Kisah Coklat



Saya tidak suka makan coklat kerana alahan pada tekak. Namun saya sering mendapat coklat percuma.Anak-anak beruntung kerana saya tidak gemar makan coklat.

Ketika berada di Labuan tempuhari saya telah masuk ke sebuah kedai bebas cukai untuk membeli coklat sebagai buah tangan untuk anak-anak. Memanglah teruja dengan longgokan coklat dari dalam dan luar negara. Rakan saya, Ruhaizad hampir sejam meneliti tanda halal pada kotak coklat. Macam-macam beliau lihat kerana ingin memastikan coklat yang bakal dibeli tertera tanda halal.

Semalam selepas solat Jumaat selepas singgah basuh kereta di "wash car" saya singgah makan di kedai. Sambil enak menjamah nasi sayur keladi bersama ikan terubuk, En Raduan dari Pejabat Perhunugan Awam UKM menelefon.

"Raai Mai Sidang akhbar pasai coklat berlemak babi...., tolong eh?"

Sebenarnya isu ini agak panas apabila dalam kotak emal saya muncul tajuk berkaitan coklat berlemak babi. Seronoknya ialah forum ilmiah antara pakar coklat dengan seorang wartawan. Tuan Hji Razak, pegawai kanan di PRO sudah memberitahu satu sidang akhbar akan dijalankan hari Jumaat pukul 11 pagi. Rupa-rupanya beliau menunda ke petang.

Tepat jam 3 saya ke bilik VIP di paras 2 Bangunan Canselori. Di sana terdapat ramai petugas media menunggu sidang akhbar tersebut. Ingin tahu kisah lanjut sila ke laman ini < Sila Klik >

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah