. Ketika ombak besar menhanyutkan kapal tersebut terdapat  cuma seorang lelaki yang sedang tidur.  Kapal ini sebenarnya sedang dibaik pulih. Lelaki yang sedang tidur itu pada mula tidak mengetahui kapalnya telah digerakkan oleh ombak besar yang akhirnya dikenali sebagai tsunam!



Puan Norhayati yang sudi ditemuramah siang tadi dengan penuh yakin bercerita kepada saya bersama ustaz Khairil. Namun ketika suami beliau berkata ibu mertuanya hilang dihanyut ombak saya lihat wajahnya sayu namun tiada air mata.... Ibunya seorang mualaf telah ditelan ombak. Hingga kini jasadnya ditemui.

"Hari ini saya mampu bercerita. Tapi di sekitar  lima enam tahun lepas jika saya bercerita pastinya saya menanggis", terang puan Norhayati asalnya dari keluarga cina.

Saya menahan sebak tetapi dengan kekuatan ustaz Khairil saya bertahan menahan air mata. Bagaimana abang Irwan?

"Saya waktu itu telah dapat kembali ke rumah. Namun ditewaskan oleh ombak. Syukur saya dapat berpaut pada wayar yang terbentang di laluannya. Namun saya hampir kelemasan tertelan air laut yang hitam lagi kotor. Saya tertelan air laut yang amat dahsyat pahit rasanya".

Kesan dari itu abang Irwan terpaksa berubat untuk memulihkan paru-parunya.

Hasil perbualan itu saya mengambil keinsafan jika Allah ingin kita selamat maka akan selamat. Bencana 13 tahun dulu meninggalkan kesan yang  besar kepada sesiapa jua. Namun hasil dari itu juga kita lihat ada insan yang masih terselamat.

Lokasi kapal dalam kisah ini telah dijadikan muzium dan dikunjungi oleh pelawat dari dalam dan luar Indonesia. Manakala adik puan Norhayati tidak tinggal di sini lagi kerana rumah tersebut telah diambil oleh pemerintah.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Empat Jam Dalam Bilik Bedah

Boria dan Dikir Barat