Apa yang saya lihat dan lalui akan dikongsi bersama. Kita tidak sama pendapat namun masih boleh diperbetulkan demi kebaikan bersama. Sila klik bar 3 baris untuk lawat lain-lain blog.
Rezeki tahun 2009
Dapatkan pautan
Facebook
X
Pinterest
E-mel
Apl Lain
Insyaallah jika tiada aral melintang saya akan ke Brunei pada 6-7 Jun 2009 untuk mengendalikan satu kursus fotografi. Saya lihat kat laman web ini http://www.mirips.com.my/news.php sudah menyediakan iklan untuk kursus tersebut.
Oleh: Haji Abd. Raai bin Osman PJK: | KWSP Anda | Kenali Scammer | Kesihatan Dan Wang Setelah Bersara | Selepas Lima Tahun Kita Bersara | Seorang yang pernah menjawat jawatan JUSA bersalam dengan saya dan saya mengucapkan selamat bersara. Beliau bertanya macam mana suasana selepas bersara? Saya senyum. Senyuman saya itu membuatkan beliau berkata "seronokkan tak payah fikir apa-apa, boleh lama kat masjid atau surau...", saya ketawa kecil dan mengakui kata-kata tokoh yang baru bersara seminggu. Saya pernah menemui orang yang lebih veteran telah bersara sejak 10, 16 tahun lalu. Mereka bahagia. Ada pula yang saya temui yang baru bersara 2 atau tiga tahun mereka seperti kurang selesa. Itu semua rezeki masing-masing yang sukar kita ramalkan. Paling bahagia ada yang setahun lepas bersara meninggal dunia. Ada rakan saya dalam tempuh belum setahun bersara dapat panggilan menunaikan haji. Lebih menarik ada rakan yang bersara sudah menunaikan haji, melancong ke negara...
Ketika Ketua Jurulatih PALAPES UKM, Leftenan Kolonel Mohd Sahar bin Haji Said memberitahu pihaknya mahu membawa seorang Jurufoto ke Kem Hobart, Kedah saya terus bersetuju kerana tempat itu merupakan berhampiran kampung tempat saya dibesarkan. Kali ini agak lama saya bercuti di Kedah negeri kelahiran saya dan bertugas sebelum pulang ke Bangi, Selangor. Lapangsasar Gurun yang terletak di kawasan Hutan Simpan Bukit Perak telah dibina oleh Tentera British pada tahun 1940 dan diwartakan pada tahun 1947. Ianya dibina bagi tujuan latihan menembak senjata kecil dan senjata bantuan untuk Tentera British dan juga Rejimen Askar Gurkha yang berpangkalan di Kem Lapangan Terbang dan Kem Sungai Layar serta unit-unit berhampiran pada ketika itu. Unit Pentadbiran Lapangsasar ini telah diberi nama Kem Hobart mengambil sempena nama pengasasnya iaitu Captain Hobart, seorang pegawai Tentera British. Selepas negara mencapai kemerdekaan, Lapangsasar ini telah diwartakan ...
Sekitar tahun 1972 satu kerja menguji tanah telah dilakukan oleh sebuah syarikat bagi mengenal pasti samada kampung Sungai Batang mempunyai petrolium, emas, bijih. Pak Lang Pa (Jaafar) menjadikan rumahnya sebagai station pekerja. Segala peralatan diletakkan di rumahnya beliau. Manakala beliau sendiri bertindak sebagai pekerja. Kerja-kerja 'memboring' tanah dilakukan tanpa ada unsur-unsur bantahan oleh penduduk setempat. Saya sering berhenti di rumah Pak Lang Pa ketika balik mandi di sungai. Kisah kerja menguji tanah tinggal kenangan cuma saya masih ingat kata Pak Lang Pa "kalau jumpa emas orang kampung jadi kaya..." Saya masa itu tak berapa faham sangat maksud dia. Orang kampung hidup macam biasa. Musim padi menanam padi, musim menuai mak menuai padi. Sekitar tahun 1990an tiba-tiba saya dikejutkan dengan berita Sungai Batang akan dijadikan tasik. Terdapat rombongan datang ke KL bertemu Perdana Menteri Tun Mahathir. Saya dan sahabat Kamaludin Ismail ikut serta. M...
Ulasan