Industri pelancongan kita

Catatan peribadi saya bermula dari Langkawi ke Sarawak mulai 5hb hingga 9hb Julai dan 15hb hingga 19hb Julai tidak menarik bagi orang Sarawak atau mereka yang pernah tinggal di sana. Apa yang boleh saya perolehi andainya hanya lima hari sahaja berada di Langkawi dan lima hari juga di Sarawak.

Saya cuma ingin membawa dua tiga perkara sahaja untuk dianalisa. Langkawi mempunyai sebanyak 104 pulau dan cuma 99 pulau sahaja yang dipromosi untuk pelancongan. Terdapat pulau-pulau yang tenggelam sewaktu air pasang.

Batu batan di Telaga Tujuh berusia 200 hingga 500 juta tahun. Siapa yang mengetahui fakta ini jikalau hanya pergi melancong tetapi tidak pergi mengkaji. Saya ke Langkawi bukan baru sekali, tetapi sudah hampir sepuluh kali. Namun kunjungan saya saya pada 5 hingga 9 Julai lebih bermakna kerana lebih mengenali Langkawi secara mendalam. Sedangkan pada 2 hingga 5 Ogos lalu saya datang lagi ke Langkawi. Namun kedatangan saya pada 5 hingga 9 Julai lebih bermakna.

Bercerita mengenai kisah metos memang banyak di Langkawi. Dari kisah Mahsuri hingga ke Tasik Dayang Bunting boleh dibawa balik. Kisah pontianak di Gua Kelawar. Kisah Buaya di Gua Tembus (Lubuk Buaya). Kisah helang menyambar umpan. Kisah air Tasik Dayang Bunting yang dijadikan penawar untuk mempercepatkan mengandung bagi seorang ibu.

Namun sepatah kata Dato' Shahrudin, Pengarah LESTARI UKM program untuk memberikan pendidikan kepada pemandu pelancongan, pemandu bot perlu dianjurkan. Kata Dato' Shahrudin, mereka perlu diajar menghargai alam sekitar.

Saya bersetuju dengan pendapat pengarah LESTARI itu kerana setakat ini ramai orang Malaysia ke Langkawi hanya kenal tempat membeli belah. Paling tidak membawa balik kain batik dan coklat yang "murah".

Kita boleh mengambil contoh pengalaman saya di Sarawak. En Leo boleh memberikan penerangan mengenai kaumnya. Dalam nada bergurau tetapi serius beliau berkata " saya keturunan makan manusia. Kamu harus berwaspada dengan saya terutama lelaki!"

Namun diakhir ayat En Leo berkata itu sudah tidak menjadi kenyataan lagi. "I'm International". Jelas En Leo lagi adik beradiknya ramai yang berkahwin dengan orang luar Sarawak.

Hasilnya saya membuat rumusan, En Leo mampu memberitahu dunia bahawa orang Malaysia tidak lagi hidup secara pramitif. Hidup ditas pokok dan makan orang!

Kampung Budaya Santubung juga menghasilkan penerangan yang luas kepada kami terutama pelajar antarabangsa. Biarpun kami tidur di Rumah Orang Ulu tetapi kemudahan asas seperti bilik air telah disediakan. Air paip dan letrik tersedia di sana. Malahan saya tidak terasa seperti tidur di rumah panjang kerana bilik airnya seperti di hotel 3 bintang.

Ketika anda membaca kisah membeli tikar Sarawak mungkin ada tanggapan bahawa saya teruja dengan tikar tersebut. Namun percaya atau tidak di sebuah kedai tempat saya membeli tikar bersama Ismail, pekerjanya adalah seorang Orang Ulu yang pandai berniaga. Malahan menurut pekerja tersebut kedai itu adalah perniagaan keluarga.

Masyarakat Sarawak pandai menggunakan hasil hutannya dengan menjadikan ia sebagai hasil kraf. Tikar Sarawak diperbuat dari rotan bermutu tinggi, mudah dilipat dan mudah dibawa naik kapal terbang. Sehinggakan saya tertarik membawa balik senduk kayu sebanyak sepuluh batang semata-mata untuk dijadikan hadiah semasa Hari Raya Aidil Fitri bulan depan!

Program mobailiti pelajar yang dianjurkan oleh UKM buat julong-julong kalinya (yang pertama seumpamanya di IPTA Malaysia) telah berjaya memberitahu pelajar-pelajar luar negara bahawa Malaysia tidak lagi mundur dan orang Malaysia tidak memusnah hutan. Buktinya mereka berkesempatan melihat Orang Hutan di Sepilok.

Seorang nenek tua juga boleh dicontohi kerana sanggup membangunkan muzium keluarga sejak lima puluh tahun duhulu.

Semasa kapal terbang MAS membawa kami balik ke KLIA malam itu (19 Julai) saya berazam suatu masa kelak akan membawa keluarga untuk tidur di Rumah Panjang dan bertemu En Leo yang mempunyai "tindik" di telinganya dengan gigi binatang buas.

Bila kita mengenali budaya maka kita akan mengenali bangsanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah