Menilai gambar

Saya  sering diminta menjadi juri pertandingan fotografi di beberapa tempat oleh beberapa kelab dan persatuan. Sebenar kalau mengambil kira menilai gambar yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar yang mengambil Kursus  Fotografi Program Ko-Kurikulum UKM pengalaman menilai gambar ialah, sekitar empat belas tahun. Justeru saya beranggapan bahawa menjadi juri bukan perkara yang mudah.



Anda boleh pilih gambar mana yang betul
sesuai untuk diberikan hadiah.





Ketika Permodalan Nasional Berhad menganjurkan pertandingan fotografi pada tahun 2003 juri tidak mengeluarkan hadiah pertama sebanyak RM10 ribu. Hanya hadiah kedua diberikan kepada seorang pemenang wanita dari Shah Alam. Hadiahnya sebanyak RM8 ribu.

Saya bertanya kepada ketua juri kenapa hadiah pertama tiada? En. ERIC PERIS memberitahu kalau ada lambang agama dalam gambar itu maka juri akan memberikan hadiah utama.

Kenapa cirri-ciri itu perlu? Mudah sahaja, tema pertandingan anjuran PNB lebih kurang begini, ‘Pembangunan Tanpa Mengabaikan Alam Sekitar dan Insaniah’. Untuk apa lambang agama harus ada?

Gambar yang menang hadiah utama itu ialah rakaman orang sedang beriadah di pinggir KLCC terdapat pokok-pokok yang menghijau. Kata EN ERIC PERIS, kalau ada lambang bulan bintang Masjid KLCC sudah pasti gambar itu bernilai RM10 ribu!

Saya belajar dari situ untuk menjadi juri selepas itu setelah gambar saya memenangi hadiah saguhati sebanyak RM800 sahaja. Namun saya berpuas hati apabila memikirkan pertandingan sebelum itu menawarkan hadiah hanya RM1 ribu sahaja! Lazimnya kalau dalam pertandingan kecil-kecil hadiah saya sudah boleh dianggap memadai.

Saya pernah menilai gambar bersama tiga orang juri untuk memperolehi keadilan. Kami akan membahagi tiga setelah markah ketiga-tiga juri dicampur.

Tahun lepas (2010) saya bersama rakan menjadi juri Pertandingan Fotografi  di International Malaysia Educational Technology Convention (IMETC 2010). Oleh kerana gambarnya lebih 150 keping maka penilaian telah diadakan selama dua hari dengan mengambil kira jangkamasa lebih 19 jam.

Hal ini terjadi apabila melihat hampir 20% bermutu. Namun 80% tidak menepati kehendak penganjur. Temanya 1Malaysia. Peserta tidak faham tema apabila ramai peserta merakam gambar lambang 1Malaysia. Saya sempat berkata kepada rakan juri, kalau Dato Seri Najib lihat pasti beliau sendiri boleh buat keputusan. Sudah pasti beliau akan lebih kecewa apabila peserta tidak faham konsep 1Malaysia menerusi penghasilan gambar. Justeru, kalau nak masuk pertandingan halusi tema dan fahami tema terlebih dahulu.

Baru-baru ini saya diserahkan gambar yang telah dipilih oleh “juri” urusetia. Urusetia hanya nak minta saya sahkan sahaja gambar itu bermutu atau tidak. Setelah saya lihat gambir tiga keping itu dan melihat gambar yang tidak terpilih, saya meminta panggil semula juri  seramai tiga orang itu untuk berbincang.

Setelah berbincang kemudian apa yang berlaku? Gambar langsung tidak dipilih telah memenangi tempat pertama dan ketiga. Manakala yang dipilih tempat pertama sebelum  ini jatuh tempat kedua.

Amat menyedihkan juri yang bertemu saya langsung tidak pernah didedahkan elemen komposisi. Mereka hanya menilai dari segi cantik sahaja.

Oleh itu kepada anda yang berminat untuk menjadikan fotografi sebagai tempat mencari wang atau anugerah, maka saya ingin mencadangkan untuk masuk mana-mana bengkel yang menerangkan bagaimana menghasilkan gambar yang bermutu. Dalam bengkel-bengkel seperti ini penceramah akan menerangkan beberapa ciri-ciri gambar yang bermutu berdasarkan komposisi. 

Sebab itu ramai karyawan foto yang berjaya mereka akan  menghasilkan gambar yang berlandaskan kaedah ini. Kekuatan seseorang karyawan foto ialah bagaimana menghasilkan gambar bercerita. Kata  Profesor Dr Kamarudin M. Said (Ketua saya, yang pernah menyertai bengkel Ansel Adam ), kalau gambar anda boleh mengkagumkan orang untuk jangka masa tiga puluh saat maka anda telah berjaya!

Kepada anda yang dilantik menjadi juri, maka teknik-teknik ini perlu dipelajari secara teori. Ingat, orang yang menyertai mana-mana pertandingan dia telah yakin gambarnya akan menang. Jikalau kalah pun daia akan berpuashati jika juri memberikan alasan yang munasabah.

Lihat perkongsian arikel: Sila klik

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah