Berada di tiga tempat dalam masa sebelas hari


Kiri: Kampung Air. Kanan: Seawal pukul 6 petang
kedai telah menutup perniagaan.


Labuan waktu siang dan malam, tenang.

Malam ini saya menikmati kehidupan di rumah sendiri setelah hanya transit sejak 5hb April lalu. Manakan tidak sejak 5-7hb April saya mengendalikan kursus fotografi di Shah Alam. Pada 8-12hb April ke Labuan. Manakala mulai 13-15hb April saya berada di Bukit Fraser.

Berada di Bandaraya Shah Alam, Wilayah Persekutuan Labuan dan Bukit Fraser mempunyai cerita yang berbeza.

Shah Alam, bandarnya sibuk. Terdapat kesesakan jalanraya yang masih boleh dikawal. Namun apabila hujan turun makan kebanyakkan jalannya becak. Seperti memandu di dalam sungai! Akibat jalan yang sering digenangi air maka terdapat lobang-lobang di sana-sini. Kebanyakkan jalan di Shah Alam akan banjir bila hujan turun dengan lebat. Namun Shah Alam bukanlah asing bagi saya kerana sering mengambil dan menghantar anak yang sedang belajar di sana.

WP Labuan tepat yang saya tidak pernah sampai sebelum ini. Bandarnya damai. Pemandunya bersopan. Apabila pejalan kaki hendak melintasi jalan pemandunya akan memperlahankan kereta mereka. Orang-orang Labuan ramah. Mereka tahu Labuan menjadi tumpuan pelancong, maka apabila saya dan rakan-rakan berkunjung ke Kampung Air (Kampung Patau-Patau 1 dan 2) penduduknya ramah menyapa kami. Malahan mereka tidak kekok untuk memberikan pos-pos istimewa.

Noni, isteri muda yang baru seminggu menjalankan perniagaan burger di hadapan rumahnya sanggup menyediakan tiga makanan ringan tersebut yang minta oleh Kamarul (Juruvedio UKM). Adiknya yang masih menuntut di tingkatan lima bermurah hati menyediakan minuman sejuk untuk kami.

Kami tidak merasa terasing ketika berada hampir tiga jam di sana. Anda tentu faham, peribadi seorang Jurufoto memang peramah maka sifat itu memberikan faedah kepada kerjaya kami.

Penduduk kampung air asalnya dari Brunei. Mereka asalnya adalah nelayan. Di zaman datuk nenek mereka ketika sampai di Pulau Labuan mereka membina rumah diatas air untuk bermalam. Masa berubah yang akhirnya mereka menjadi penduduk tetap Labuan.

Labuan tidak banyak tempat untuk dilawati tidak seperti Pulau Langkawi. Namun, pantainya yang indah dan ada yang langsung mengadap Laut China Selatan telah menjanjikan pemandangan yang indah.

Labuan memang indah, cuma jikalau tidak ubah sikap penduduk kampung air sudah pasti suatu masa kelak kampung itu akan dipenuhi dengan sampah sarap.

Membawa balik mutiara adalah kemestian bagi semua pengunjung. Inilah yang terjadi kepada kebanyakkan kami. Ayah kepada Sdra. Shahrul, pelajar sarjana Dr. Arif yang pernah bertugas sebagai anggota TLDM di Labuan 20 tahun lalu berulang alik membeli belah bersama isterinya. Beliau seolah-olah melepas geram.

Saya yakin, Labuan akan menjadi tumpuan pelawat seandainya kerajaan boleh mengusahakan langkah-langkah pro aktif untuk menjadikan terkenal. Kedamaian Labuan memberikan terapi minda dan fizikal. Cuma sudah pasti makanan di sini agak mahal kerana bahan mentah didatangkan dari luar. Jangan merungut andainya makanan disini mahal sedikit dari tanah besar. Puan Noni menjual burger special RM 5.00. Itu adalah harga di Kampung Patau-Patau 2.


Bukit Fraser suatu ketika dahulu
(Foto Ikhsan PKBF)

Saya mengenali Bukit Fraser sudah lama. Kedinginannya sudah tentu menyamankan. Menurut pengkaji yang membuat penelitian, suhu di sini ada antara 19 hingga 22 darjah. Suhu ini sudah pasti lebih dingin jikalau terdapat sedikit angin.

Apa yang ada di Bukit Fraser? Jangan tanya kasino. Usah tanya restoran makanan ringan disini. Sebelum naik kesini pastikan tangki kenderaan anda sudah penuh dengan potrol atau disel samada di Kuala Kubu Baharu atau Raub. Pastikan kenderaan berkeadaan tip top.

Dua pemandangan yang berbeza

Hendak menjamu selera disini tidaklah semudah diluar. Buat masa kini masih terdapat projek menaik taraf kedai-kedai disini. Masih boleh selamat lagi andainya anda mampu menyewa hotel, aparment

Beriadah di Bukit Fraser

Saya ulangi soalan tadi, apa yang ada di Bukit Fraser. Sepatah kata YB. Senator Datuk Maznah Mazlan, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar disidang akhbarnya selepas merasmikan Seminar Biokejuruteraan, Penilaian Ekosistem dan Spesis "orang yang datang ke sini merupakan orang minat dengan suasananya". Maksudnya pengunjung yang datang ke Bukit Fraser adalah insan-insan yang suka dengan kedinginan, kesunyian, kedamaian.

"Jangan tebang walaupun sebatang ranting", pesan beliau lagi.


Bersantai bersama rakan-rakan

Saya amat seronok bertugas di Bukit Fraser sejak 13-15 April lalu. Saya amat berterima kasih kepada penganjur seminar tersebut yang memberikan layanan VIP kepada saya sebagai Jurufoto dan Penulis UKM. Secara peribadi ini adalah hadiah hari lahir ke 51 yang akan saya sambut esuk pada 17 April oleh Prof. Dr. Jumaat Adam.

Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser (PKBF) Tuan Haji Md. Hanafiah bin Abdul Talib , berulang kali melahirkan rasa gembiranya dengan terbinanya sebuah mesin ATM oleh sebuah bank terkemuka disini baru 5 hari lalu. Secara bergurau beliau berkata orang Bukit Fraser senyum sepanjang hari dan dapat mengeluarkan wang sehingga habis!

Semasa Haji Md. Hanafiah bin Abdul Talib mejadi pengerusi satu sesi pembentangan kertas kerja, saya berpeluang meluahkan pendapat mengenai pembinaan stesen minyak yang memungkin pencemaran akan lebih serius. Pembinaan bengkel membaiki kereta dan motorsikal yang tiada beliau membuat kenyataan setesen minyak perlu ada kerana tempat yang palin dekat ialah di Kuala Kubu Baharu. Ini sudah pasti akan membebankan penduduk dan pengunjung Bukit Fraser.

Saya berada di tiga tempat yang berbeza. Sesak dan banjir. Damai dan tenteram. Dingin dan damai. Hari ini saya berada di Bangi. Biarpun Bangi tidak seperti semua itu, namun seperti kata pepatah "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri".

Bangi masih damai, masih terdapat hutan yang menjadi sebahagian hutan penyelidikan UKM. Malam semalam saya sudah tidur dengan bantal sendiri setelah lebih sepuluh malam tidur dibantal hotel.

Sudah lebih sepuluh hari saya meninggalkan ruang pejabat di Pusat Penerbitan UKM, hari ini saya kembali ke sana. Banyak cerita baru terjadi. Kamarul dan Ruhaizad yang bersama saya ke Labuan mencatat peristiwa pahit apabila kenderaan mereka yang diletakkan berbaris dibawah bukit bangunan pejabat kami telah dilanggar oleh sebuah kereta rakan sepejabat yang mengalami masalah brek dan menurun lalu melanggar kereta dua rakan saya ini. Ismail yang mampu lega sepanjang 5 hari 4 malam berada di Labuan ayahandanya sihat. Padahal sebelum ini sering keluar masuk ke Hospital Baling, Kedah.

Esuk, saya akan membuat liputan di Majlis Syarahan Naib Canselor UKM. Saya dan warga UKM akan mendengar misi beliau. Kami akan menyuburkan misi Naib Canselor demi melonjakkan UKM kearas cemerlang di mata rakyat Malaysia. Kami mahu reting UKM terus unggul.Saya akan terus mencatat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah