Perjalanan perlu dipermudahkan

Saya harus bersyukur kepada Allah kerana sejak hari Sabtu walaupun kegiatan harian saya agak padat masa tetap ada untukNya dan keluarga.

Seawal jam 9 pagi saya telah memulakan kuliah bersama-sama pelajar kursus seni foto. kemudian saya bersama keluarga memulakan perjalanan ke Hutan Melintang, Perak untuk menghadiri majlis kenduri rakan sepejabat, Ikhwan melangsungkan perkahwinan. Perjalanan ke sana lancar melalui Ijok, Kuala Selangor, Tanjung Karang dan Sabak Bernam.

Pukul 4 petang saya dan keluarga bertolak balik ke Bangi dan singgah di Kuala Selangor. Walaupun hujan turun namun perjalanan lancar dan sempat singgah di Bukit Melawati menikmati matahari berlabuh di sana. Selepas bersolat Maqrib di Masjid Kuala Selangor kami meneruskan perjalanan.

Dalam perjalanan Tuan Haji Razak Hussin pegawai di Pejabat Perhubungan Awam UKM menelefon meminta saya menjadi salah seorang petugas di majlis kenduri Naib Canselor UKM pada hari Ahad (29 Mac).

Pada asalnya saya ingin berehat sahaja pada hujung minggu kerana sudah hampir sebulan tidak merasai nikmat hari minggu. Namun memikirkan apa salahnya membantu memeriahkan majlis tersebut maka pukul 11 pagi (Ahad) saya sudah berada di Dewan Gemilang UKM.

Seperti saya catatkan diawal catatan ini Allah tetap memberikan masa untuk kita jika memohon kepadaNya. Justeru, jam 4 petang selepas jam selesai majlis kenduri Dato Naib Canselor saya sempat membawa keluarga membeli keperluan dapur untuk sebulan di Putrajaya. Saya hanya memberitahu anak-anak "ayah hendak berehat selepas solat Asar di surau Alamanda".

Mereka faham kerana pukul 8 malam saya harus berada di Panggung Seni UKM untuk satu tugasan lain.

Walaupun di "UKM Press" kami mempunyai 3 orang Jurufoto, namun dalam keadaan begini sikap bantu membantu harus diutamakan. Manakan tidak, Ismail ke Sungai Petani Kedah dari 29 Mac hingga 2 April kerana ada seminar mengenai Lembah Bujang. Ikhwan bercuti kerana melangsung perkahwinan mulai 19 hingga 31 Mac.

Akhir kata "Wan, selamat pengantin baru untuk saudara dan isteri tercinta Zai. Mudah-mudahan kekal hingga ke akhir hayat"



Menariknya pada 5 April Ketua Bahagian Multimedia Penerbitan UKM akan melangsungkan perkahwinannya di Kemaman Trengganu. Saya tidak dapat pergi kerana 5 hingga 7 April kena jadi penceramah kursus fotografi anjuran Unit Latihan UKM. Manakala 8 hingga 10 April saya dan Ismail perlu ke Labuan ada bengkel bersama Jabatan Pelajaran Labuan.

Insyaalah saya akan buat catatan jika saya diizinkan Allah dapat samapai ke sana. Sabah juga mengamit saya insyaalah pada 9 hingga 11 Mei. Paling mustahak saya harus memohon kepada Allah agar perjalanan ini dipermudahkan olehNya. Biarpun pada dengan aktiviti saya tidak melupaiNya; Amin.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah