Demi sebuah ikatan

1 Mac 2013- Saya memandu kereta ke aparment bersebelahan Hospital Ampang untuk menjemput Farhana Ayu kerana kami akan melakukan perjalanan jauh ke Sik Kedah.

9.30 pagi saya memandu memasuki Lebuhraya Utara Selatan menerusi plaza tol Jalan Duta. Farhana yang telah diijab kabulkan pada 9 Februari lepas di Segamat hanya melelapkan mata di tempat duduk belakang bersama Ma Longnya. Mujur isteri saya memang menjadi teman setia sepanjang perjalanan sanggup bersengkang mata menahan mengantuknya.

Keluarga adik ipar saya bersama anak menantu mereka.

Emak saudara pengantin perempuan dari Johor.
Kanan sekali ialah pengapit kepada pengantin

Saya berpeluang bertemu sahabat lama.

Dari kanan: Ayah pengantin perempuan manakala
kiri adalah ayah pengantin lelaki.


Kami berhenti di R & R Rawang untuk bersarapan. Kemudian makan tengahari di R & R Sungai Perak. Rombongan kami sampai di Beris Jaya lebih kurang pukul 5 petang langsung singgah di rumah makcik Nik Mat. Nik Mat adalah suami Farhana. Kami berehat sebentar di rumah itu sebelum bertemu Haji Wahid yang kini menjadi besan kepada adik ipar saya Fatimah.


Majlis bacaan tahlil dan doa serta kenduri.


Pukul 6.00 petang saya mendaftarkan diri di Sik Inn kerana ingin mendapatkan tempat yang jauh dari kesibukan rumah kenduri kerana kehadiran saya ke Sik kali ini dalam keadaan kesihatan yang kurang sihat, batuk dan demam.

Malam sebelum waktu Isyak saya sudah berangkat ke Bandar Baru Beris Jaya untuk menghadiri majlis kenduri tahlil di rumah abang angkat saya Haji Wahid. Amat teruja saya malam itu kerana dapat bertemu dengan ramai kenalan lama yang kini semuanya sudah veteran. Malahan sudah ramai yang menjadi wargamas.

Semangat bergotong royong masih kuat diamalkan. Malam itu saya melihat kembali kemeriahan sebuah kampung. Mereka menyiang daging lembu, menyiapkan juadah untuk makan malam dan kenduri keesokkan harinya. Sudah lama saya tidak mengalami suasana begini setelah lebih tiga puluh tahun berhijrah ke Bangi.

Keesokan hari setelah rombongan adik ipar saya dari Segamat tiba maka majlis berjalan seperti biasa dengan upacara menyambut menantu perempuan di pihak pengantin lelaki. Nyata sekali adat resam dan budaya melayu masih kekal utuh di daerah permai ini, Sik yang damai.

Umbut pisang untuk jadikan bahan campuran gulai daging


Hidangan Daging bersama Ubut Pisang yang cukup enak
Semangat gotong royong yang masih wujud.

Tidak ketinggalan kehadiran DJ untuk memeriahkan
majlis kenduri

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah