28 September 2009

Tunjukkanlah kualiti yang terbilang

Ketika masuk ke bilik air di sebuah pusat membeli belah di Putrajaya seorang pekerja warganegara Bangladesh menyapa saya dan memberitahu terdapat satu bilik kosong untuk saya gunakan. Sebelum saya masuk beliau menanya saya “muslim?”. Saya mengangguk kepala.


Mungkin kerana suasana hari raya masih terasa, saya terus bersalam dengannya dan memberitahu bahawa dia seorang hafiz al-Quran 30 Juzuk. Saya masih memikirkan apakah motif dia memberitahu bahawa beliau seorang al-Hafiz dan berada di dalam bilik air menjadi tukang cuci.

Dari raup wajahnya saya melihat dia tidak seperti orang-orang Bangla lain. Hati saya mengambil keputusan yang positif bahawa ada kebenarannya dia seorang al-Hafiz.

Dari perbualan ringkas, saya difahamkan dia telah ditipu oleh agensi memberi pekerjaan bahawa beliau akan ditawarkan pekerjaan sebagai guru Quran di Malaysia. Akhirnya dia ditipu dengan menjadi pekerja pencuci tandas.

Di sini saya tidak mahu membawa betul atau tidak dakwaannya sebagai al-Hafiz. Jikalau betul itu adalah dugaan kepadanya yang diberikan oleh Allah. Dan kalau benar juga maka saya anggap pertemuannya dengan saya satu aturan Allah untuk memberitahu saya bahawa kehidupan ini bukanlah mudah seperti yang kita fikirkan. Malahan seandainya tidak betul, saya tidak rugi apa-apa pun kerana dia tidak menipu meminta wang.

Apabila membaca berita di akhbar hari ini, seramai 369 orang warga asing telah diselamatkan oleh PDRM maka saya terfikir jenayah memperdagangkan manusia adalah serius. Kita juga sering mendengar ada golongan wanita yang ditipu oleh penjenayah untuk menjadikan mereka sebagai agen pengedar dadah.

Ketika saya mendengar kisah warganegara Bangladesh ini juga saya terfikir jikalau rakyat kita tidak berhati-hati maka sudah pasti ada yang akan terjebak seumpama itu kerana peluang mencari pekerjaan begitu terhad.

Kita harus berhati-hati dengan penipuan yang begitu professional dilakukan oleh-oleh golongan tertentu untuk mengaut keuntungan. Sudah ramai yang kena tipu.

Walaupun orang Bangla yang saya temui itu tidak berpeluang menjadi guru agama di negara kita, kerana kita tahu ramai rakyat kita sudah menjadi al-Hafiz. Di bulan Ramadan yang baru berlalu terdapat banyak masjid dan surau menggunakan khidmat mereka ketika bersolat Tarawih. Justeru kita perlu sedar persaingan berlaku bukan dikalangan sesama rakyat tempatan tetapi dengan warga luar. Tunjukkanlah kualiti yang terbilang.

Tiada ulasan:

Travellog Haji: Antara Doa & Air Mata-Dua Tanah Suci Yang Dirindui-Dijual Dengan Harga Promosi

Perjalanan mengerjakan haji bukan mudah. Setiap Jemaah haji pasti ada cerita tersendiri sepanjang perjalanan mereka sama ada sebelum mahupun...