Catatan

Aidil Fitri 1445/2024

Imej
29 Syawal 1445: Majlis hari raya Aidilfiri anjuran Persatuan Pesara UKM. ................. Syawal melabuhkan tirainya hari ini. Kemeriahan terasa buat saya secara peribadi. Banyak pertemuan dengan keluarga dan rakan2 berlaku pada tahun ini. Saya hadir ke majlis jamuan Aidilfitri hari ini dengan penuh makna. Bertemu rakan taulan yang sudah lama tidak berjumpa. Walaupun kami tinggal dalam lingkungan Bandar Baru Bangi tapi jarang berjumpa kecuali di masjid, surau atau mall. Dulu kami antara insan yang menjadi pembangun UKM baik sebagai tenaga akademik, pentadbir dan staff sokongan. Ada di antaranya adalah insan2 hebat dan terkenal sebagai pemikir negara. Tenaga mahir kepada negara kini kami telah tiada kudrat. Kami hanya mampu tersenyum walaupun ada dailog yang lucu. Inilah perubahan yang kami lalui. Ada yang bertongkat, ada yang berkerusi roda. Kamilah yang akan menziarah rakan2 ini setelah mereka pergi kelak. Dunia buat kami adalah penghujung. Pertemuan kami hanya berkisar cara

Ayah Dan Anak

Imej
Foto: Google Saya sampai di rumahnya ketika dia sedang membaca Al Quran. Katanya telah habis khatam 16 kali. Dia pesakit jiwa. Masa dia normal dia lakukan ibadat seperti orang sihat. Dua bulan sekali cucuk ubat tenteram jiwa. Berpisah dengan isteri dan ada anak dua pasang. Bekas isteri tidak benar jumpa anak-anaknya. Kesihan dia. Rasanya perpisahan itu tiada masalah bagi saya cuma memisahkan anak dengan ayah adalah ZALIM! Saya pesan kepada abang sulungnya, teruskan istiqamah membaca Al Quran dengan doa agar bekas isterinya insaf untuk membenarkan anak-anaknya bertemu ayah.mereka. Di akhirat kelak dia tetap seorang ayah.

Sukan Rakyat

Imej

Saya Redho Segala Ujian Allah

Imej
 Gambar sumber: Google. Kita semua ada dugaan dalam hidup ini. Ketika diuji oleh Allah SWT jangan anggap ia satu ujian yang berat untuk kita.  Ketika saya diuji dengan penyakit sejak 24 tahun dulu tiada siapa yang tahu sebab saya rahsiakan ujian itu. Saya melihat ujian yang bermula ketika usia 11 tahun amat berat apabila ayah pergi meninggalkan saya dan ibu dalam kemiskinan.  Hidup tanpa wang dan harta. Dihina sebagai anak yatim dan balu yang miskin. Kami tidak merungut walaupun tidak pernah mendapat agihan zakat. Dihujung kehidupan, wujud pelangi apabila saya bekerja dan arwah ibu tinggal dalam kesenangan.  Inilah kehidupan kita, saya bisik kepada ibu. Namun Allah SWT uji lagi apabila ibu mengidap Leukimia ketika sedang sedap melayan cucu-cucunya. Meninggal ibu selepas itu diribaan saya dan Acik Mah .  Rupanya kematian seorang ibu satu insiden yang begitu mempengaruhi emosi saya. Rupanya ujian sebelum ini bukan ujian yang hebat.  Kematian ibu lebih hebat.  Kini saya masih diuji dan ra

Hidup Ini Kena Redho

Imej
  Hari ini di pusat hemodialisis ada dua pesakit baharu, seorang lelaki dan seorang lagi wanita datang untuk dapat jadual rawatan.  Foto: Sumber Google Pesakit lelaki telah diarah buat dialisis dua bulan lalu tapi masih menangguhkan rawatan sebab belum ada tanda-tanda bengkak kaki dan kencing masih bersih.  Saya tanya kreatinin berapa dia jawab 600 lebih. Kata isteri suaminya masih bertenaga dan mampu naik basikal untuk riadah.  Wanita itu masih muda datang dengan adik beradiknya. Tiup telah dipasang pada leher secara kecemasan. Mereka terkejut bila saya beritahu masih mampu berpuasa sejak lima tahun lepas dan tahun sudah masuk hari ketujuh.  Sebagai pesakit, saya nasihatkan kepada mereka jika telah berada keadaan begini jangan dengar cakap orang yang tiada pengalaman sebagai pesakit atau keluarga pesakit. Jangan terperangkap dengan dakwaan apa-apa ubat kononmya boleh memberhentikan rawatan dilaisis kecuali tukar buah pinggang, itu pun jika ada penderma.  Selebihnya ialah tawakal kepad

Motivasi Daripada Saya

Imej
1. 2015 jam 12 tengahari saya dibawa masuk ke bilik bedah. Jam 6.30 petang saya dibawa keluar ke wad CCU. Acik Mah  di hujung troli dan kakak kesayanganku mengiringi saya. Waktu itu sejam lagi orang akan berbuka puasa 1 Ramadan.  Malam itu saya kambali tidur hingga tengahmalam dan sedar kemudian bersolat Isyak dan Maghrib yang tertinggal. Esoknya 2 Ramadan saya belum berpuasa hingga jumlah puasa tertinggal ialah 22 hari. Saya ganti selepas itu.  2. Banyak siri-siri pembedahan kecil dilakukan dalam beberapa kali bulan Ramadan termasuk tahun 2023. 3. Tahun 2019 saya memulakan rawatan dialisis dengan tandatangan doktor bahawa untuk seumur hidup. Kenapa perlu dialisis? Ya perlu kerana kandungan toksik dalam badan telah tinggi bila mana air kencing dalam buah pinggang tidak boleh keluar lagi.  Jika dibiarkan air ini akan merebak ke paru-paru, jantung dan merbahaya! Saya akur walaupun ada orang suruh makan macam-macam suplement. Tahun ini kali kelima saya jalani ibadah puasa. Tahun lepas dok

Ujian Saya

Imej
 24 Feb Sabtu jam 1.30 Jabatan Kecemasan HCTM: Acik Mah dibawa masuk ke Zon Kritikal. Saya hanya tunggu di luar untuk urusan dokumentasi. Qila Ra'ai mencari parkir di kawasan HCTM. Saya biarkan dia tidur di dalam kereta tapi dengan pesan jangan hidupkan enjin dan buka sedikit tingkat serta kunci pintu kereta.  Saya berada di kerusi menunggu dengan menahan mengantuk kerana siang tadi membuat dialisis. Tapi mata tidak boleh tidur kerana keadaan tidak selesa. Sambil-sambil itu saya melayan seorang lelaki cina yang menunggu ayahnya masuk zon merah kerana masalah paru-paru. Fikiran menerawang kepada Acik Mah yang tadi mendapat arahan Poliklinik UKM Bangi agar dibawa ke mana-mana hospital. Tekanan darahnya normal tapi nadinya 133/minit.  Saya tidak mahu ganggu kerja pasukan perubatan kerana fahaman saya jika terlalu kritikal sudah pasti mereka akan panggil waris. Sebagai suami pada hemat saya elok isteri saya berehat dan tenangkan fikiran. Jam 5 pagi saya minta izin masuk untuk tengok ke