25 Disember 2011

2011-Tahun Kemesraan

| Kenapa kita bertemu lagi setelah sekian lama terpisah | Ada rahmatnya, mungkin Allah menemukan semula untuk kali terakhir | Selepas itu diharap tiada dosa diantara kita! |



Angka 2011 atau tahun 2011 merupakan tahun istimewa buat saya. Saya bukan hendak membawa bercerita soal angka. Tetapi bagi saya tahun ini tahun kemesraan.
  • Alumni IKBN Peretak yang adakan pada tahun ini membawa erti kepada saya. Kerana dengan wujudnya alumni ini membawa saya mengenali rakan-rakan baru. Mereka hebat-hebat belaka. Setelah kami mengadakan mesyuarat agung pada bulan Jun kami telah menganjurkan satu masjlis sambutan hari raya Aidilfitri. Inilah titik persahabatan yang sukar saya lupakan. Hasilnya saya dapat memperkenalkan kepada keluarga bagaimana saya memulakan kerjaya sebagai Jurufoto. Baca kisahnya di sini Di pertemuan ini: Alumni IKBN Peretak dan Reunion 2011
  • Satu kejadian menimpa saya ketika berada di Taman Negara, Pahang membawa erti hidup ini harus waspada. Maut ada menanti di mana-mana sahaja. Mungkin ketua jabatan saya juga dapat merasai erti sebuah kejadian apabila saya terjatuh didepan matanya dan tenggelam di dalam Sungai Kuala Tahan bersama kelengkapan fotografi. Kisah ini boleh di baca di Kalau Belum Ditakdirkan
  • Saya juga mengalami masalah kesihatan ketika menjalankan tugas di Ulu Dong, Raub, Pahang apabila terpaksa ditahan di Hospital Raub selama dua jam. Saya terhutang budi dengan rakan-rakan yang membantu membawa saya ke hospital tersebut.
  • 4 Julai 2011 saya mengalami kemalangan di Langkawi cerita ini boleh dibaca di Rahsia, Rahmat dan Inilah Takdir Allah.
  • 16 Disember 2011 juga mencatatkan sejarah manis apabila majlis makan malam alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Sik telah diadakan di sebuah hotel di Sungai Petani, Kedah. Saya sering menghadiri masjlis yang meriah ketika bertugas sebagai Jurufoto, namun majlis-majlis alumni ini cukup memberi kesan kepada saya. Ada kesan sentimental di dalamnya. Saya datang dalam majlis itu walaupun tiada rakan-rakan seangkatan namun begitu nostalgia sekali. Catatan mengenai alumni SMKSik boleh dibaca di bawah ini

    Terus terang saya katakan tahun 2011 sukar untuk saya lupakan kerana Allah menemukan saya rakan-rakan lama dan rakan- rakan baru. Semoga catatan ini menjadi penutup untuk tahun 2011. Kita akan bertemu lagi tahun baru, namun kita tidak pasti ianya manis atau tidak.

    Selamat menyambut tahun baru masihi 2012. Semoga iltizam kita akan lebih kuat demi Islam, negara, diri kita dan keluarga.

23 Disember 2011

Nostalgia Majlis Reunion SMK Sik-2011

Hari ini sudah seminggu masa berlalu. Hari Jumaat lepas (16 Disember 2011) saya mencipta sejarah baru. Hari ini hanya tinggal kenangan.
Pintu utama SMK Sik sekarang.

Sdra Majid melayan anak lelaki bongsunya
Saya kembali ke Sungai Petani, Kedah sorang diri tanpa keluarga. Isteri saya memang kenal perangai semulajadi yang suka mengembara. Dia mungkin pasrah dengan kerektor saya. Kalau seminggu meninggalkan rumah kerana tugas itu sudah lumrah. Kerana beliau tahu kerjaya saya budaya hidupnya adalah begitu. Namun kalau saya tidak ke mana-mana saya adalah manusia yang suka dudu di rumah dan makan apa sahaja walaupun lempeng atau cucur kodok (jemput-jemput ikan bilis).

(Duduk kiri sekali) Prof. Madya Dr Chek Derasid (adik sdra Majid)
sekarang merupakan
seorang ahli akademik di Universiti Utara Malaysia.
Anak jati Sungai Batang yang berjaya memperolehi PhD.
Kenapa saya ke Sungai Petani itu telah saya catatkan sebelum ini dalam catatan berikut : Jiwaku Karam . Namun dalam catatan kali ini lebih berkesan kerana ia ditulis setelah seminggu berlalu. Bak kata orang Laksa Utara kalau di makan sehari selepas di masak kuahnya lebih ummmph.
  • Majid Derasid ( anak Pak Da Sid)- Sahabat lama cuma muda setahun dari saya. Bersekolah di Sekolah Menengah Sik dari tahun 1972-1975. Ayahnya walaupun orang kampung tapi agak tegas dengan pelajaran anak-anaknya. Mereka ramai adik beradik. Kini Majid menjadi Pegawai Kebajikan Masyarakat di Sungai Petani. Kerana sifatnya yang menjaga kebajikan masyarakat setempat, maka pada 16 dan 17 Desember lalu beliau memberikan khidmat yang terbaik buat saya
    
    Kenduri masih dhidang. Lauknya masakan kampung.
    Majid mempunyai adik-adik yang berjaya. Ada yang menjadi guru, pensyarah IPTA. Semasa dua hari di Sungai Petani saya dipinjamkan keretanya untuk memudahkan urusan saya. Terima kasih Jid!
  • 
    Menunya nasi putih, ulam petai bersambal belacan,
    kari daging kerbau campur umbut pisang.
    
  • Haji Wahid- Sahabat lama yang saya anggap macam seperti saudara. Kalau saya balik Kedah sekeluarga kami akan bermalam di rumahnya. Anak bekas Bilal Kampung Sungai Batang yang kini menetap di Bandar Beris Jaya. Mereka berpindah sekitar awal tahun 2000 setelah kampung mereka dijadikan Tasik Beris.

    Haji Wahid mempunyai ramai adik beradik yang tinggal berjiran dengannya. Mereka kini menjaga ayah yg sudah tua dan emak mertuanya adalah kakak kepada ayahnya. Maknanya Haji Wahid berkahwin sepupu. Insyaalah satu sejarah akan tercipta tahun depan saya dan keluarga Haji Wahid.

    Selepas solat Jumaat pada 16 Disember, saya dikejutkan dengan perhimpunan keluarga beliau. Rupanya setiap hari Jumaat Haji Wahid akan mengadakan kenduri keluarga. Saya bersama-sama menjamu selera dengan keluarga besar Haji Wahid. Satu budaya yang baik harus dicontohi.
    
    Pesilat veteran yang masih mampu membuat
    persembahan menarik di depan pengantin
    Muzik silat
    Pada 17 Disember saya berpeluang menghadiri kenduri di rumah salah seorang penduduk Beris Jaya. Berpeluanglah saya melihat suasana majlis kenduri yang telah lama saya tinggalkan.
  • Pukul 5.30 petang pada 16 Disember saya memandu kereta ke Sungai Petani dari Beris Jaya. Lebih kurang sejam saya tiba di tempat letak kereta Park Aveneu. Masih awal. Hujan turun dengan lebat. Saya menelefon En Md Bakar. Beliau menjawab mesra namun orangnya belum pernah saya bersua muka, cuma sering bertemu di laman Fecebook. Timbalan Pengerusi Kelab Anak-Anak Sik.

    Setiba di ruang legar hotel saya dikejutkan dengan suasana tempat pendaftaran yang teratur. Beberapa orang urusetia menyambut saya bagaikan sudah kenal lama. Walhalm, kami hanya bertemu dalam FB sahaja. Mereka teruja kerana saya sanggup datang ke majlis itu dari jauh dengan menaiki bas malam tadi. Namun saya difahamkan masih ramai yang balik dari Kuala Lumpur.

    En. Md Bakar dari Bukit Beruntung, Selangor. En Mohamad Warid, Selayang. Asmahan Ibrahim KL, dan ramai lagi. Malahan dikatakan ada alumni dari UK sedang membuat PhD pulang ke Sungai Petani untuk meraikan majlis tersebut.
       
    (Kanan) En. Md Bakar, orangnya agak misteri sebelum ini.
     En Md Bakar begitu mengharapkan saya hadir. Manakala En Mohamad Warid agak gembira bertemu dengan saya pada malam itu. Mohamad Warid mempunyai adik-adik yang ramai bersekolah di Sekolah Menengah Sik. Walaupun saya tidak rapat dengan mereka tapi amat kenal dengan Wahab, Wahid, Zainab Warid. Ayah meraka Wak Warid begitu terkenal di Sik kerana tidak ramai orang Jawa menetap di sana. Wak Warid pernah berkata kepada saya "anak-anak Wak tak tahu cakap Jawa...kalau Wak cakap dia orang gelak saja....". Entahlah en Mohamad Wrid boleh bercakap Jawa atau tidak. Tapi malam itu dia hadir dengan kopiah Jawa.
    
    (Kanan) En Mohamad Warid bersama rakan sekolah saya.
    
  • Bayangkanlah malam itu ramai alumni SMK Sik sukar dikawal. Sehinggakan juruacara majlis terpaksa membuat pengumuman beberapa kali agar duduk harapan majlis dapat dijalankan mengikut jadual.

    Masing-masing dengan kisah tersendiri. Ada yang berpelukan melepas rindu. Ada yang duduk berbual tak ambil kisah rakan lain. Ada yang memperkenalkan oleh yang ditemui kepada rakan lain.

    Masing-masing dengan nostalgia. Ada yang tidak mengenali antara satu dengan yang lain. Maklumlah sudah dewasa. Muka sudah berubah. Susuk tubuh sudah berbeza. Perpisahan sudah lebih tiga puluh tahun mengubah segala-galanya. Hanya nostalgia sahaja yang mampu membuatkan kita saling mengenali semula.

    Paling penting ialah masing-masing datang dengan kejayaan. Ada yang datang membawa pangkat dan gelaran tetapi meletakkan seketika semua itu di luar dewan. Mereka bercakap tentang persahabatan, tentang masa silam. Namun tidak mengetepikan protokol. Mungkin kalau dulu bercakap menggunakaan Aku, kini bertukar menjadi Saya. Kalau dulu dulu guru memanggil nama, kita dia memanggil bekas anak murid anakanda.

    Menceritakan kejayaan memang tidak dapat lari dari kenyataan. Namun saya fikir mereka masih memikirkan nasib alumni. Pelajar-pelajar semasa. Justeru, langkah yang diambil oleh Kelab Anak-Anak Sik harus dipuji kerana mengumpul seramai mungkin tenaga pakar, profesional adalah satu langkah berani.

    Ramai anak-anak Sik berada dalam sektor kerajaan dan swasta. Sik adalah daerah damai, subur,tenteram. Justeru ketika berbual dengan Sdra  Sabri pada 19 Disember lalu ketika bertemu dengan beliau di Esset (Institut KWSP) Bangi, beliau memikirkan apa yang harus dilakukan oleh Kelab Anak-Anak Sik. Saya fikir, segala agenda sudah tentu telah dirancang. Kerana melaksanakan jamuan reunion telah berjaya di realisasikan. Bukan mudah untuk mengumpulkan seramai hampir lima ratus orang dalam sebuah dewan. Mereka datang dari merata tempat. Justeru, maka satu kejayaan buat urusetia.

    Ketika saya kembali ke Beris Jaya kali kedua pada 17 Disember (sebelum ni 16 Disember-balik dan kembali ke Sg Petani untuk majlis makan malam SMK Sik dan bermalam di sana) saya ditanya oleh beberapa orang yang pernah menjadi pelajar di sekolah itu, bagaimana sambutan terhadap majlis itu? Saya memberikan info yang positif kerana majlis itu berjaya.

    Apa istimewanya SMK Sik. Ia terletak di Pekan Sik. Dua kilometer dari pekan menghala ke Nami. Diwujudkan pada tahun 1965. Ketika itu Sik belum membangun seperti sekarang. Namun kerana daerahnya di pedalaman yang dikelilingi banjaran yang indah, maka ia merupakan lokasi yang agak terpencil dari daerah lain.
    
    Daerah pertanian yang subur dan
    berpotensi menjadi sumber berasaskan pertanian
    Untuk ke sana boleh menerusi pekan Gurun melalui Lebuhraya Utara Selatan. Boleh juga ke Sik menerusi Grik dan Baling. Masyarakatnya kebanyakkannya petani, peladang dan penternak. Namun jumlah yang menjadi pegawai kerajaan, swasta dan usahawan, telah meningkat.

    Ramai tokoh-tokoh terkenal datang dari daerah ini. Sasterawan Negara Dato Sahnon Ahmad yang terkenal dengan novel Ranjau Sepanjang Jalan, Tan Sri Hanafiah bin Hussain, Pengerusi pertama Lembaga Tabung Haji, Profesor Dr Azib Salleh dan ramai lagi.

    Mungkin pembaca yang lebih mengetahui sejarah ini boleh turut mengulas dalam komen tuan/puan sebagai sumbangan menyambung catatan ini. Pun begitu keistimewaan SMK Sik membuatkan ada antara kenalan apabila ditanya, mereka akan menyebut berasal dari Sik.
    
    Sik boleh dihubungi dengan rangkaian jalanraya yang
    baik untuk bandar-bandar besar dinegara kita.
    
    Puteri sulung saya terkejut pada 14 Disember lalu apabila saya mengambil keputusan untuk balik Kedah semata-mata bagi menghadari jamuan reunion tersebut. Bagi saya wang bukan persoalan utama. Tetapi memenafaatkan wang itu adalah lebih diutamakan. Apa ada denga RM50 kalau kita nak menilai faedah yang kita perolehi hasil dari menghubungkan silatulrahim.

    Nostalgia tetap nostalgia. Tetapi mengenang nostalgia sememangnya bukan boleh dibawa ke mana-mana. Namun hasil dari pertemuan itu akan menghasilkan buahkan permaufakatan yang bermutu.

    Oleh itu sehingga bertemu lagi dengan hasilan kejayaan yang lain, saya fikir Kelan Anak-Anak Sik telah mempunyai satu fokus yang menarik untuk anak-anak muda Sik. Seperti kata Sdra Sabri ketika minum-minum dan makan capati disebuah gerai mamak dekat Hentian Komuter UKM, anak-anak Sik perlu dibimbing dan membawa mereka ke mercu kejayaan baik dalam bidang pelajarn, ekonomi dan apa saja.

    Saya telah mencadangkan satu usul untuk beliau kemukakan keperingkat ahli jawatankuasa. Semoga usul tiu boleh dipertimbangkan untuk satu projek kepada belia-belia di daerah Sik.

    -Bangi,23 Disember 2011, Jumaat 27 Muharam 1433H.

21 Disember 2011

Apa boleh buat

14 Disember setelah membuat keputusan nak balik Kedah untuk majlis reunion sekolah, saya membuat keputusan hendak menggunakan KTM. Kerana dah lama tak naik keretapi antara bandar maka saya membuat cadangan itu dan ke KL Senteral. Saya keciwa kerana tiket untuk perjalanan 15 Disember telah habis.

Menyusuri laluan LRT saya ke Pudu Central (sebelum ni Pudu Raya) bersama isteri. Kalau ke Kuala Lumpur sebenarnya saya lebih selesa naik keretapi eletrik sahaja. Teruja juga bila masuk sahaja Pudu Central isteri saya menjadi macam "rusa masuk kampung" (termasuk saya...).

Keratan akhbar tulisan saya.

Apa istimewanya Pudu Central (PC) sehinggakan kami teruja. Pertama di sinilah berputiknya hubungan kami berdua yang membawa ke jinjang pelamin! Kedua di PC lah tempat saya menghantar dia balik kampung setiap kali nak balik ke Muar. Ketika, PC telah mengubah warna kehidupan Pudu Raya (PR).

Sebelum ini. Saya pernah menulis dalam Watan sekitar tahun 1980an mengenai PR. Saya kagum dengan PR waktu itu kerana ia adalah pusat himpunan rakyat seluruh negara ketika hendah pulang ke kampung.

Namun saya pernah hilang keyakinan kepada PR setelah dua peristiwa berlaku keatas diri saya. Pertama ialah ketika hendak membeli nasi lemak, sedang memilih lauk melintas seekor tikus di celah-celah timun, ikan bilis dan sambal nasi lemak. Hilang nafsu makan saya pagi tu.

Peristiwa kedua ialah ketika membuat tinjauan kualiti makanan bersama seorang pelajar siswazah UKM ke PR. Saya bersama beliau dan seorang anggota kesihatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Hasil ujian keatas makanan di PR mendapati tinggi sangat kandungan plumbum. Selepas itu saya agak kuatir untuk menjamah makanan yang tidak ditutup ketika berurusan di PR.

Kunjungan saya ke PC pada 14 Disember mengubah pandangan negetif saya sebelum ini. PC berada pada tahap global kerana mempunyai kemudahan yang begitu baik. Tempat menjual makanan dibangunkan begitu baik. Malahan saya fikir kadar pencemaran keatas makanan telah berjaya diatasi.

Kemudahan surau telah dinaik taraf sehingga boleh bersolat Jumaat. Malahan ia sebuah surau yang canggih kerana mempunyai tempat menyimpan beg dan kasut secara berbayar.

Tempat menjaul tiket juga telah dinaik taraf. Tidak lagi panas seperti sebelum ini. Tangga untuk turun ke platform telah dilindungai dengan satu kepungan yang baik. Ini bermakna asap dari bas tidak boleh naik ke ruang menunggu. Saya fikir PC memberikan keselesaan yang bermutu.

15 Disember pukul 9.30 malam saya tiba di PC untuk memulakan perjalan ke Kedah. Saya mengerjakan solat Isyak di surau PC. Setelah menunaikan solat Hajat saya turun ke ruang menunggu. Keselesaan menunggu bas di platform 12 memang selesa kerana PC menyediakan ruang menunggu yang canggih dimana kemudahan tandas, gerai membeli makanan ringan dan bahan bacaan.

Ketika jam menghampiri pukul 11.30 malam saya merasakan kelaianan apabila bas yang sepatutnya ada tetapi tidak muncul-muncul di platform. Melihat seorang lelaki Cina dengan memakai baju T nama syarikat bas yang harus saya naik, maka saya menghulurkan tiket kepadanya.

Lelaki Cina yang siap menggunakan woki talki menghubungi rakanya mengatakan ada tambahan penumpang. Saya perlu mengikut seorang lelaki Melayu ke sebuah bas yang berada diluar PC.Rupa-rupanya terdapat banyak bas diluar sana. Hati saya berdetik "ahhhh masih sistem lama. Kacau ni.......". Saya kemudian diberitahu bas dua tingkat tidak dapat masuk ke PC kerana tinggi. Manakala bas -bas yang tidak berdaftar dengan PC tidak masuk juga.

Namun begitu saya masih berhasib baik kerana sepanjang perjalanan tiada perkara yang kurang enak berlaku dan pemandu bas memandu dengan cermat sekali.

17 Disember-Saya pulang dari Alor Setar dengan bas dua tingkat. Pemandu tidak ramai. Keselesaan begitu menyerlah. Dengan tambah RM40 saya menikmati keselesaan tidur sepanjang perjalanan 6 jam ke Kuala Lumpur.

Setibanya di PC masih ada kekurangan yang harus diberi perhatian oleh pihak berwajib. Pintu utama tidak dibuka seawal pukul 5.30 pagi, mungkin faktor keselamatan kedai-kedai di PC. Terdapat tandas yang belum dibuka. Pintu utama pada hemat saya boleh ditutup namun bukan membuka satu pintu yang agak tercerok. Bas pula tidak berhenti disudut pintu yang telah dibuka.

Saya fikir kecanggihan PC harus diselarikan dengan permintaan dan kemudahan kepada pengguna. Kalau saya yang telah biasa dengan Kuala Lumpur tidak menjadi masalah besar. Tapi kepada orang tidak faham tentang keadaan Kuala Lumpur bagaimana hendak menguruskannya kalau pertama kali ke KL?

Penumpang ada yang tiba seawal 3 atau 4 pagi. Maka satu kemudahan yang selesa harus difikirkan. Mereka mungkin hendak menunggu LRT yang akan memulakan perjalanan sewal 6 pagi. Maka faktor keselesaan dan keselamatan perlu dilakukan kepada orang-orang seperti ini.

19 Disember 2011

Jiwaku Karam

Hasrat menghadiri majlis alumni pelajar SMKSik membara. Namun menunggu masanya memang agak lama juga kerana saya telah sampai di Sungai Petani sejak pukul 5.30 pagi. Oleh kerana Majid meminjamkan keretanya maka saya mengambil kesempatan balik Beris Jaya seketika untuk bertemu abang angkat saya Haji Wahid. Hubungan saya dengan beliau memang luarbiasa kerana budinya membantu emak ketika sakit sukar utnuk saya bayar dengan harta dunia.

 Alhamdulillah saya sempat bersolat Jumaat di Masjid Beris Jaya dan bertemu dengan ramai sahabat lama. Malahan dapat bertemu dengan orang yang sudah 32 tahun saya ketemu. Impian saya tercapai.

Menariknya selepas solat Jumaat saya kembali ke rumah Haji Wahid dan mendapati ada kenduri keluarga. Haji Wahid menghimpunkan adik beradiknya, anak saudara, cucu-cucunya dalam satu makan tengahari. Penuh ruang dapurnya. Meriah sekali dengan menu makanan orang kampung. Nasi berkarikan ikan, berlaukkan ikan masin, berulamkan petai dan sambal belacan.

Saya terharu kerana Allah tidak memberikan ramai saudara kandung, namun saya memiliki sahabat yang mampu menghimpunkan mereka di penghulu segala hari iaitu Jumaat. Syukur.

Matlamat saya ke majlis silatulrahim diteruskan di Park Aveneu Sungai Petani. Saya ingat masih awal kerana masih belum pukul 7 petang. Hujan yang menyiram bumi Sungai Petani mendinginkan tubuh. Ketika saya menghubungi Sdra Mat Bakar, beliau sudah tiba di hotel. 

 Anda ingat semua yang saya temui pada malam itu saya kenal sebelum ini? Oh tidak, mereka rata-rata adalah rakan Facebook. Hanya Cikgu Lah dan Cikgu Fatimah sahaja yang pernah saya temui secara langsung kerana mereka adalah guru saya ketika bersekolah dulu. Saya mesra dengan beliau kerana dia guru disiplin yang terkenal dengan tegasnya. Mau tidaknya saya antara murid yang pernah dirotanya. Namun beliau antara guru displin yang saya ingat kerana tegas beliau. Saya pernah bertugas dibawah asuhannya sebagai pengakap,pegawas walaupun pernah dirotannya. Tetapi beliaulah orangnya pernah datang ke kampung saya mencari pembantu rumah dan saya melayannya tanpa dendam kerana pada saya itu adalah tanggungjawab guru.

Malahan ketika beliau datang di Kajang ke rumah anaknya, saya menjadi tetamunya dibulan Ramadan tahun 2009. Hasilnya saya amat bersimpati kepada beliau kerana pernah diherdik dalam FB oleh bekas muridnya.

Malam itu saya saya berbisik dengan; "Cikgu, saya membaca rintihan cikgu dalam FB kerana diherdik oleh......, namun saya hanya membaca dan tidak mengulas kerana saya faham perasaan cikgu waktu itu".

Cikgu Lah banyak memperkenalkan saya kepada bekas murid. Malahan beliau juga telah memperkenal seorang yang bergelar doktor yang sama-sama kelas dengan saya. Kelakarnya kami saling tak ingat memori 30 tahun dulu.

Cikgu Lah pernah menyebut nama-nama seperti Othman Nawang, Pengarah Bahagian Kepenggunaan Selangor, Chef Liza dan beberapa orang lagi. Beliau bangga dengan semua muridnya yang nakal dan yang tak nakal. 

Malam itu juga Ckgu Lah bertanya saya "Raai bila nak bergambar. Asyik dok rakam gambar orang saja" .Saya hanya mampu tersenyum.

Saya tahu tidak ramai bekas pelajar sama dengan kelas saya hadir kerana saya tahu mereka bukan orang berpangkat. Mereka mungkin segan (malu) untuk bersama. Justeru akibat sifat rendah diri mereka menjauhkan diri. Namun saya agak pasti mungkin terdapat anak-anak mereka yang hadir, namun tidak mengenali saya.

Saya perhatikan perjalanan majlis itu begitu lancar. Ia begitu profesional. Hasilnya saya menjadikan medan program malam itu seperti majlis-majlis rasmi yang pernah saya bertugas. Detik di hati saya bahawa majlis ini begitu sempurna namun tidak terlalu formal walaupun ramai orang ternama hadir. Namun perjalan majlis disusun begitu selesa dengan sedikit taklimat oleh Pengetua semasa sekarang. Pengarah Pendidikan Pelajaran Kedah yang bagi merasmikan majlis itu memuji usaha ini.

SMKSik ditubuhkan pada tahun 1965. Ketika itu saya masih bersekolah rendah di Sungai Petani. Sebelum penubuhannya anak-anak Sik belajar di Alor Setar atau Sungai Petani. Oleh kerana jaraknya yang jauh ditambah pula perhubungan agak payah. 

Saya mungkin tidak dapat membuat cacatan yang panjang kerana malam itu tidak dapat berbual panjang dengan semua orang. Namun saya mampu merakam gambar sebagai nostalgia dimasa akan datang. Saya bersyukur dapat menghadiri majlis yang gemilang itu. Insyallah jikalau ada lagi di masa depan saya cuba untuk hadir. Namun andainya ini adalah majlis pertama dan terakhir saya maka ia cukup bermakna sekali. Cukuplah dengan gambar yang sempat rakam akan menjadi tanda kenangan buat jenerasi akan datang.

 Walaupun anda alumni tidak mengenali saya, namun hati saya tetap di Sik. Malahan coretan Dari Sik Ke Bangi mengambar kehidupan saya yang sebenar sebagai anak Kedah dan mencari rezeki demi sesuap nasi untuk saya dan keluarga.

Saya hadir untuk memberikan penghargaan kepada sekolah saya dan guru-guru saya. Kalau mereka tidak kenal saya, namun saya mengenali mereka. Tiada yang pinta, namun kita perlu memberi. Kerana jasa mereka Allah sahaja yang membalasnya.Amin.

Lihat album kenang-kenangan

@ RaaiOsman-Bangi, 19 Disember 2011


Dingin Subuh di Sungai Petani

Saya tiba di bandar Sungai Petani sekitar pukul 5.30 pagi. Ketika saya berjalan kaki dengan dua buah beg, (beg pakaian dan kamera) suara Bilil membaca Tarhim Subuh berkumandang dari masjid begitu menggamit hiba. Berjalan seorang diri dalam kedinginan malam setelah turun dari bas untuk menuju ke masjid agak membimbangkan kerana membawa sebuah beg berharga. Suara Bilal semakin jelas itu menanda masjid yang saya perlukan untuk bersolat Subuh itu sudah hampir.

Setibanya saya di perkarangan Masjid Sultan Mudzaffar Shah, Bilal mengumandangkan azan. Syahdu sekali dan terasa pagi itu dunia ini cukup berharga buat seorang musafir kerana Allah telah memberikan ruang masa untuk saya berjumaah.

Syukur saya dapat bersolat Subuh di Masjid Sultan
Sungai Petani begitu istimewa buat saya sehingga kini. Pada bulan April tahun ini saya membawa keluarga keliling bandar ini semata-mata hendak memberikan gambaran jerit perit bersekolah dalam darjah satu pada tahun 1965. Mereka mungkin tidak akan percaya kesusahan belajar ditahun itu. Bagaimana ibu saya membekalkan nasi lemak berbungkuskan daun pisang berlaukkan sambal ikan bilis. Air teh O yang diisi dalam botol kaca.

 Mengimbau kisah cikgu wanita yang memakan biskut empat segi sedangkan saya dan rakan-rakan lain didenda keluar lewat kerana tak pandai menulis dan membaca. Sedang perut berkeroncong lapar dan aroma nasi lemak sudah menyucuk hidung.

Sungai Petani membawa saya melihat askar Gurka berbaris dan berkawat di jalanraya berhampiran pagar sekolah saya dan sekolah Sultan Ibrahim. Saya mengenali itu semua didepan mata.

Saya mengenali hati budi seorang berbangsa Cina yang berniaga rojak buah (entah halal, entah tidak) ketika kami menunggu bas sekolah datang untuk dibawa pulang. Kami dapat rojak percuma setelah membantu beliau memugut kertas bekas bungkus rojak. Ketika itu pelastik belum digunakan seperti sekarang untuk membungkus bahan makanan.

Saya mengenali kebaikkan hati seorang senior berbangsa India yang menjadi 'abang angkat' menjaga saya ketika di darjah satu.

Kesannya ketika saya berjalan kaki menuju ke masjid tersebut yang mana suatu ketika dulu berhampiran sekolah saya. Saya seperti dibawa semula ke tahun 1965 ketika bersolat Subuh di masjid tersebut. Malahan nostalgia askar Gurka, peniaga rojak, abang angkat datang semula dalam ingatan.

Itulah kaitan hidup saya antara jamuan makan malam alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Sik pada 16 Disember. Kerana ketika saya di darjah satu pada tahun 1965, SMK Sik baru diwujudkan oleh kerajaan bagi memberikan kemudahan penduduk Sik mendapat pendidikan menengah.

Di perkarangan masjid inilah saya mendapat rojak percuma
 Saya meninggalkan perkarangan masjid setelah sahabat lama Majid Derasid datang menjemput dan bersarapan dengan beliau di sebuah gerai Taman Sejati Sungai Petani. Sarapan pagi itu dengan dua gelas teh panas dan dua bungkus nasi lemak berbungkus daun pisang.

Alhamdulillah rezeki Allah berikan buat saya apabila Sdra Majid meminjamkan keretanya dan menyediakan bilik untuk bermalam di Kompleks Penyayang,Sungai Petani.

Digamit rindu

Pada mulanya saya tak berapa kisah dengan majlis perjumpaan bekas-bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sik, Kedah yang akan diadakan pada 16 Disember 2011. Sebabnya ialah kerana memikirkan tidak semua yang saya kenal. Perasaan rendah diri timbul kerana memikirkan mungkin cikgu-cikgu yang pernah mengajar di sekolah tersebut hanya akan melayan alumni yang berpangkat sahaja.


 Seorang sahabat Facebook mencadangkan saya hadir. Namun perasaan saya masih sejuk. Saya kata kepada beliau saya ni orang kecil. Beliau menambah, "saya kenal Raai, maka Raai harus ikut". Memujuk-mujuk dia agar saya setuju untuk turut serta.


Pada 14 Disember saya membuat panggilan telefon kepada En Mat Bakar. Beliau dalam nada gembira berkata saya harus pergi. Selang lima minit kemudian saya menghubungi Sdra Arie ia itu salah seorang urusetia bahawa tolong tempah satu nama saya untuk malam Sabtu 16 Disember 2011.


Saya mengambil keputusan menaiki bas untuk balik ke Kedah setelah impian untuk menaiki KTM tidak kesampaian. Namun pengalaman menaiki bas menjadikan satu pengalaman yang sukar untuk saya kisahkan. Walaupun dalam suasana selesa namun masih ada perkara yang harus dibaiki.

07 Oktober 2011

Selagi Ada Kudrat

Kami semakin mesra


Sedutan ucapan saya selaku Pengerusi Sambutan Hari Raya Alumni IKBN Peretak

Saya hanya merancang Allah jua yang memberikan rahmatNya.
Apakah ini buah tangan saya terakhir?


Di hujung tahun 1977 saya meninggalkan bumi IKBN Peretak dan balik ke kampung. Dua minggu saya menjadi seorang anak muda yang murung. Sehinggalah suatu hari Ibu saya bertanya kenapa jadi begitu. Sakit ke atau sebagainya?




Tuan-tuan dan puan puan, saya menjadi seorang perindu pada sebuah kebisingan dunia IKBN waktu tu Pusat Latihan Belia Negara. Saya memaklumkan kepada Ibu bahawa saya rindukan hilai tawa rakan-rakan yang berada di peretak.


Ketika itu dunia komunikasi  hanyalah surat. Namun untuk mengirim surat sebenarnya tidak semudah kita jangkakan kerana tidak semua rakan-rakan dapat membalas surat kita.


Acap kali saya ke Bukit Freaser saya melalui PLBN Peretak. Wajah Cikgu Majid, Cikgu Haidar, Miss Gomes (yang kami angggap aunte ketika itu), beliau terkenal dengan bebelannya. Masakkan asam manis tukang masak IKBN yang saya rindui.

Itu adalah senario 30 tahun dulu. Kedewasaan saya mengajar untuk mengenali apa itu hubungan silatulrahim dalam contact agama dan sosial. Akhirnya  tahun 2011 saya menyertai mesyuarat agong penubuhan Persatuan Alumni IKBN Peretak dimana Sdra Samsudin Oli Mohamad terpilih sebagai Presiden. Saya dapat bermalam di IKBN Peretak satu malam. Walaupun hanya satu malam dalam sebuah bilik yang besar yakni dua kali ganda lebih besar dari bilik di PLBN semasa saya berkursus di tahun 1977. Nostalgia saya kepada 15 orang rakan lama yang sama-sama mengikuti kursus senifoto tetap datang.


Saya tidak mengenali Sdra Samsudin, Noor Azmi, Husaini, Mizwan, Baharudin,Hafiz,Sdri Janefer,Azizah, Noni dan lain-lain lagi. Namun selepas itu kami kami sering berkomunikasi di dalam Facebook. Cadang demi cadangan diutarakan untuk memantapkan Alumni.


Akhirnya disuatu malam dalam bulan Ramadan yang mulia saya mengambil satu keputusan untuk mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri dan Sambutan Hari Kemerdekaan serta Hari Malaysia pada 17 September 2011 bersamaan 19 Syawal 1432. Tarikh keramat ini akan menjadi satu catatan sejarah kepada kita kerana semalam 16 September kita baru merayakan hari Malaysia.

Saya dan barisan AJK sering mengadakan mesyuarat di dalam Facebook. Walaupun ada waktunya tidak cukup korum, namun ianya berlangsung dalam suasana yang seolah-olah kami berada dalam satu bilik mesyuarat.


Tuan-tuan dan puan-puan:

Majlis yang berlangsung pada hari ini tidak menjanjikan satu acara gemilang. Namun saya mengharapkan agar ia menjadi satu batu tanda persahabatan yang murni. Jika dulu kita berkumpul tanpa isteri dan anak-anak. Kini kita bersama dalam satu kumpulan yang membawa erti tersendiri. Nah di sini kita kita dapat memberitahu kepada isteri dan anak-anak mahu pun cucu bahawa kita telah memulakan langkah pertama kemercu jaya bermula di sebuah pusat latihan dan kini institut. Dan dari sinilah ada di antara alumni yang berjaya menjadi usahawan malahan ada yang lebih jauh menjadi tenaga professional yang  berjaya.

Tuan-tuan dan puan-puan
 Hari ini hari kita. Tuan-puan boleh berada di mana saja. Di kerusi empok mahupun kerusi pelastik atau di bawah pokok yang redup untuk berjumpa rakan –rakan lama dan  rakan-rakan baru. Tiada siapa yang boleh ganggu. Hubungan ini mungkin tidak berlaku lagi dalam satu masa yang singkat. Namun jikalau ada kerjasama yang baik, majlis seperti  ini akan diteruskan diwaktu lain. Namun dalam mengeratkan silatulrahim saya yakin kerjasama dalam bentuk menjana ekonomi, menjana ilmu baru akan diteruskan.


Persatuan Alumni hanyalah badan yang melaksanakan. Kejayaan bergantung kepada usaha ahli-ahlinya. Kejayaan hari ini bukan usaha saya seorang, tanpa Tuan Pengetua, Presiden, Timbalan dan ahli-ahli jawatankuasa saya pasti usaha ini hanya tinggal angan-angan sahaja. Sekalung penghargaan kepada tuan-tuan semua. Tidak ketinggalan kepada kakitangan IKBN Peretak. Teristimewa kepada keluarga kami. Tanpa mereka yang memberikan sokongan kepada kita mungkin terhalang untuk datang ke sini. Untuk tetamu, walaupun anda berfikir bahawa tidak membantu, namun dengan kehadiran taun-tuan dan puan-puan sebenarnya telah memberikan sumbangan besar dalam usaha murni ini.

Saya bagi pihak barisan jawatankuasa Persatuan Alumni memohon ampun maaf andai ada kekurangan dari sudut jamuan dan layanan ampun maaf jua dipohon.
Akhir kalam, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Salam Kemerdekaan, dan Salam kesyukuran untuk Allah kerana kita berada di bumi Malaysia yang tercinta ini.


Saya bagi pihak barisan jawatankuasa Persatuan Alumni memohon ampun maaf andai ada kekurangan dari sudut jamuan dan layanan ampun maaf jua dipohon. Kepada yang akan kembali ke kediaman masing-masing  doa dipohon agar semuanya dilindungi oleh Allah Subhanahuwattala.



Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
boleh kita berjumpa lagi.



Tuai padi antara masak,
esok jangan layu-layu layuan;
Intai kami antara nampak,
esok jangan rindu-rinduan.

Ambil kain untuk mengelap,
kerana kopi tumpah dilantai;
Harap maaf salah dan silap,
ayuh menjamu selera beramai-ramai.

Abd Raai Osman, Pengerusi Sambutan Hari Raya Aidilfitri Alumni IKBN Peretak 2011/1432H.
Tanggal 17 September 2011/19 Syawal 1432H
IKBN Peretak, Ampang Pecah, Kuala Kubu Bahru, Selangor.

21 Ogos 2011

Rahsia, Rahmat dan Inilah Takdir Allah.

(Maaf, kerana saya ingin mencatatkan sebuah kisah yang agak berat pernah saya lalui namun tidak seberat yang dihadapi oleh insan lain).

4 Julai 2011: Ketika saya terjatuh di hutan bakau Jeti Kilim, Langkawi Geopark semasa bertugas di sana sebenarnya semangat saya merudum hampir lapan puluh peratus. Saya diangkat orang lima atau enam orang ketika kaki tersepit di akar bakau. Lebih membuatkan saya lemah semangat ialah terdapat bunyi dibahagian kaki. Akhirnya saya dapat tahu ia adalah bunyi akar pokok bakau. Namun selepas itu pening seperti hendak pitam. Dalam topik Kerjaya dan Resiko telah saya catatkan kisah ini.

 Saya dibawa ke Hospital Langkawi. Hampir satu jam setengah baru dapat dapat bertemu doktor. Baru saya merasai bagaimana Hospital Langkawi memberi menafaat kepada penduduknya.

Sehingga 7 Julai saya masih menderita sakit. Namun pada 8 Julai saya masih meneruskan tugas ke Skudai, Johor dan pada 14 hingga 19 Julai saya ke Sabah. Tugas saya teruskan kerana memikirkan saya masih boleh berjalan.

Apabila saya bertemu doktor di Bangi, beliau meyakinkan saya lutut saya tidak cedera teruk. Namun saya masih tidak berpuashati kerana sudah sebulan saya masih bersolat dengan cara duduk berlunjur. Saya bimbang urat lutut putus!

 Saya ke klinik untuk kali ketiga. Kali ini doktor ini mengesyurkan saya berjumpa doktor pakar.Namun saya keciwa kerana perlu menunggu temujanji sehingga 22 Ogos 2011. Kata Jururawat yang memberi tarikh temujanji kalau mehu cepat boleh bertemu doktor di bahagian kecemasan. Saya memang bukan orang yang suka menganggu peraturan walaupun ramai yang saya kenal di Pusat Perubatan UKM termasuk Dekan Fakulti Perubatan merangkap Pengarah PPUKM.

Saya akur dengan cadangan Jururawat dikaunter, saya mendaftar di kaunter kecemasan. Namun staff di situ berkata saya perlu jumpa pakar sebab di situ tiada pakar.

Kaajaiban ilmu Allah bermula di sini. Kekuatan semangat saya walaupun telah hampir pulih sebelum ini dengan pembacaan buku-buku motivasi antaranya Laa Tahzan (Jangan bersedih) dan doa-doa kepada Allah.

"Abang sakit apa bang?", tanya Doktor Azmi dalam loghat Kelantan.
Apabila saya kata sakit lutut daia kata; "Kalau saya tengok abang berjalan tadi, tak ada masalah nak tunggu 22 haribulan". Saya keciwa lagi. Tapi saya masih bersabar dengan semangat bulan Ramadan.
"Abang solat macamana?", saya kata duduk dan berlunjur.
"Gini bang, kalau abang boleh berdiri, elok abang berdiri tapi bila sujud abang duduk dengan kursi. Sebab abang tak boleh lipat paha..."

Dipendekkan cerita, saya ikut cakap doktor itu. Sebab saya mengambil panduan dalam soal penyakit cakap orang yang ahli dalam ilmunya harus diikuti. Saya memulakan solat Zohor hari itu dengan berdiri dan duduk diatas kerusi ketika sujud dan duduk tahyat awal dan akhir.

Bersolat adalah ibadah yang paling utama. Namun apabila kita masih berkuasa untuk berdiri maka berdiri adalah perlu kata doktor itu.

Genap sebulan selepas kejadian itu saya  telah memaksakan diri untuk bersolat secara biasa. Saya gagahkan diri untuk bersujud. Alhamdulillah akhirnya dengan doa dan izin Allah saya dapat sujud kembali namun tidak dapat melipatkan paha ke betis secara seratus peratus. Namun setelah genap sebulan muka saya dapat sujud juga akhirnya.

Pada hemat saya Allah memakbulkan doa saya dalam bulan Ramadan ini. Tanpa malu ingin saya menyatakan air mata mengalir tanpa dapat ditahan lagi. Perasaan sukar saya hendak gambarkan dengan kata-kata mahupun tulisan. Namun inilah perasaan saya ketika dapat sujud kembali seperti insan lain. Apa hendak kita malukan walaupun sebagai lelaki, tapi kalau didepan Allah hendak kita tangisi, tangis sahajalah.

Allah Maha Mengetahui dan saya bersyukur dapat bertemu seorang doktor yang berani memberikan saya panduan selain memberikan ubat. Doktor seperti inilah yang mahu dalam kehidupan kita kerana dia tidak berkuasa untuk menyembuhkan sesiapa kecuali dengan izin Allah. Manakala ilmu yang dia ada adalah ilmu Allah juga.

Insyaallah saya boleh berbaju raya tahun ini. Kalau tidak saya sudah bertekad tidak berpakaian lengkap baju raya kerana harus bersolat duduk.

Rahsia Allah tidak siapa yang tahu, kecuali ketika kita menerima Rahmatnya. 

Bangi, 21 Ramadan 1432H/21 Ogos 2011.

25 Julai 2011

Kerjaya dan Resiko

33 tahun lalu ketika saya sukar untuk memperolehi pekerjaan ibu agak sukar membenarkan saya memohon kerjaya tentera mahupun polis. Namun suatu hari dalam tahun 1979 saya mencuba nasib memohon jawatan polis dengan harapan boleh menjadi jurufoto PDRM. Ibu mengizinkan dengan helah saya itu. Saya gagal kerana saiz dada saya tidak besar. Mungkin juga perasaan ibu yang sukar menerima saya menjadi polis maka kegagalan itu ada kaitan dengan doa ibu?

Kalau takut dilambung ombak, jangan bermain laut.
Resiko tetap wujud dalam apa juga kerjaya.
Sejak 1979 saya menjawat jawatan jurufoto di UKM. Ibu lega. Namun ibu tidak tahu kerjaya ini mempunyai risiko tersendiri. Cuma ibu tidak memahami kerjaya ini kerana dia hanya mengetahui kerja ini hanya merakam gambar.

Saya sering mengikuti beberapa kursus mengenai cara menangani risiko di tempat kerja. Apa yang saya faham semua kerjaya mempunyai risiko tersendiri. Kita tidak boleh menganggap semua kerjaya mempunyai risiko maut hanya ada pada tentera, polis sahaja kerana mereka saban hari memegang senjata api.

Apa yang mustahak ketika menjalankan tugas kita harus ingat ia adalah amanah yang wajib dilaksanakan. Bahaya atau tidak ia bergantung bagaimana kita mengawal keadaan. Ada waktunya kita telah berhati-hati, namun kalau sudah takdir ia terjadi juga. Justeru kawalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja amat dititik beratkan oleh mana-mana organisasi.

Masih saya ingat ketika bertugas di sebuah jabatan, apabila berlaku tumpahan bahan kimia hanya 10ml maka satu bangunan tersebut telah ditutup oleh pihak Bomba dan Penyelamat selama satu hari.

Ada waktunya kita tidak boleh mengambil mudah apabila loceng amaran keselamatan dibunyikan. Apa yang perlu ialah kita harus membuat tindakan segera keluar dari bangunan tersebut. Sebab siren tersebut hanya berbunyi jika ada ancaman kebakaran. Oleh itu sikap sambil lewa tidak harus ada ketika itu.

Seorang rakan ketika menaiki pesawat berkata "boring jugakan anak-anak kapal ni setiap kali kapal terbang nak naik kena buat demo macamana nak bertindak bila berlaku keemasan".

Hakikatnya prosuder itu kena dilakukan walaupun sepuluh kali sehari. Bagi penumpang yang sering terbang mereka mungkin sudah biasa melihat demo tersebut. Namun bagaimana dengan orang baru pertama kali menaiki pesawat? Sudah pasti cara-cara yang sedang ditunjukkan oleh anak kapal menjadi lebih mustahak kepada mereka.

Saya sering melihat apabila kita menaiki feri di laut untuk ke mana-mana destinasi perkara ini tidak diamalkan. Kadang-kadang jeket keselamatan seperti sebuah hiasan. Bagaimana jika takdirnya berlaku kecemasan, tahukah kita bagaimana menggunakannya.

Saya pernah masuk ke hutan untuk bekerja. Terdapat pemandu treking akan membuat pesanan yang perlu dilakukan ketika berada di hutan.
  • Mulut jangan cabul
    Sebab ada orang yang suka bertanya "eh ada ular besar ke dalam hutan ni?"
  • Jangan ambil harta benda di dalam hutan.
    Mana tahu kalau-kalau tumbuhan yang diambil itu beracaun.
  • Kalau saya kata campak atau padam lampu segera lakukan.
    Kes ini ada kaitan jika membuat night tracking. Sebab waktu malam ada sejenis ular yang ganas bila nampak lampu.
Saya berpendapat peraturan mengenai keselamatan di tempat kerja telah ditangani dengan bijak oleh kebanyakkan jabatan samada di sektor kerajaan ataupun swasta. Cuma bagi kita yang sering bertugas di luar pejabat risikonya amat luas. Cara mengelak perlulah bijak dilakukan. 
Faktor keadaan tempat kerja diluar pejabat perlu kita fahami. Umpamanya apabila telah dua kali saya mengalami  kemalangan kecil membuatkan saya berhati-hati ketika bertugas. Malang memang tidak berbau. Namun cara untuk mengelakkan perlu kita faham.

Seorang Profesor yang berada ditempat kejadian saya terjatuh di Langkawi pada 14 Julai lalu berkata, "keadaan yang Raai hadapi memang sukar diramal". Namun kata beliau ia adalah satu dalam seribu. Saya akui kenyataan Profesor tersebut kerana beliau seorang pakar Geologi yang berpuluh tahun berada di lokasi gunug ganang atau bukit bukau.

Prinsip saya mudah sahaja, untuk membuat sesuatu kerja yang berisiko harus kita ingat andai terjadi kemalangan yang menanggung adai diri sendiri. Justeru saya sering berwaspada dalam setiap ketika. Namun budaya kerja saya berada pada keadaan berisiko tinggi maka mengelak dari berlakunya kecederaan teruk ada keutamaan saya.

Seorang pegawai di Unit Media UKM berbisik "sepatutnya abang kena duduk pejabat dan training orang saja ". 

Namun jawapan ini membuatkan dia hanya tersenyum, "hutan dalah kehidupan saya".

Saya menulis cacatan ini dengan harapan ianya menjadi panduan untuk saya dan orang lain. Saya juga menulis disini dengan harapan dapat memberikan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membantu saya ketika di Langkawi. Terutamanya pegawai-pegawai LESTARI UKM, Pejabat Perhubungan Antarabangsa terutamanya Fairul, Lin, Prof Chek Aziz, Prof Shafei, Dr Tenot, Prof Madya Dr Nohayati rakan-rakan di UKM Press Khaidir, Suraya, Sharul, Ramli, Hospital Langkawi, Mr Osman (Raja Ular), Mr Cobra,

Kalau nama saudara/i tidak dapat saya senaraikan maka bukan bermakna saya lupa, tetapi budi dan bantuan anda tetap akan dibalas oleh Allah.

Saya masih ingat ketika pagi 14 Julai akan berangkat ke Tawau Sabah; isteri melepaskan dalam keadaan serba salah. Namun anak saya yang sulung faham sebab semangat telah saya tanamkan kepadanya untuk kuat dalam menempuh hidup ini. Andai semangat itu tidak ada pastinya gambar-gambar ini (lihat album) tidak dapat saya rakam ketika keperitan yang amat sangat. Saya masih mampu meredah hutan di Lembah Danum Sabah sejauh 6.4km pergi balik dengan jangka masa hampir lima jam. Penghargaan saya kalungkan kepada pemandu rintis Saudara Udin. Kalau tidak kesabarannya pastinya saya akan ditinggalkan di dalam hutan yang tebal itu.

Ingatlah, apa yang kita lakukan adalah amanah Allah, rakyat, dan keluarga dalam mencari rezeki dan tanggungjawab dalam kerjaya. Pada saya untuk menjadi seorang Jurufoto Profesional bukan satu perkara mudah. Cabaran begini seharusnya menjadi kecil andainya impian untuk menghasilkan karya yang bermutu belum terlaksana.

24 Julai 2011

Saya mengembara lagi.

2 Julai 2011, 9.40 pagi: Saya sampai untuk ke sekian kali di Langkawi. Kali ini saya datang untuk membuat rakaman kegiatan UKM Global Student Mobality Partnerships 2011 kali ketiga. Cuaca di Langkawi cerah dan menarik untuk merakam gambar. Hari pertama kami melawat Underwater World yang terletak di Pantai Cenang. Pertama kali masuk ke sini dengan layanan VIP (tanpa bayaran). Maklumlah UKM bukan baru dengan Langkawi. Kerana UKM telah mengusahakan taraf Geopark kepada Langkawi.

Kuliah di lapangan oleh Prof. Dr Safie


3 Julai 8.40 pagi: Hujan turun dengan lebat di Langkawi Geopark. Perjalanan bas UKM ke Kompleks Galeri Lestari UKM di Langkawi. Program ini dibuat memandangkan hujan amat lebat dan tidak sesuai untuk semua pelajar pergi ke Telaga Tujuh.  Galeri ini menempatkan bahan-bahan pameran mengenai Langkawi Geopark. Lestari UKM bertanggungjawab membangunkan galeri berhampiran setesen Kereta Kabel Langkawi. Oleh kerana hujan masih turun dan cuaca di persekitaran Puncak Matcincang masih berkabus, pelajar-pelajar dibawa ke Komplek  Kraf Langkawi.

4.00 petang: Cuaca cerah di Langkawi Geopark. Kami bergerak ke Komplek Kereta Kabel. Cuaca cukup menarik bagi seorang jurufoto. Prof Dr Cek Aziz menunjuk Gunug Jerai kepada saya. Kata Prof Aziz jarang dapat melihat Gunung Jerai dari Puncak Mat Cincang.

Kami turun ke bawah sekitar pukul 6 petang. Malam rombongan kami diberikan makan malam oleh LADA. UKM dan LADA mempunyai hubungan yang mesra.

3 Julai, 8.14 pagi: Rombongan pelajar UKM Global Student Mobility Partnerships 2011 bergerak ke Kilim. Kami tiba di Jeti Kilim sekitar 9 pagi. Pelajar diberi sarapan sebelum naik boat mengelilingi kepulauan yang terdapat di Langkawi Geopark.

Aktiviti pertama yang dilakukan oleh pelajar ialah menanam pokok bakau. Adalah diharapkan suatu masa nanti kawasan penanaman pokok bakau ini akan menjadi tanda ingatan pengunjung kepada UKM dan pelajar itu sendiri.

Ketika selesai aktiviti penanaman pokok bakau saya hendak turun ke boat telah berlaku satu peristiwa yang sukar dilupakan telah terjadi. Saya terjatuh dan kaki tersepit di celah akar pokok bakau. Saya menjerit dan membuat semua orang melihat kepada saya. Bunyi seperti kaki saya patah. Beberapa orang mengangkat saya ke atas di ketuai oleh Raja Ular yang menjadi menjadi pemandu pelawat kepada rombongan kami. Mata saya jadi kabur,terasa nak muntah. Keadaan ini membuatkan ramai rakan-rakan jadi risau.

En. Osman (Raja Ular) yang mengetuai menyelamatkan saya .


Saya dibawa ke Hospital Langkawi. Hampir satu jam setengah baru nama saya dipanggil kerana ada kes kecemasan yang lebih serius. Syukur doktor yang merawat saya kata tak ada apa-apa yang serius. Saya diberi cuti sakit.
Gambar terakhir yang saya rakam sebelum berlaku kemalangan di pokok Bakau


5 Julai: Saya terpaksa berehat di bilik hotel. Kaki semakin reda. Namun sejak 4 Julai hingga 5 Julai saya tidak dapat bergerak dengan baik.

6 Julai: Saya menguatkan semangat untuk bergerak bersama kumpulan pelajar ke Pantai Pasir Tengkorak. Namun keadaan pantai yang berbatu besar membuatkan saya tidak boleh bergerak bebas seperti biasa. Begitu juga ketika berada di Air Terjun Temurun saya tidak ikut serta hingga ke atas. Ketika ke Laman Padi saya dapat sertai kumpulan pelajar kerana kawasannya agar mendatar.

Program terakhir ialah bermalam di Homestay Kampung Sungai Itau. Pelajar seramai 18 orang telah diagihkan kepada keluarga angkat mereka. Tidak seperti tahun 2010 kali ini pelajar hanya bermalam satu malam sahaja. Justeru, hanya pada 7 Julai sahaja aktiviti bersama keluarga angkat dapat diadakan.

Aktiviti membuat Ketupat Palas, kuih Buah Melaka telah diadakan. Saya lihat pelajar-pelajar bukan melayu begitu berminat dengan proses membuat juadah ini.

7 Julai: Kami meninggalkan Kampung Sungai Itau menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dengan lambaian oleh keluarga angkat pelajar mobility. Kepedihan lutut saya masih terasa. Harapan saya untuk pulih mungkin agak lama.

8 Julai: Saya meneruskan kembara tugasan sebagai Jurufoto ke Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Walaupun hanya satu malam di Bangi, namun dengan kepulangan saya dapat melepaskan rindu kepada keluarga yang telah ditinggalkan selama enam hari.



Dalam perjalanan ke Skudai banyak ditemui sekatan oleh PDRM kerana 9 Julai. Namun saya berharap perjalanan saya selamat sampai ke Skudai. Sepanjang 9 Julai saya memantau keadaan di KL menerusi siaran TV dan internet. Syukur Alhamdulillah semuanya dalam peliharaan Allah.

10 Julai: Saya melihat dengan penuh tenang Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara, PDRM melangkah masuk ke Padang Kawat, UTM untuk memeriksa perbarisan angggota Sukarelawan Polis IPTA SeMalaysia. [ sila klik berita yang berkaitan ]



3.40 petang saya memandu keluar dari UTM Skudai menuju ke Bangi berkonvoi dengan Shahrul dari Unit Video Penerbit UKM. Perjalanan yang diiringi hujan begitu lebat membuatkan kami perlu berhati-hati.

6.35 petang ketika hendak singgah di Hentian Jejantas Air Keroh, Melaka saya terpandang sejenis haiwan sedang dihalau oleh pekerja Propel (syarikat yang menyelenggara lebuhraya). Mulanya saya lihat seperti seekor anjing. Saya sudah memperlahankan kereta. Namun ketika menghampiri haiwan tersebut yang kehilangan arah, baru saya dapat melihat dengan jelas bahawa  ia adalah seekor kambing betina. Kambing itu datang kearah kereta saya. Gagal mengelak akhirnya kambing itu terkorban setelah roda kereta Kembara saya melanggarnya.

Saya berharap Plus dapat menanggani masalah ini. Bayangkan kalau saya sedang memandu dengan laju sudah pasti satu kejadian buruk akan berlaku.

Kembara tugasan ini berehat seketika sebelum saya meneruskan kembara seterusanya ke Sabah pada 14 Julai.

Pagi 14 Julai saya bersedia ke Sabah. Kali ini  rombongan saya akan ke Tawau Sabah. Saya lihat isteri agak berat untuk melepaskan pergi memandangkan keadaan lutut saya masih belum pulih seperti biasa. Namun demi tugas saya menggagahi juga untuk menunaikan tugas ini.

Dari Lapangan terbang Tawau kami ke Semporna walaupun lewat hampir satu jam kerana bas menukar tayar. Namun perjalanan lebih satu jam ke Semporna berjalan dengan selamat.



Ini kali kedua saya ke Sabah dan kali pertama sampai di Semporna. Terasa begitu jauh meninggalkan Bangi, kerana Semporna berada disebelah barat Sabah. Perbezaan kedudukan matahari selama satu jam dua puluh minit begitu dirasai. Semporna terkenal dengan aktiviti menyelam telah menyaksikan kehidupan di lautnya amat hidup walaupun dimalam hari.

 Kedudukan Pekan Semporna yang mengadap laut menyaksikan kepulauan yang berhampiran. Antaranya pulau yang menempatkan Kampung Terusan Baharu.

Malam pertama di Semporna kami menikmati makan malam mengikut selera orang di sana. Contohnya malam itu Prof Dato Dr Abdul Latiff Mohamad dan Prof Madya Dr Norhayati Ahmad memesan Sup Naga. Saya dan Dr Fazley menikmati CBA yang diterbalikkan daripada ABC. Kandungannya agak menarik macam ABC tapi agak lumayan kerana terdapat buah-buahan seperti tembikai, betik dan lain-lain lagi. Harganya RM5 namun berbaloi sekali.

15 Julai kami ke Taman Tun Datu Sakaran di Pulau Bahe Dulang sejauh 45 minit pelayaran dengan boat. Taman laut ini menjanjikan keindahan yang menarik. Air lautnya yang jernih dengan pemandang terumbu karang dan ikan-ikan. Pelajar-pelajar yang menyertai program mobaliti UKM mengambil kesempatan berenang dan menyelam laut yang jernih ini.


16 Julai rombongan kami bergerak ke Lahad Datu dengan perjalanan lebih satu jam tiga puluh minit. Ketika di Pekan Lahad Datu kami menukar kenderaan Puck Up untuk ke Lembah Danum sejauh 70km dari Lahad Datu. Perjalanan hampir dua jam itu menyaksikan keindahan alam semulajadi yang padat dengan kehijauan hutan. Di perjalanan saya melihat kesan-kesan najis gajah yang menandakan di situ terdapat gajah yang banyak.


Lembah Danum merupakan kawasan kajian hutan yang sering dikunjugi oleh pengkaji dan sainstis saban masa.< Sila klik > Kami di sini selama empat hari tiga malam. banyak aktiviti diadakan bagi memenuhi program pelajar mobaliti. Antaranya ialah Night Drive untuk melihat haiwan di waktu malam.


Jungle Treking sejauh 3.2 km dengan 6.4km pergi balik boleh membina semangat juang yang baik. Walaupn treknya agak mudah, namun bagi orang tidak mempunyai tenaga yang kuat sudah pasti akan memenatkan.

Sehingga 19 Julai kebanyakkan tetamu di Lembah Danum menjalankan aktiviti hutan. Walaupun di kawasan  kami tinggal merupakan kawasan hutan tanah rendah, namun banyak spesis hutan terdapat di sini. Oleh kerana hubungan telefon tiada di sini maka kebanyakkan pengunjung akan memenuhi masa dengan hutan sahaja.


19 Julai, seawal 4.30 pagi kami telah bertolak ke Puncak Atur untuk menikmati kemunculan matahari pagi. Tepat 6.08 pagi matahari terbit dengan memberikan pemandangan yang menarik sekali.

Petang, 5.50 kami meninggalkan Tawau dengan penuh kenangan manis.




22 Julai majlis penutup Mobaliti pelajar UKM antarabangsa telah di atur dengan jayanya. Walaupun dalam suasana sederhana namun masih meriah dengan hidangan pesembahan kebudayaan oleh pelajar yang terlibat. Paling menarik, ialah jamuan makan tengahari dengan juadah kambing panggang, durian, rambutan, manggis dan langsat.


Program UKM Global Student Mobility Partnerships 2011 telah melabuhkan tirai, banyak kenangan manis dan pahit telah dialami. Namun pada hemat saya program ini berjaya memperkenalkan Malaysia kepada mata dunia. paling hebat nama UKM akan kekal di bibir para peserta. Walaupun saya secara peribadi meninggalkan kesan pahit kerana kemalangan di hutan bakau Langkawi, namun kerana tugas yang telah diamanahkan membuatkan saya merasai kepuasan sebagai Jurufoto

Biarpun saya cedera dan hingga kini masih menahan sakit akibat kecedaraan di kaki, namun itu adalah resam dalam budaya kerjaya seorang Jurufoto.

13 Julai 2011

Sila klik berita yang tersiar di Portal Berita UKM

SKUDAI, JOHOR , 13 Julai, 2011 – Pasukan Kor Suksis (Sukarelawan Polis Siswa Siswi) UKM turut hadir di Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil bagi IPTA seluruh Malaysia ke7 di sini Ahad lalu.......Lihat seterusnya

29 Jun 2011

Di pertemuan ini: Alumni IKBN Peretak dan Reunion 2011

10.15 pagi: Saya memasuki perkarangan Institut Kemahiran Belia Negara Peretak di Kuala Kubu Bharu, atau lebih tepat Ampang Pecah. IKBN ini merupakan tempat baru yang menggantikan IKBN lama yang kini telah menjadi Empangan Sungai Selangor.

Saya terpesona IKBN baru kerana memiliki ciri-ciri sebuah kolej pengajian yang cantik, selamat dan amat sesuai melahirkan belia-belia berkemahiran tinggi.

Saya tidak mengharapkan untuk bertemu rakan-rakan lama ketika berada di IKBN kerana pada saya mereka mungkin tidak dapat hadir, kerana tidak tahu, sudah uzur dan sebagainya. Maklumlah rakan-rakan lama yang sama-sama bergaul ketika berkursus di IKBN pada tahun 1977 sudah berusia. Kalau ada mungkin mereka sibuk dengan tugas.
Saya agak bertuah kerana Azmi yang bertugas di Jabatan Penerangan dapat ikut serta. Walaupun ada waktunaya Azmi sering sibuk kerana tugasan di dalam atau luar negara. Tapi semasa saya datang untuk mendaftar diri, beliau sudah datang lebih awal.

Rakan-rakan yang hadir semuanya adalah dikalangan mereka yang lebih junior dan baru kali pertama bertemu di IKBN. Namun ada diantaranya telah menjadi rakan di rangkaian sosial Facebook. Saudara Noor Azmi dari NST, Saudara Samsudin Oli dari UUM dan ramai lagi. Inilah rakan-rakan FB yang kini telah saya temui secara semuka.

Saya tidak membawa kelaurga kerana puteri bongsu ada sukan tahunan di sekolah, petangnya dia ada tusyen kerana akan mengambil peperiksaan SPM tahun ini. Saya bercadang hendak balik petang atau malam itu selepas mesyuarat agung selesai.

5.00 petang: Saya dan rakan-rakan berkonvoi ke Kampung Peretak, sebuah kampung Orang Asli yang pernah menghuni di pinggir IKBN lama. Tunjuan ke sana adalah untuk mengadakan aktiviti keluarga di sungai yang terletak di pinggir Kampung Peretak.

8.00 malam: Satu aktiviti yang dibawa oleh pensyarah UUM mengenai bagaimana hendak menjadi siswa/i UUM menerusi Pendidikan Jarak Jauhnya telah adakan selepas solat Maghrib di Surau IKBN.

11.30 malam: Saya diberi kesempatan berinteraksi dengan pelajar IKBN. Saya menceritakan sedikit sebanyak pengalaman mengharungi hidup sebagai Jurufoto selama 32 tahun di UKM. Saya telah memberikan harapan untuk mereka bagaimana hendak menjadikan sumber rezeki. Nampaknya semua yang hadir begitu berminat dengan ceramah saya walaupun masa sudah pukul 12 tengahmalam.

Sebelum itu saya telah membuat keputusan untuk bermalam di asrama IKBN. Saya berkongsi bilik dengan Jan seorang Jurufoto NST. Dapat juga menikmati suasana malam di IKBN yang baru ini. Nostalgia kepada rakan-rakan lama seramai 15 orang kembali dalam memori. Namun mereka tiada untuk berkongsi pengalamandi IKBN baru ini yang lebih selesa.

9.00 pagi 26 Jun: Saya bersama rakan-rakan yang masih belum balik telah menjadi tetamu Tuan Haji Soin, mantan guru kelas jahitan dan fesyen. Kami tiba di banglonya dan disambut dengan gembira oleh Haji Soin dan keluarga. Kegembiraannya jelas terbayang kerana masih ada anak-anak murid yang sudi menjengahnya diusia emas.

Kegembiraannya jelas terbayang dan diadeptasikan dengan membawa kami ke ladangnya untuk melihat  hasil titik peluhnya mengusahakan ladang seluas seratus ekar. Beliau mempunyai dusun dan kolam ikan. 

Paling menarik Tuan Haji menjemput kami ke majlis kenduri puterinya pada 1 Oktober 2011 nanti. Berkali-kali beliau memesan agar tidak lupa untuk datang. Malahan beliau menjemput sekali semua bekas pelajar IKBN istimewa bekas anak murid yang mengambil kursus beliau.

Lebih kurang 12 tengahari kami berpisah memandu kenderaan meninggalkan Kuala Kubu Bahru balik ke rumah masing-masing. Paling jauh saudara Samsudin Oli balik ke Jitra, Kedah.

Dalam perjalanan pulang saya dapat merumuskan bahawa sebenarnya kami semua telah berjaya dalam mengharungi hidup selepas keluar dari IKBN. Terdapat rakan-rakan yang hadir bukan sahaja dapat menjadi usahawan. Malahan terdapat rakan yang sedang menghabiskan pengajian peringakt sarjanamuda. Seorang rakan pula sedang meneruskan pengajian PhD di UiTM.



Justeru, saya fikir menubuhkan Alumni IKBN Peretak bukan sekadar untuk mengamit nostalgia. Datang ke IKBN dengan bersukaria menunjukkan kehebatan seseorang. Sebenarnya kami datang dengan satu matlamat untuk membantu anak-anak atau adik-adik yang masih belajar di situ. Walaupun mereka berada dalam keadaan yang lebih selesa dari kami, namun keselesaan mereka bukan berkekalan seperti berada di IKBN. Mereka akan mengharungi dunia sebenar setelah keluar ke alam nyata.

Alumni IKBN Peretak sedang dan akan mengusahakan sesuatu agar satu pencapaian yang hebat boleh dirasai apabila telah menjadi alumni.  <<  Lihat album kenangan >>

IKBN Peretak, Kuala Kubu Bahru 25 Jun 2011.

Cikgu Haji Soin bin Haji Haron

Ketika rakan-rakan alumni IKBN Peretak membuat rancangan untuk melawat Cikgu Soin saya berkata tidak mahu ikut. Namun apabila diberitahu rumah beliau dekat dengan Pekan Kuala Kubu Bahru saya mengubah fikiran untuk ikut serta.

Kehadiran kami dengan enam buah kereta memeriahkan laman rumah Tuan Haji Soin. Wajahnya ceria seperti menyambut kepulangan anak menantu di musim Aidilfitri. Beliau memperkenalkan keluarganya. Beberapa orang anaknya memegang jawatan penting di negara kita.

Haji Soin seorang guru kelas Jahitan dan Fesyen ketika saya dan rakan-rakan belajar di IKBN Peretak. Ramai anak-anak muridnya telah berjaya dalam bidang fesyen pakaian. Malahan terdapat anak muridnya membuka kedai.

Berkali-kali Haji Soin menyebut nama seorang usahawan kedai pakaian di Sungai Petani, Kedah. Dia berbangga dengan bekas muridnya yang berjaya dalam perniagaan membuat pakaian. Malahan beliau gembira menyebut ada anak muridnya tidak lupa mengirim kad ucap selamat hari raya setiap tibanya Aidilfitri.

Paling membuat saya tercabar apabila beliau memberitahu dalam usia 70 tahun Haji Soin sedang mengikuti pengajian di OUM. Beliau juga seorang petani berjaya dengan memiliki ladang seluas 100 ekar. Paling menarik beliau telah membawa kami melawat ladangnya di Apang Pecah. terdapat beberapa kolam ikan termasuk satu kolam untuk menghasilkan induk ikan sedang dibina.

Saya kata-kata Cigkgu Soin yang sukar saya lupa ialah apabila beliau berkata," saya menggajikan ribuan ringgit untuk pekerja yang datang dari luar negara. Mana perginya bekas-bekas pelatih IKBN? Kalau ada yang datang bekerja cuma seminggu, lepas cabut!!".

Dipertemuan ini ada diantara rakan-rakan alumni menarik perhatian tentang ketegasan Haji Soin. Beliau seperti seorang ayah. Anak-anak muridnya sukar didekati. Kalau ada yang membuat nakal pasti akan menerima habuan marahnya. Bukan apa, kebanyakkan pelajar beliau semuanya gadis. Justeru ketegasannya ada logiknya.

Pernah suatu ketika kata Cikgu Soin, ada kejadian seorang pelatih yang amat nakal. Semua pelatih perempuan akan digodanya. Pelatih ini hendak dikenakan tindakan disiplin tetapi Pengetua takut kerana dia anak saudara kepada seorang menteri kabinet ketika itu (kini telah meninggal dunia). Namun dengan ketegasan Cikgu Soin pelatih ini dibuat dari IKBN Peretak. Kemudian beliau memberitahu Pengarah Belia di Kuala Lumpur akan kejadian ini. Namun selepas kes itu menteri berkenaan tidak mengambil apa-apa tindakakan kepada Cikgu Soin. Mungkin menteri tersebut maklum akan kenakalan anak saudaranya.

Itulah sedikit catatan untuk mengimbas kembali kenangan mengenai seorang guru yang semata-mata ingin membentuk belia agar menjadi orang yang berguna kepada masyarakat. Tetapi secara bergurau, seorang rakan bergurau

"Dalam ketegasan Cikgu, ada juga yang terlepas dan dapat membawa balik seorang menjadi surirumah...."

Kepada yang berkenaan deraian ketawa memecah ruang tamu banglo Cikgu Soin di Kuala Kubu Bahru itu.

*Kuala Kubu Bahru 26 Jun 2011

28 Jun 2011

Air mineral dari bukit

Hampir pukul 7 malam ketika melalui Jalan Bukit Freaser ke Kuala Kubu Bahru, saya melihat terdapat orang ramai sedang mengambil air di tebing berhampiran Empangan Selangor.Terdapat tiga keluarga Melayu, satu Cina dan seorang India.

Saya sempat turun melihat kegiatan kerja-kerja yang sedang mereka lakukan.

"Nak ambil air ke?", sapa seorang lelaki Cina kepada saya. Saya berkata tidak. Cuma turun sebentar untuk berehat.

"Awak kalau ambil ini air mesti ketagih macam ganja oooo" kata lelaki Cina itu dengan ramah. Saya hanya tersenyum.

Menariknya mereka seperti bermuafakat dalam proses mengambil air yang kelihatan jenis dan bersih. Air itu datang dari bukit yang berdekatan. Lelaki India dari Klang datang dengan membawa hampir sepuluh botol sederhana besar.


Menurut beberapa orang yang saya temui di kawasan tadahan itu air yang mereka ambil mempunyai rasa yang sedap. Mereka tidak meminum airm lain selain air tersebut. Ada ketikanya ramai pengunjung yang datang jauh untuk mengambil air tersebut.

Lokasi tempat air diambil memang bersih, cuma terdapat anjing dari kampung Orang Asli yang berhampiran di situ. Kemungkinan anjing-anjing tersebut membawa najis amatlah tidak mustahil. Pihak berkuasa tempatan meletakkan papan tanda amaran agar tidak membuang sampah di situ amat dipuji. Malahan tempat tersebut memang tidak terdapat sampah.


Takdir Allah

  Jika anda membaca status saya tentang hubungan anak, isteri, suadara mara bukan bermaksud saya ada masalah dengan mereka. Mereka tiada mas...