Semalam, hari ini dan esok


Bersama Prof. Dr. Kamaruddin (baju kuning)
dan Hj. Ismail (baju merah) di jeti nelayan Labuan




Semalam saya berada di Labuan bermula 8 April, hari ini Alhamdulillah saya telah selamat berada di Bangi bersama-sama keluarga. Nostalgia bersama-sama rakan-rakan setugas, Ismail, Kamarul dan Ruhaizad. Masih teringat suara Kamarul yang suka bercakap. Jikalau dia bercakap payah nak berhenti. Kekadang kena minta izin untuk mencelah.


Walaupun kami rakan sejabatan, namun esuk saya harus ke Bukit Fraser, Pahang untuk membuat rakaman fotografi seminar mengenai Bukit Fraser.


Bagai mimpi hidup saya dalam sehari dua ini menjadi musafir dalam kerjaya sebagai Jurufoto. Tadi semasa menunggu waktu berlepas di Labuan, saya memberitahu Prof. Dr. Kamaruddin M.Said esuk saya akan ke Bukit Fraser dia hanya senyum kecil.


Tepat seperti bisik beliau semasa saya bersama Ismail menemaninya ke Kampung Patau-Patau 1 dan 2, tugas sebagai Jurufoto banyak berjalan. Ya itu memang tepat kerana saya menjadi musafir di dunia ini demi tugas untuk manusia sejagat. Mana mungkin sejarah diukir, andai orang seperti kami tidak mengorbankan waktu santai. Kami bukan seperti petugas lain yang hanya bertugas hanya dari Isnin hingga Jumaat. Masuk pejabat dari pukul 8 pagi hingga 5 petang sahaja.


Namun inilah insan-insan yang menjadi pencatat sejarah. Masa buat kami adalah emas. Tanpa perlu memikirkan batasan masa kami bergerak biarpun ada waktunya anak-anak berbisik "ayah esuk pergi lagi". Saya masih bersyukur isteri tidaklah sibuk mengejar masa dapatlah dia memperuntukkan masa untuk anak-anak.


Walaupun Labuan tidaklah jauh mana, cuma 2 jam lebih namun cabaran tetap ada kerana penerbangan tadi ( pukul 10.40 pagi - 1 petang) menempuh cuaca buruk yang membuatkan kepten kapal memohon maaf kerana terpaksa melalui laluan yang mencemaskan.


Esuk saya akan ke Bukit Fraser, petang ini hujan turun agak lebat. Mohon doa agar perjalanan ke sana tidak banyak cabaran, Amin.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah