Bagaimana saya mengukir kisah dari Sik ke Bangi?

Kisah Dari Sik ke Bangi mendapat respon yang amat mengalakkan dari beberapa orang yang telah membaca ruangan tersebut. Justeru, bagaimana saya boleh mengingati semua itu. Ya, kenangan 40 atau 30 tahun lalu bukan mudah untuk diingati kembali.

Saya tidak tahu kenapa ingatan tentang kisah-kisah lama amat mudah diungkit kembali apabila saya berada didepan PC. Mungkinkah orang-orang seusia saya berkeadaan begini? Pertanyaan ini saya lontarkan kerana semasa arwah emak masih hidup dia sering berkeadaan begini. Suka membawa kisah-kisah silam seperti zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Agak banyak juga saya rakam dalam ingatan cerita-cerita kekejaman Jepun. Malahan suatu ketika saya amat berminat siri Shogun di TV. Emak boleh masuk ke dalam bilik semata-mata tidak mahu melihat muka-muka Jepun.

Berbalik pada Sik ke Bangi saya banyak menggunakan diari-diari lama. Tahukah anda lagi-lagu lama boleh membawa nostalgia kita. Justeru, semasa mendengar lagu-lagu nyanyian Sharifah Aini, Refeah Buang, Hail Amil dan Uji Rashid dan banyak lagi membolehkan saya merakamkan kembali banyak nostalgia.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah