Kelebihan ada pada semua orang

Hari ini saya mengadakan kuliah Seni Foto untuk hari ke-10 untuk semester 2 sesi 2008-2009. Masih berbaki 4 kali kuliah. Bulan April nanti pelajar yang sedang mengikuti kuliah saya akan menamatkankan kursus Seni Foto.

Justeru akan genaplah untuk tahun ke-12. Saya memulakan tugas mengajar pelajar-pelajar bagi kursus Seni Foto Program Ko-Kurikulum UKM sejak tahun 1997. Maka bulan April akan menyaksikan perpisahan saya dengan anak-anak pelajar seramai 34 orang. Mereka saya didik seperti anak-anak. Malahan saya menggunakan kaedah simple. Jikalau mereka ada masalah yang besar saya akan cuba memudahkan mereka.

Maklumlah kursus ini terpaksa diadakan hari Sabtu jam 9 pagi. Jadi faham-faham sajalah hari Sabtu semua orang bercuti, mereka perlu datang ke kuliah selama 3 jam. Lagi-lagilah saya sejak menjadi tenaga pengajar sambilan kursus ini tidak pernah merasa cuti hari Sabtu. Malahan sejak hampir dua bulan saya tidak merasai hujung minggu kerana bukan sahaja hari Sabtu tidak bercuti, malahan hari Ahad juga ada saja aktiviti sebagai perunding seni foto. Jikalau tidak berceramah, saya akan dijemput menjadi juri pertandingan seni foto. Namun semua ini akan menjadi sejarah dan nostalgia setelah saya bersara kelak.


Ketika sesi berbincang mengulas satau topik "kaitan seni foto dengan kerjaya hakiki" saya lihat semua pelajar begitu bersemangat menyampaikan pendapat. Bukan sahaja pelajar melayu, pelajar berbangsa Cina, India juga dapat memahami maksud tajuk tersebut. Seorang pelajar OKU (pekak) namanya Lee dapat memberi pendapatnya yang bernas menerusi Jurubahasa Isyaratnya (2 orang pelajar yang sedang menjalankan latihan industri). Sementara menunggu masa berbincang tamat, kumpulan mereka sempat belajar bahasa isyarat.


Kesimpulannya saya perolehi semua pelajar mempunyai kebolehan. Cuma masih perlu dimantapkan agar lebih berkesan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah