Etika ketika lagu Negaraku sedang berkumandang

Mengenai arahan kepada petugas media menghormati lagu 'Negaraku' pada majlis rasmi kerajaan, Rais* berkata jurufoto dan jurukamera media asing turut tidak terkecuali dalam mematuhi peraturan tidak mengambil gambar semasa lagu kebangsaan dimainkan.Semalam, beliau berkata kementeriannya akan menempatkan pegawai-pegawainya pada majlis rasmi kerajaan bagi memastikan hadirin termasuk petugas media menghormati lagu 'Negaraku' ketika dimainkan.Peraturan itu bertujuan menghalang segelintir petugas media seperti jurufoto daripada berjalan-jalan sambil memetik kamera mereka ketika lagu kebangsaan dimainkan.-- BERNAMA
Rais*-merujuk nama Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah