Pertemuan yang syahdu

Cikgu Puteh bin Salleh (dua dari kanan)
dan isterinya (tiga dari kanan)

Cikgu Mad Razi bin Puteh (kanan sekali).
3 Mac 2013: Tepat pukul 10.16 pagi saya dan isteri telah sampai di perkarangan sebuah rumah berwarna kuning di Kampung Kemelong, Sik, Kedah.

Hajat besar ingin bertemu mantan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Batang, Cikgu Putih bin Salleh. Hasil pertemuan dengan anaknya Cikgu Mad Razi maka kehadiran saya menjadi mudah. 

Saya tiba di perkarangan rumah Cikgu Putih dengan penuh emosi sebenarnya. Mana tidaknya beliau umpama seorang ayah selepas kematian ayah saya. Selain guru, beliau banyak mendidik anak-anak kampung termasuk saya untuk menjadi insan terpilih.

Hasil didikan beliau saya akui maka lahirlah, Prof Madya Dr Chek Derasid, Majid Derasid, Cikgu Tajuddin Yahya,Cikgu Kamilah Ismail, KamAluddin Ismail, Mohamada Ismail yang kni bertugas di Ryiad dan amat ramai lagi.

3 Mac saya telah bertekad untuk menemui beliau setelah telah lama tidak mempunyai ruang masa kerana bila balik ke Sik dalam masa yang amat suntuk.

Syukur guru berusia 91 tahun ini yang pernah saya kenal sejak tahun 1969 masih sihat dan mengenali saya. Beliau ditemani isterinya yang masih sihat. Kami sempat berbual kisah lama. Namun perbualan masih terbatas, kerana jarak usia dan menghormatinya maka kami hanya berbual hal -hal yang biasa sahaja.

Syukur, saya dapat juga membawa isteri bertemu dengan beliau walaupun anak-anak tidak dapat ikut serta pada pertemuan ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah