Jurufoto mesti berilmu

Apabila seorang rakan menelefon saya pagi tadi memberitahu masalah yang sedang dihadapinya mengenai anak lelakinya yang terlalu gilakan kamera sehinggakan tidak mahu belajar ke tingkatan empat setelah mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan PMR membuatkan saya bergurau dengan dengan kata-kata berikut, "aku dengar masalah kau ni sampai terasa geli kepala lutut". Dia ketawa, namun ketawa dalam kekeciwaan.

"Aku bukan apa....Raai, keputusan dia bagus. Ada A...kalau dia sekolah sekarang ni dah tingkatan lima. Ni tak dia beli kamera sampai dua tiga ribu siap lens yang baik, dengan kawan dia buat job orang kawin sampai ke Kedah la dan berbagai lagi. Aku nasihat, cikgu dia nasihat dia kata cikgu tak pandai. Aku ingat kau kena tolong. Aku dah pening........". Terang kawan saya di dalam telefon denga nada resah tapi saya pasti dia keciwa.

Aduhai....kesian kawan saya ni fikir saya.

"Kau tak cakap kat dia kena ada SPM lepas tu boleh masuk mana-mana IPT buat diploma atau ijazah?", tanya saya. Kata kawan saya, sudah diberitahu, tapi dia degil. "Kacau fikir saya".  

"Aku ingat kau biarkan saja dia dengan kegilaan dia tu....."
"Tak boleh Raai....dia anak lelaki sulong aku.....Aku nak dia belajar....tidak-tidak pun dia ada SPM"
"Beginilah, kita pendekkan cerita, satu hari kau bawa dia jumpa aku".

Akhirnya kawan saya bersetuju untuk membawa anaknya di  suatu masa sesuai yang sesuai.

Saya pernah ditanya oleh seorang ibu mengenai minat anak gadisnya dalam bidang fotografi. Kata beliau anaknya amat berminat dalam bidang ini sehinggakan bidang-bidang lain langsung dia tak pandang. Saya sebut multimedia semua dia tak minat. Namun ketika dia pergi temuduga untuk kemasukkan ke IPT anaknya diuji berkaitan dengan subjek lukisan. Anaknya gagal dalam ujian itu kerana ketika menduduki peperiksaan SPM subjek lukisan dia tidak ambil.
Percubaan kedua dia berjaya dan dapat masuk ke IPT tersebut. Menurut ibunya, dalam semester keempat anaknya terpaksa menarik diri, kerana ada beberapa subjek terutamanya lukisan gagal mencapai keputusan yang baik.

Sepuluh tahun lalu pernah seorang graduan Pengajian Dakwah Fakulti Pengajian Islam UKM dalam emelnya meluahkan perasaan dengan ayatnya lebih kurang begini, "Saya terasa amat rugi kerana tidak bertemu dengan En Raai ketika belajar di UKM. Kalau saya bertemu ketika itu sudah pasti saya telah menjadi anak murid  En Raai dalam bidang fotografi."

Dalam emel keduanya dia berkata, " Saya rasa ingin menceburi bidang fotografi dan mahu meninggalkan bidang saya (Ustaz)". 

Saya jawab emel keduanya begitu ringkas "Saudara, teruskan dengan bidang yang dipelajari di UKM. Teruskan minat saudara dalam bidang fotografi disamping menjadinya sebagai media dakwah".

Emel ketiga dia menjawab, "Betul apa yang En Raai kata, sebenarnya berdakwah boleh saya lakukan dengan bahan-bahan foto yang telah dirakamkan".

Saya menurunkan catatan ini ke dalam blog ini bukanlah ingin mengatakan untuk menjadi karyawan foto yang baik wajib mempunyai pelajaran format dalam bidang fotografi. Ramai karyawan foto yang tidak memiliki apa-apa sijil,diploma, ijazah telah berjaya dengan cemerlang sebagai karyawanfoto. Namun saya melihat mereka yang memiliki ilmu yang diperolehi secara formal lebih mempunyai keyakinan yang tinggi.

Ramai karyawan foto yang sudah establish di Malaysia melalui disiplin ilmu yang formal. Tak kiralah samada masuk mana-mana IPT, belajar dengan individu yang sudah dinobatkan sebagai pakar. Namun tidak ada salahnya kalau minat dalam bidang fotografi terlalu fanatik, seseorang itu mengambil pengajian dalam bidang perakaunan, atau IT akhirnya fotografi itu boleh diadun bersama ilmu tersebut. 

Kita tidak mahu sampai tahap setelah gagal bersaing dalam bidang ini yang saya lihat begitu pesat maka kita akan gagal. Kejayaan bukan boleh datang dengan spontan, tanpa usaha yang gigih. Nasib hanya datang pada orang yang memperolehi peluang dan usaha yang kuat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah